PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 

November 21, 2009 -Sabtu

 
 
  STAR SCIENTIFIC MERANCANG PEMASARAN DAN JUALAN SELURUH DUNIA NUTRASEUTIKAL CIGRX(TM) DENGAN PERKONGSIAN BERSAMA INVENTIV HEALTH

Thursday 05/11/2009

PETERSBURG, Va., 5 Nov. /PRNewswire-AsiaNet/ --

Star Scientific, Inc. (Nasdaq: STSI) hari ini mengumumkan bahawa Syarikat bercadang memperkenal produk nutraseutikal CigRx(TM) yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, Rock Creek Pharmaceuticals, bagi tujuan pemasaran dan jualan seluruh dunia melalui perkongsian bersama in Ventiv Health, Inc. (Nasdaq: VTIV). inVentiv Health menawarkan satu barisan lengkap penyelesaian- penyelesaian pengkomersilan bagi setiap peringkat kitaran hayat produk, dalam pelbagai kategori penjagaan kesihatan
yang termasuk produk-produk nutraseutikal. Syarikat mempunyai keupayaan pemasaran serta jualan di 40 negara di seluruh dunia. CEO Star Jonnie R. Williams, berkata, "Merokok punca utama kematian yang boleh dicegah. Bagaimanapun, perniagaan rokok global, yang kini menjangkaui $300 bilion, terus meningkat. Matlamat kami ialah untuk memastikan CigRx(TM) boleh diperolehi oleh setiap perokok dewasa di seluruh dunia yang mahu meneruskan dengan metablosime bebas nikotin. " Rock Creek Pharmaceuticals akan bertanggungjawab bagi mengilang CigRx(TM), dan syarikat menjangka bahawa inVentiv Health akan terbabit dalam pemasaran produk dan jualan, dengan tumpuan pada pendidikan
produk bagi pakar-pakar perubatan dan profesional penjagaan kesihatan, selain pengguna.

(Logo: http://www.newscom.com/cgi-bin/prnh/20090317/STARSCIENTIFICLOGO )

Star juga mengumumkan bahawa ia telah mengekalkan McColl Partners LLC untuk menasihatkan syarikat dalam pelbagai perkara berhubung hal-hal kewangan korporat, termasuk pernilaian inisiatif-inisiatif strategik membabitkan produk-produk baru. McColl Partners, sebuah firma perbankan pelaburan bebas yang diasaskan bersama oleh Hugh McColl, bekas pengerusi Bank of America, mengkhusus dalam keperluan pengurusan dan pemilik syarikat-syarikat pasaran pertengahan. Firma ini menawarkan nasihat strategik dan bantuan kepada para pelanggannya berhubung gabungan dan pemerolehan.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan-kenyataan ramalan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Star Scientific, Inc. dan anak-anak syarikatnya yang disatukan (secara kolektif, "Syarikat”) telah cuba, sejauh mana yang boleh, untuk mengenalpasti kenyataan- kenyataan ramalan ini yang menggunakan perkatan-perkataan seperti `menjangka’, `percaya’, `menganggarkan’,
`mengunjurkan’, `merancang’ , `berhasrat’ dan pernyataan- pernyataan lebih kurang sama. Kenyataan-kenyataan ini membayangkan kepercayaan semasa Syarikat dan berdasarkan kepada maklumat yang ada kini. Selaras dengan itu, kenyataan -kenyataan ramalan seperti ini membabitkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan serta faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Syarikat berbeza secara material daripada apa yang dinyata atau dimaksudkan oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Risiko-risiko ini, ketidaktentuan dan kontinjensi termasuk, tanpa terhad
kepada, cabaran yang lazim pada inisiatif-inisiatif pembangunan produk baru, ketidaktentuan dalam kemajuan penyelidikan saintifik, keupayaan Syarikat untuk mengumpul modal tambahan di masa depan yang perlu untuk mengekalkan
perniagaannya, kemungkinan pertikaian berhubung harta intelek Syarikat, risiko yang berkaitan litigasi harta intelek, kemungkinan kelewatan dalam mendapatkan apa-apa kelulusan perlu daripada kerajaan bagi produk-produk tembakau dengan paras TSNA yang rendah, penerimaan pasaran produk-produk baru tembakau tanpa asap keluaran Syarikat, persaingan daripada syarikat-syarikat dengan sumber yang lebih besar lagi, keputusan Syarikat untuk tidak menyertai Perjanjian Penyelesaian Induk ("MSA"), kesan statut-statut negeri yang diterima di bawah MSA, dan pergantungan Syarikat terhadap kakitangan utama dan pada hubungan strategiknya
bersama dengan Brown & Williamson Tobacco Corporation memandangkan gandingannya bersama RJ Reynolds Tobacco Company, Inc. Impak daripada litigasi yang mungkin, jika
dimulakan terhadap atau negeri-negeri individu yang telah menerima MSA, mungkin membawa kesan buruk kepada Syarikat.

