|
|
|
|
 |
| |
|
|
BANK-BANK AMERIKA SYARIKAT DAN EROPAH BERPENDAPAT IT YANG TIDAK BOLEH LENTUR ADALAH KEKANGAN UTAMA KEPADA INOVASI
Thursday 05/11/2009
BANGALORE, India, BOSTON, Massachusetts Dan LONDON, 5 Nov /
PRNewswire-AsiaNet/ --
- Kajian oleh Finacle Daripada Infosys Mendedahkan Trend Penting berhubung Inovasi Perbankan
Infosys Technologies Ltd hari ini mengumumkan pendedahan dua laporan yang signifikan mengenai inovasi perbankan daripada tinjauan di kalangan ahli kanan bank di Amerika Syarikat dan Eropah. Butiran terperinci daripada kajian penyelidikan itu boleh diperolehi di:
http://www.infosys.com/finacle/usa/solutions/Innovation-in-Retail-Banking-BAI.asp?cid=265
Menurut Haragopal Mangipudi, Ketua Global - Finacle, Infosys Technologies Ltd, "Keadaan ekonomi pada masa ini melakarkan satu keadaan yang tidak menentu mengenai masa depan dan institusi kewangan akan meraih faedah yang sangat
besar daripada petanda yang membawa kepada pertumbuhan dan kecekapan. Inovasi telah muncul sebagai satu komponen yang penting bagi strategi perniagaan di kalangan bank adan sebagai sebuah rakan inovasi yang terkemuka bagi bank-bank
yang merentasi dunia, kami amat berbesar hati untuk membentangkan penemuan-penemuan ini."
Siri Penyelidikan BAI dan Finacle – Mengemudi di dalam Masa Yang Bergelora: Bersaing bagi Deposit dan Perhubungan yang dijalankan tinjauan ke atas 116 pemilik kanan bank daripada lebih 100 institusi kewangan merentasi Amerika Syarikat. Kertas putih itu melaporkan bahawa empat daripada lima pemilik bank menyifatkan inisiatif inovasi sebagai tersangat atau sangat penting dalam usaha mereka untuk mengejar pertumbuhan dan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan di masa hadapan. Di samping itu, hampir sembilan daripada 10 percaya bahawa IT akan menjadi tersangat penting atau begitu penting kepada usaha-usaha inovasi itu.
Debbie Bianucci, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, BAI, berkata, "Masa yang penuh bergelora baru-baru ini telah mengakibatkan di dalam perubahan di dalam landskap perbankan selain keutamaan dan inisiatif penting oleh eksekutif institusi kewangan. Inovasi memainkan satu peranan yang penting ketika industri perkhidmatan kewangan memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk membina semula
kepercayaan dan keyakinan pengguna, memacukan pertumbuhan, mengurangkan kos dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan. Siri Penyelidikan BAI dan Finacle menyediakan pengetahuan yang penting kepada keperluan bagi mencapai inovasi perbankan."
Infosys berpadu tenaga bersama-sama European Financial Management & Marketing Association (EFMA) atau Persatuan Pengurusan & Pemasaran Kewangan Eropah untuk menjalankan satu tinjauan berhubung Inovasi di dalam Perbankan Runcit di
kalangan bank di seluruh Eropah. Pengurusan kanan daripada 89 buah bank di 26 buah negara di Eropah menyumbang kepada penyelidikan itu. Sebanyak 78 peratus bank-bank di dalam tinjauan itu percaya bahawa kepentingan inovasi adalah tinggi atau sangat tinggi bagi kedua-dua aspek pertumbuhan dan kecekapan. Sistem IT yang tidak boleh dilenturkan dan kesendatan di dalam pembangunan IT adalah merupakan dua halangan utama kepada inovasi merentasi kesemua tiga wilayah.
