PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 

November 21, 2009 -Sabtu

 
 
  RINGKASAN HARIAN ASIANET – SIARAN MEDIA UNTUK JUMAAT 6 NOVEMBER, 2009

Friday 06/11/2009

SYDNEY, 6 Nov. /AsiaNet/ --

UJJIVAN UMUM...
BANGALORE dan SEATTLE – Di dalam usahanya yang berterusan ke arah mempertingkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan mikro kewangan yang dapat mengubah kehidupan, Unitus Inc. amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Ujjivan dari India telah dipilih sebagai institusi mikro kewangan (MFI) yang pertama untuk mengambil bahagian di dalam Projek Pelaksanaan Pengurusan Pencapaian Sosial (SPM IP) yang berinovatif yang dilancarkan baru-baru ini.
www.unitus.com.

PERANTI DALAM TALIAN...
NEW YORK – Para pelajar antarabangsa kini mempunyai sebuah peranti dalam talian yang dapat dengan pantas dan tepat menukar gred mereka yang bukan dalam bentuk Amerika Syarikat dan mengira purata mata gred mereka (GPA) pada satu skala 4.0, Alat Pengira WES iGPA.
www.wes.org/MyiGPA.

MODUL TERAS DIGI...
MINNETONKA, Minn. - Digi International (NASDAQ: DGII) hari ini memperkenalkan ConnectCore(TM) Wi-MX51, modul teras yang pertama di dalam industri yang direka bentuk secara khusus untuk aplikasi multimedia tanpa wayar yang menggunakan kuasa yang rendah. Ia adalah juga merupakan modul teras dibolehkan oleh wayarles yang pertama di dalam industri yang diasaskan pada alat pemproses Freescale baru yang berprestasi tinggi i.MX51, yang pertama untuk menawarkan 802.11 a/b/g/n Wi-Fi dan yang pertama untuk menyokong Windows CE 6.0 R3 yang baru oleh Microsoft.
http://www.digi.com

MINGGU INDIA DI HAMBURG...
HAMBURG – Pada hujung minggu ini pada akhir Minggu India 2009 di Hamburg, kira-kira 260 tetamu Jerman dan India menyambut perayaan Diwali, perayaan Cahaya kaum India, di Hamburg House. Selama 10 hari, bandaraya Hanseatic dikhusus keseluruhannya kepada India.
http://www.india-week-hamburg.org

ANALISIS TENAGA AMERIKA SYARIKAT...
MELBOURNE – Perbadanan perbankan pelaburan dan perkhidmatan kewangan yang terkemuka di Amerika Syarikat, Raymond James and Associates, Inc., (Raymond James) telah mengeluarkan satu Ringkasan berhubung Industri Tenaga kepada pasaran Amerika Syarikat yang telah mengenal pasti teknologi Menara Solar sebagai pilihan teknologi generik ‘ketiga’ yang muncul di barisan hadapan tenaga solar yang berskala besar di Amerika Syarikat.

SAVI DAN RAKAN-RAKAN LANCAR...
MOUNTAIN VIEW, Calif.- Savi, sebuah syarikat milik Lockheed Martin (NYSE: LMT), telah membentuk sebuah pakatan strategik minyak dan gas dengan Shipcom Wireless dan KBR Wireless, yang akan menawarkan satu penyelesaian perisian yang lengkap yang boleh dihubungkan dengan teknologi Pengenalan Frekuansi Radio (RFID) agar dapat mengesan dan mengendalikan bekalan yang dihantar di antara kemudahan gas
dan minyak di darat dan di pesisir pantai di seluruh dunia dengan pantas.
www.savi.com.

TELEKOM MALAYSIA...
FLORHAM PARK, N.J. dan KUALA LUMPUR - Global Crossing (Nasdaq: GLBC), sebuah pembekal penyelesaian IT global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Telekom Malaysia Berhad (TM), kumpulan maklumat dan komunikasi bersepadu yang terkemuka di Malaysia, telah menyertai Program Rakan Global (GPP) Global Crossing untuk memperluaskan ketersediaan perkhidmatan IP Bertumpu dan Talian Persendirian mereka ke Eropah dan benua Amerika.
www.tm.com.my

EPM LIVE...
CARLSBAD, Calif. - EPM Live, Rakan EPM Terbaik Microsoft selama dua tahun dan Pemimpin Dunia di dalam Projek berasaskan Perkongsian Mata dan Aplikasi Pengurusan Tenaga Kerja mengumumkan pelancaran rasmi saluran pengedaran perisian India mereka di Chennai.
www.epmlive.com.

SPIRIT AEROSYSTEMS...
WICHITA, Kan. - Spirit AeroSystems Holdings, Inc. (NYSE: SPR) melaporkan keputusan kewangan untuk suku ketiga tahun 2009 yang menggambarkan pertumbuhan pendapatan dan perolehan ketika penghantaran untuk pesawat komersil yang besar meningkat dari tempoh yang sama pada tahun 2008.

