|
|
|
|
 |
| |
|
|
PENEBUSAN FANNIE MAE
Tuesday 03/11/2009
WASHINGTON, 3 Nov /PRNewswire-AsiaNet/ --
Fannie Mae (NYSE: FNM) akan menebus jumlah prinsipal bagi terbitan sekuriti yang berikut pada tarikh-tarikh penebusan yang dinyatakan di bawah, pada satu harga penebusan yang bersamaan dengan 100 peratus jumlah prinsipal yang ditebus, ditambah dengan faedah terakru pada tarikh penebusan:
Jumlah Jenis Kadar Tarikh CUSIP Tarikh
Prinsipal sekuriti Faedah Matang penebusan
$100,000,000 MTN 1.000% 12 Mei, 2011 3136FHPM1 12 November, 2009
$125,000,000 MTN 1.500% 12 Mei, 2014 3136FHTL9 12 November, 2009
Fannie Mae wujud bagi memperluaskan rumah kediaman yang mampu dimiliki, selain untuk mengumpul modal global untuk masyarakat tempatan bagi membolehkannya memberi perkhidmatan untuk pasaran rumah kediaman di Amerika Syarikat. Fannie Mae mempunyai piagam persekutuan dan beroperasi dalam pasaran gadai janji sekunder Amerika bagi meningkatkan mudah tunai
pasaran gadai janji dengan menyediakan dana untuk bank-bank gadai janji dan para peminjam yang lain supaya mereka dapat mengeluarkan pembiayaan kepada para pembeli rumah kediaman. Tugas kami ialah untuk membantu mereka yang tinggal di Amerika.
Siaran media ini tidak melambangkan satu penawaran untuk menjual atau memujuk bagi satu tawaran untuk membeli sekuriti milik Fannie Mae. Tidak ada mana-mana perkataan di dalam siaran media ini yang melambangkan nasihat untuk mengukuhkan merit bagi membeli atau menjual mana-mana pelaburan tertentu. Sebarang keputusan pelaburan berhubung mana-mana pembelian sekuriti yang dirujuk di dalam siaran media ini harus dibuat semata-mata berdasarkan kepada asas maklumat yang terkandung di dalam Pekeliling Penawaran Fannie Mae dan tidak ada penggantungan harus diletakkan kepada kesempurnaan atau ketepatan maklumat yang terkandung di dalam siaran media ini.
Anda tidak harus berurusan di dalam sekuriti melainkan anda benar-benar memahami ciri-ciri mereka dan sejauh mana pendedahan anda terhadap faktor risiko. Anda harus berpuas hati bahawa ia sesuai untuk anda berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan kewangan anda. Sekiranya anda menghadapi sebarang keraguan anda harus merujuk kepada penasihat kewangan yang berkelayakan.
SUMBER : Fannie Mae
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Latressa Cox
Fannie Mae
TEL : +1-202-752-6707
TARIKH SIARAN : 3 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|