|
|
|
|
 |
| |
|
|
SAVI DAN RAKAN LANCAR PENYELESAIAN RFID UNTUK INDUSTRI MINYAK DAN GAS, SISTEM TANPA WAYAR SECARA AUTOMATIK KESAN DAN URUSKAN BEKALAN
Friday 06/11/2009
MOUNTAIN VIEW, Calif., 6 Nov. /PRNewswire-AsiaNet/ --
Savi, sebuah syarikat Lockheed Martin (NYSE: LMT), telah membentuk jalinan strategik minyak dan gas dengan Shipcom Wireless dan KBR Wireless, yang menawarkan penyelesaian perisian lengkap yang dihubungkan dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) untuk mengesan dan menguruskan serta merta bekalan yang diangkut antara dalam pesisir dan luar pesisir kemudaha mintak dan gas di seluruh dunia.
(Logo: http://www.newscom.com/cgi-bin/prnh/20080123/AQW081LOGO)
Dengan mengautomasikan visibiliti, aset dan pengurusan penghantaran dalam operasi huluan, penyelesaian baru yang dibuat mengikut perancangan ini boleh mengurangkan kos dan meningkatkan prestasi, keberkesanan, keselamatan dan pematuhan kawal selia.
[Satu versi penuh siaran akhbar ini boleh didapati di laman web di alamat
http://www.savi.com/about/press-releases/2009-11-04.php]
Aplikasi Savi SmartChain(R) Enterprise Platform and Asset Management menopang penyelesaian gabungan jalinan itu, yang meningkatkan data tepat masa daripada tag RFID aktif Savi dan tag RFID pasif KBR, yang boleh digunakan
untuk semua bentuk asset minyak dan gas.
"Setelah membuat perubahan dalam industri lain, suit Savi SmartChain(R) kini boleh menjalinkan kerjasama dengan rakan kami untuk meningkatkan prestasi operasi dalam sector minyak dan gas global,” kata David Stephens, ketua pegawai
eksekutif Savi Technology.
"Jalinan perkongsian kami dengan Savi dan KBR Wireless menyatukan platform teknologi perisian dan perkakasan paling berkesan di dalam sektor teanag untuk menangani keperluan perniagaan penting industri ini," kata Abeezar Tyebji,
ketua pegawai eksekutif Shipcom Wireless.
"Pada masa di mana adalah penting bagi industri minyak dan gas untuk menemui lebih banyak keberkesanan operasi, jalinan perkongsian kami dengan Savi dan Shipcom memberikan visibiliti serta kawalan yang tidak ada sebelum ini terhadap inventori dan aset di seluruh rangkaian nilai industri minyak dan gas,” kata Konrad Konarski, naib presiden KBR Wireless dan pengasas bersama Oil & Gas RFID Solution Group, kumpulan pendidikan yang memberi tumpuan isu-isu
rangkaian bekalan yang meluas.
Sebagai anak syarikat milik penuh Lockheed Martin [NYSE: LMT], Savi ialah syarikat pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian dan perkhidmatan maklumat dan teknologi rangkaian bekalan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di alamat www.savi.com.
Shipcom ialah pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian perisian pelaksanaan rangkaian bekalan bersepadu yang memberi tumpuan ke atas pasaran RFID dan mobility perusahaan.
KBR Wireless LLC ialah syarikat pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian identifikasi dan tanpa wayar automatik bagi sektor tenaga.
SUMBER: Savi Technology - Lockheed Martin
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Mark Nelson
TEL : +1-650-316-4872
EMEL : mnelson@savi.com
NAMA : Patrick O'Boyle
TEL : +1-650-316-4988
EMEL : poboyle@savi.com
kedua-duanya di Savi
www.twitter.com/savigroup
NAMA : Sam Falsafi
Shipcom
TEL : +1-281-558-5252
EMEL : info@shipcomwireless.com
NAMA : Melissa Silberberg
KBR
TEL : +1-832-644-9609
EMEL : msilberberg@kbrwireless.com
TARIKH SIARAN : 6 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|