Patrick Desmares, Setiausaha Agung, EFMA, berkata, "Pada masa krisis ini, terdapat bahaya bahawa bank-bank akan membenarkan keutamaan lain untuk memperlahankan tempo inovasi, tetapi ini adalah masa yang paling sesuai apabila
inovasi dapat mewujudkan platform bagi pertumbuhan dan kecekapan di masa hadapan. Kami mendapati begitu banyak minat di dalam subjek inovasi apabila bercakap dengan bank-bank di seluruh Eropah, dan kami berharap bahawa pandangan yang dapat kami utarakan daripada penyelidikan ini terbukti berguna.”
Sebagai sebuah pemimpin di dalam teknologi perbankan, Finacle(TM) mempunyai kehadiran global merentasi 62 buah negara dan telah diiktiraf sebagai di antara pemimpin di dalam ruang penyelesaian perbankan utama oleh pakar analisis utama termasuk Gartner and Forrester. Finacle(TM) adalah juga pemenang bagi beberapa siri anugerah untuk keupayaan inovasi dan pelaksanaannya, dan yang paling terkenal adalah Anugerah Teknologi Pemilik Bank, Anugerah Pelaksanaan IT
Pemilik Bank Asia dan Anugerah Khas Hakim Teknologi Perbankan bagi 'Penggunaan IT Secara Inovatif'.
Maklumat mengenai Penyelesaian Perbankan Universal Finacle(TM)
Finacle(TM) daripada Infosys membantu bank-bank MENANG DALAM SEBUAH DUNIA YANG MENDATAR dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang membolehkan satu peralihan di dalam strategi dan keutamaan operasi mereka. Penawaran itu menangani keperluan transformasi perniagaan yang diterajui teknologi bagi peruncitan, korporat dan bank-bank universal di seluruh dunia dengan memaksimumkan peluang-peluang mereka bagi pertumbuhan, dan pada masa yang sama meminimumkan risiko yang dihadapi berikutan transformasi berskala besar itu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.infosys.com/finacle
Maklumat mengenai Infosys Technologies Ltd
Infosys (NASDAQ: INFY) mendefinisi, mereka bentuk dan menyampaikan penyelesaian perniagaan yang dibolehkan untuk IT untuk membantu syarikat-syarikat Global 2000 berjaya di dalam sebuah Dunia Yang Mendatar. Penyelesaian ini memberi
tumpuan kepada menyediakan perbezaan strategik dan keutamaan daripada segi operasi kepada para pelanggan. Dengan Infosys, para pelanggan diberi jaminan mengenai rakan perniagaan yang telus, proses yang bertaraf dunia, kecekapan pelaksanaan dan kuasa untuk melonggarkan bajet IT mereka dengan menggerakkan
Model Penyampaian Global yang diperkenalkan oleh Infosys. Infosys mempunyai lebih 104,000 orang pekerja di lebih 50 buah pejabat di seluruh dunia. Infosys adalah sebahagian daripada Indeks 100 NASDAQ dan The Global Dow. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.infosys.com.
Infosys Technologies Ltd - Safe Harbor
Kenyataan tertentu di dalam siaran media ini yang membabitkan prospek pertumbuhan masa depan kami adalah merupakan kenyataan yang bersifat pandangan ke hadapan, yang membabitkan beberapa risiko dan ketidak-tentuan yang boleh
menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza daripada yang terkandung di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Risiko dan ketidak-tentuan yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidak-tentuan berhubung naik turun di dalam perolehan, keupayaan kami untuk menguruskan pertumbuhan, persaingan sengit di dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin menjejaskan kelebihan kami daripada segi kos, kelebihan kadar upah di India, keupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan tenaga profesional yang sangat mahir, masa dan kos yang melampaui ke atas tempoh waktu kontrak yang tetap masa dan tetap harga, penumpuan pelanggan, sekatan ke atas imigresen, penumpuan dalam segmen industri, keupayaan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan bagi teknologi di dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan di dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, keupayaan kami untuk dengan jayanya melengkap dan menyatukan potensi pemerolehan, liabiliti bagi kerosakan ke atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat di mana Infosys telah membuat pelaburan strategik, penarikan balik insentif kewangan kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, kekangan perundangan terhadap langkah untuk menambahkan modal atau memiliki syarikat di luar India, dan penggunaan tanpa kebenaran bagi harta intelek kami dan keadaan ekonomi secara am yang menjejaskan industri kami.