Walaupun Syarikat percaya jangkaan yang dibayangkan oleh
kenyataan-kenyataan ramalan seperti ini adalah beradasarkan kepada andaian munasabah, ia tidak boleh memberi jaminan bahawa harapan itu boleh dicapai ataupun apa-apa penyimpangan boleh diabaikan. Sila lihat hujah perbincangan
tambahan di bawah "Faktor-faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember, 2008, seperti yang difailkan bersama SEC pada 16 Mac, 2009, serta faktor-faktor lain yang diperinci dari masa ke masa dalam butiran-butiran lain yang difailkan oleh Syarikat bersama dengan SEC, yang boleh didapati di www.sec.gov. Maklumat ini adalah sah sehingga tarikh ini. Syarikat tidak terikat untuk mengemaskini atau memberi nasihat akan kenyataan-kenyataan ramalan ini untuk menunjukkan perkembangan atau keadaan selepas tarikh siaran akhbar ini atau untuk menunjukkan perkara-perkara luar jangkaan.

Mengenai Rock Creek Pharmaceuticals
Rock Creek Pharmaceuticals membangunkan produk-produk farmaseutikal bagi rawatan ketagihan dan gangguan neurologi yang lain, dan produk-produk lain seperti nutraseutikal. Syarikat membantu dalam kemajuan pihak ketiga daripada segi
akademik pendidikan dan terapeutik dalam kedua-dua bidang penyelidikan ini. Rock Creek mempunyai pejabat-pejabat saintifik dan penyelidikan di Gloucester, MA dan sebuah pejabat kawalselia di Washington, DC.

Mengenai Star Scientific
Star Scientific merupakan sebuah syarikat tembakau dengan misi mengurangkan kesan toksik. Ia terbabit dalam pembangunan produk-produk tembakau tanpa asap boleh larut yang mengurangkan kesan toksik karsinogenik (terutamanya
nitrosamine, atau TSNA yang terdapat khusus pada tembakau), melalui penggunaan teknologi mengawet tembakau yang inovatif StarCured(R), dan dalam melesenkan teknologi ini kepada yang lain. Star Scientific mempunyai Pejabat Korporat dan Jualan di Petersburg, VA, sebuah pejabat Eksekutif, Saintifik & Kawalselia di Bethesda, MD, serta kemudahan pengilangan di Chase City, VA. Bagi maklumat lanjut, sila lawat http://www.starscientific.com

Mengenai inVentiv Health
inVentiv Health, Inc. (Nasdaq: VTIV) merupakan peneraju global dalam penjagaan kesihatan yang didorong oleh wawasan yang menyediakan penyelesaian-penyelesaian dinamik untuk menyampaikan kejayaan bagi pelanggan dan pesakit. inVentiv menyampaikan penyelesaian-penyelesaian klinikal mengikut langganan, jualan, pemasaran serta komunikasi menerusi empat segmen teras perniagaannya: inVentiv Clinical, inVentiv Communications, inVentiv Commercial, dan inVentiv Patient Outcomes. Senarai pelanggan inVentiv Health terdiri daripada lebih 350 syarikat farmaseutikal utama, bio teknologi, sains hayat dan syarikat-syarikat pembayar bagi penjagaan kesihatan, termasuk kesemua 20 syarikat farmaseutikal terkemuka global. Bagi maklumat lanjut, sila lawat www.inventivhealth.com.

SUMBER: Star Scientific, Inc.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Sara Troy Machir
Naib Presiden, Komunikasi & Hal Ehwal Pelabur
TEL : +1-301-654-8300

DATE OF RELEASE : 5 NOVEMBER 2009
RELEASED BY BERNAMA MEDIA RELATIONS & EVENT MANAGEMENT





 
 
 

Copyright @ 2009 MREM . All rights reserved.