PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 

November 21, 2009 -Sabtu

 
 
  QTRAX UMUM PERKONGSIAN BERSAMA BAIDU

Tuesday 03/11/2009

NEW YORK Dan BEIJING, 3 Nov. /PRNewswire-AsiaNet/ --

Qtrax (www.qtrax.com) hari ini mengumumkan bahawa Baidu, enjin pencarian utama di China, telah bersetuju untuk menyalurkan pertanyaan pencarian berkaitan muzik daripada Portal Hiburan miliknya, dan tapak-tapak Muzik Online Qian Qian ke khidmat muat turun bebas, percuma dan sah milik Qtrax, jika Qtrax mempunyai artis atau lagu yang ditanya itu.

Allan Klepfisz, Presiden dan CEO Qtrax, mengulas: "Kami sangat gembira dengan keputusan Baidu. Sebagai enjin pencarian yang dominan di China, Baidu akan menyediakan kepada kami trafik yang besar melalui portal muzik dan
hiburannya. Kami, di sebaliknya, akan menawarkan kepada pelawat-pelawat yang mereka hantar ke tapak-tapak kami yang bebas, percuma dan sah, satu penemuan muzik dan pengalaman muat turun yang hebat. Pada minggu-minggu akan datang, kami akan melancarkan secara berperingkat di setiap satu daripada negara Asia-Pasifik dan mula menyalur dan mengewangkan trafik – demi manfaat artis dan pemilik hakcipta – yang sebelum ini sampai ke tapak-tapak yang tidak dilesenkan. Kami percaya yang tawaran kami, termasuk maklumat akan artis, adalah jauh lebih hebat berbanding tapak-tapak tidak sah."

Jay Berman, Pengerusi Bersama Lembaga Penasihat Qtrax dan bekas Pengerusi RIAA dan IFPI, berkata: "Sebagai orang yang terbabit dalam memerangi cetak rompak muzik di China selama lebih 20 tahun, saya percaya ini mewakili langkah
pertama yang penting. Ia satu perkembangan yang sangat positif dalam memerangi cetak rompak muzik online di China."

Mengenai Qtrax
Qtrax akan muncul sebagai khidmat muzik muat turun percuma sah yang pertama di dunia dan menampilkan model muat turun inovatif disokong iklan yang dengan mudah menyalurkan hasil kepada artis dan pemegang hak. Qtrax telah memeterai dengan jayanya perjanjian-perjanjian perlesenan bersama label-label utama, penerbit muzik dan penggiat persendirian terkemuka. Qtrax tidak lama lagi akan menawarkan kepada peminat akses kepada katalog berwarna dan pelbagai bersama berjuta-juta fail muzik digital berkualiti tinggi, berfideliti tinggi. Bertempat di Bandar Raya New York, Qtrax merupakan sebuah daripada anak syarikat Brilliant Technologies Corporation (OTC Pink Sheets: BLLN), sebuah syarikat pegangan teknologi yang diurusniaga secara awam.

Mengenai Baidu (Nasdaq: BIDU)
Baidu, Inc. yang buat masa ini diurusniaga pada Pasaran Terpilih Global NASDAQ di bawah simbol "BIDU" merupakan penyedia pencarian Internet utama dalam bahasa Cina. Sebagai sebuah syarikat media yang berasaskan kepada teknologi, Baidu mahu menyediakan kaedah terbaik bagi orang ramai mencari maklumat. Selain daripada memberi khidmat kepada pengguna-pengguna pencarian Internet, Baidu menyediakan satu platform berkesan bagi perniagaan-perniagaan sampai kepada pelanggan-pelanggan berpotensi mereka. Bagi maklumat lanjut, lawat http://www.baidu.com.

Kenyataan-kenyataan Safe Harbor
Pengumuman ini mengandungi kenyataan-kenyataan berunsur ramalan yang langsung atau tidak langsung yang membabitkan risiko serta ketidaktentuan yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dicadangkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko-risiko yang dikenalpasti dan dibincangkan dalam butir-butiran yang difail oleh syarikat bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Swasta. Kenyataan-kenyataan berunsur ramalan ini adalah berdasarkan kepada maklumat serta jangkaan pengurusan pada tarikh yang tertera di sini dan keputusan di masa depan boleh berbeza secara material daripada jangkaan dan syarikat tidak terikat untuk mengemaskininya kecuali jika disyaratkan oleh undang-undang.

SUMBER: Qtrax

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Michelle Manoff
TEL : +1-212-843-8051
EMAIL: mmanoff@rubensteinpr.com

NAMA : Samantha Stark
TEL : +1-212-843-8001
EMAIL: sstark@rubensteinpr.com
kedua-duanya di Rubenstein Public Relations, bagi Qtrax

TARIKH SIARAN: 3 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2009 MREM . All rights reserved.