|
|
|
|
 |
| |
|
|
TELNIC MENANG ANUGERAH MODEL KECEMERLANGAN 2009 INFOCOMMERCE GROUP
Monday 02/11/2009
PHILIDELPHIA, PA, 2 Nov. /PRNewswire-AsiaNet/ --
Telnic Limited (http://telnic.tel), Pengendali Pendaftar untuk domain peringkat tinggi .tel fokus telekomunikasi baru (TLD), hari ini menerima satu anugerah Model Kecemerlangan pada Data Content '09. Anugerah Model
Kecemerlangan InfoCommerce Group menunjuk dan memprofail teladan industri bagi menggambarkan pendapatan sebenar dijana dengan menjual atau mengedar maklumat dalam talian.
“Konsep disebalik domain .tel adalah kedua-dua berani dan menakjubkan,” kata Russell Perkins, Pengasas InfoCommerce Group, ".tel mempunyai potensi untuk merevolusikan direktori hubungan dalam talian dengan memberikan maklumat yang mudah, cepat dan digarisarus untuk semua orang. .tel khasnya penting dalam konteks peranti mudah alih bukan hanya kerana masa tindak balas yang cepat,
tetapi kerana halaman maklumat dinamik .tel yang kompak, tidak berserabut dan membolehkan e-mel dengan satu klik sahaja dan panggilan telefon walaupun dengan skrin hartanah yang terhad. Ini merupakan idea yang inovatif dan berkuasa dengan potensi besar.”
Henri Asseily, Ketua Pegawai Teknologi dan Ketua Strategi di Telnic menambah: “Dengan orang ramai mula menyedari bahawa kesamaan dengan semua nama domain lain bermula dan berakhir dengan titik dalam .tel, mereka mula membuka minda mereka terhadap kemungkinan berkongsi semua jenis data dalam internet dalam cara yang standard, berkesan dan beraksi. Kami gembira bahawa pertubuhan-pertubuhan seperti InfoCommerce Group telah melihat potensi .tel dan
gembira untuk menerima anugerah pada tahun pertama nama .tel tersedia untuk semua.”
Maklumat lanjut mengenai .tel boleh dilihat di http://www.telnic.org.
Mengenai InfoCommerce Group Inc
InfoCommerce Group Inc. (ICG) diasas pada 1995 untuk menangani transformasi radikal industri maklumat yang berlaku, dengan memberikan panduan, penyelidikan dan nasihat kepada penerbit kandungan pusat data komersial. Sejak 10 tahun lepas, ICG telah menjadikan dirinya pemimpin pemikir dalam meneroka, mencarta, menganalisa dan menentukan isu-isu paling penting yang membentuk semula perniagaan pusat data.
Mengenai Telnic Limited
Diasaskan pada 2000, Telnic Limited merupakan Pengendali Pendaftar dan Pertubuhan Penajaan berpusat di United Kingdom untuk domain peringkat tinggi ditaja .tel baru (sTLD).Perkhidmatan proses bahagian belakang pendaftar
disediakan oleh NeuStar. Untuk maklumat lanjut, sila lawat http:// telnic.org atau guna http://telnic.tel untuk maklumat hubungan.
SUMBER: Telnic Limited
TARIKH SIARAN : 2 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|