Risiko tambahan yang boleh menjejaskan pencapaian operasi kami di masa hadapan ada digambarkan dengan lebih jelas di dalam fail kami yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami
pada Borang 20-F bagi tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2009 dan pada Borang 6-K untuk suku tahun yang berakhir 30 Jun, 2009. Fail-fail ini boleh dilihat dengan melayari laman web http://www.sec.gov. Infosys mungkin, dari semasa ke
semasa, membuat penambahan secara bertulis atau lisan ke atas kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, termasuk kenyataan yang terkandung di dalam fail syarikat dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti dan laporan kami kepada pemegang saham. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa bagi
pihak syarikat itu.
Maklumat mengenai BAI
BAI adalah merupakan rakan industri perkhidmatan kewangan bagi penemuan maklumat dan kepintaran yang diperlukan untuk menginovasikan dan bagi mengekalkan hubungan di dalam sebuah tempat pasaran yang berputar. Untuk tempoh lebih 80 tahun, BAI telah memberi tumpuan kepada memajukan lagi industri dengan menawarkan pendidikan dan penyelidikan yang tidak berat sebelah. Penawaran BAI adalah pelbagai sebagaimana industri itu, dan termasuk acara-acara unggul seperti Persidangan & Ekspo Penyampaian Runcit BAI, penemuan dan pencapaian metrik yang terunggul, program pembangunan dan pembelajaran profesional, dan liputan editorial yang mendalam menerusi Strategi Perbankan BAI. Layari http://www.BAI.org untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau ikuti BAI di Twitter di http://twitter.com/BAI_Info. BAI adalah singkatan untuk Bank Administration Institute dan BAI Center.
Maklumat mengenai EFMA
Efma menggalakkan inovasi di dalam pembiayaian runcit di Eropah dengan menggalakkan perdebatan dan perbincangan di kalangan pihak-pihak utama yang terbabit. Ditubuhkan pada tahun 1971, Efma terdiri daripada 2,960 jenama yang berlainan di dalam perkhidmatan kewangan di seluruh dunia pada hari ini, termasuk 80 peratus daripada kumpulan perbankan yang terbesar di Eropah.
Menerusi penganjuran acara, penerbitan yang kerap dan laman webnya yang menyeluruh, persatuan itu menyediakan kepada kalangan profesional di dalam perkhidmatan kewangan runcit dengan jawapan kepada persoalan mereka mengenai isu-isu utama yang berkaitan dengan perniagaan mereka: strategi pelbagai pengedaran, pendekatan pelanggan, CRM, pemasaran produk dan perkhidmatan dan memperbaiki tahap keuntungan.
Efma adalah sebuah persatuan yang berdinamik, yang menyediakan peluang yang baik bagi perbincangan dan pertukaran tanpa sebarang kekangan komersil. Ia menyediakan kepada anggotanya dengan pelbagai perkhidmatan yang eksklusif selain kadar diskaun ke atas aktiviti yang tidak sepatutnya. Kesetiaan anggotanya selain sokongan kewangan mereka yang berkekalan adalah bukti terbaik bagi kecekapan mereka. http://www.efma.com
SUMBER: Infosys Technologies Limited
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Pejabat Media Infosys - India
NAMA : Mickey Bopanna
Corporate Voice Weber Shandwick
TEL : +91-9980-616-521
EMEL : mickey@corvoshandwick.co.in
Pejabat Media Infosys – Amerika Syarikat
NAMA : Jyotsna Grover
BitePR
TEL : +1-408-569-5456
EMEL : Jyotsna.Grover@bitepr.com
Pejabat Media Infosys - Eropah
NAMA : Shamima Begum
Golin Harris
TEL : +44(0)20-7067-0469
EMEL : sbegum@golinharris.com
TARIKH SIARAN : 5 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|