RDI MENERIMA...
SEATTLE dan REDWOOD CITY, Calif. – Institut Pembangunan Luar Bandar (RDI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima satu komitmen selama tiga tahun yang berjumlah AS$9 juta daripada Omidyar Network untuk membantu berjuta-juta rakyat untuk mendapatkan hak milik tanah, sekali gus membolehkan mereka keluar daripada dibelenggu kemiskinan. Rakan Pengendalian Omidyar Network, Matt Bannick, akan juga menyertai Lembaga Pengarah RDI.
www.omidyar.com.

LAPANGAN TERBANG SACRAMENTO...
SACRAMENTO, Calif.- Lapangan Terbang Antarabangsa Sacramento (SMF) telah memperkemaskan laman web mereka agar lebih mesra pengguna dengan pelancaran peranti Peta Laluan OAG (www.oagaviation.com) di www.sacairports.org. Aplikasi
baru akan membantu para pelancong yang menggunakan SMF sebagai lapangan terbang pilihan mereka, agar membolehkan mereka dengan mudah mencari secara dalam talian maklumat penerbangan dan maklumat berhubung penerbangan yang berkaitan.

EKSPO ETHERNET...
NEW YORK – Ekspo Ethernet Amerika 2009, yang dianjurkan oleh Light Reading , yang merupakan penerbitan dalam talian yang terkemuka bagi industri komunikasi di seluruh dunia, dan Heavy Reading, bahagian penyelidikan pasaran mereka yang berprestij, telah muncul sebagai Ekspo Ethernet yang terbesar sehingga kini dan merupakan acara Ethernet yang terbesar di dalam industri. Dengan lebih 600 hadirin yang bukan ditaja, yang mana 440 adalah merupakan pembekal atau operator perkhidmatan, Ekspo Ethernet Amerika 2009 telah melebihi sasaran kehadirin mereka iaitu 500.
www.lightreading.com
www.heavyreading.com

FANNIE MAE...
WASHINGTON - Fannie Mae (NYSE: FNM) hari ini melapporkan pencapaian suku ketiga untuk tahun 2009 dan mengemukakan fail bagi laporan suku tahun mereka pada Borang 10-Q dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti. Fail itu mengandungi kenyataan kewangan yang disatukan bagi suku ketiga tahun 2009. Dokumen berikut kini boleh diperolehi di laman web Fannie Mae:
- Siaran Media yang melaporkan keputusan kewangan suku
ketiga 2009
- Laporan suku tahun Fannie Mae pada Borang 10-Q
- Bahagian Tambahan Kredit Suku Ketiga 2009.
www.fanniemae.com

VERS MEMPERKENALKAN...
WAYLAND, Mass.- Vers memperluaskan garisan produk bingkai kayu yang dibina dengan tangan khusus bagi iPod dan iPhone dengan tambahan bentuk hadapan yang berupa cangkerang yang membolehkan akses kepada paparan yang sepenuhnya. Dengan
menggabungkan kecantikan semula jadi dan kekuatan Walnut, Cherry dan Bamboo, mereka adalah merupakan bingkai yang sangat mesra alam sekitar yang terdapat di pasaran.
www.versaudio.com

ALLIED WORLD MELAPORKAN...
PEMBROKE - Allied World Assurance Company Holdings, Ltd (NYSE: AWH) hari ini melaporkan pendapatan bersih sebanyak $200.6 juta, atau $3.83 bagi setiap saham yang dicairkan, untuk tempoh suku ketiga tahun 2009 berbanding dengan kerugian bersih sebanyak $46.4 juta, atau $0.95 bagi setiap saham yang dicairkan, untuk tempoh suku ketiga tahun 2008. Pendapatan bersih bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September, 2009 adalah sebanyak $445.6 juta, atau $8.62 bagi setiap saham yang dicairkan, berbanding dengan pendapatan bersih sebanyak $163.8 juta, atau $3.22 bagi setiap saham yang dicairkan, untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun 2008.
www.awac.com.

INTERNET SOCIETY...
WASHINGTON - Internet Society (ISOC), sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan kepimpinan di dalam standard, pendidikan dan dasar yang berkaitan dengan Internet, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan satu panel perbincangan semasa mesyuarat ke-76 Mesyuarat Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (IETF 76) di Hiroshima, Jepun.
http://InternetSociety.org

AsiaNet adalah merupakan sebuah konsortium yang terdiri daripada agensi-agensi berita yang terkemuka yang mengedarkan siaran media yang diterjemah dan yang belum diedit untuk pelanggan di seluruh dunia.
Layari www.asianetnews.net atau asianetnews.asia bagi mendapatkan versi berteks lengkap.

SUMBER: AsiaNet

TARIKH SIARAN: 6 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2009 MREM . All rights reserved.