PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 

November 22, 2009 -Ahad

 
 
  RINGKASAN HARIAN ASIANET – SIARAN MEDIA UNTUK 2 NOVEMBER, 2009

Monday 02/11/2009

SYDNEY, 2 Nov /AsiaNet/ --

PESTA PERDAGANGAN...
NICOSIA: Berikutan dengan kejayaan permulaan dua bulan pameran dalam talian ‘Best of China 2009’ (dengan 3700+ pempamer dari China dan 30,000 pengunjung perdagangan harian unik), BusinessGlobal.com telah melancarkan acara keduanya,
‘The Euro - China Partnership and Investment On-line International Trade Fair'.


http://www.businessglobal.com

POPI MUDAH ALIH…

WELLINGTON: Rakyat Australia yang berada di luar negara boleh memperingati Hari Memperingati pada 11 November dengan memuat turun popi digital ke dalam telefon bimbit mereka.

www.rslpoppy.com


KANAK-KANAK INDONESIA...
SYDNEY: Seramai enam juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Indonesia dijangkakan menghidap pneumonia tahun hadapan, menurut Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO) pada hari Isnin, memetik laporan dalam Buletin World Health
Organization.
www.comoonline.org


KANAK-KANAK CHINA...
SYDNEY: 74,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun dijangka menghidap pneumonia tahun hadapan, menurut Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO) pada hari Isnin, memetik laporan dalam Buletin World Health Organization.

www.comoonline.org


PERLINDUNGAN DARIPADA PNEUMONIA...
SYDNEY: Seramai 2.7 juta kanak-kanak di bawah umur lima thaun di Filipina dijangka menghidap pneumonia tahun hadapan menurut Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO) pada hari Isnin, memetik laporan dalam Buletin World Health Organization.

www.comoonline.org


KEMATIAN AKIBAT PNEUMONIA...
SYDNEY: Seramai 61 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Asia Tenggara dijangka menghidap pneumonia tahun hadapan, menurut Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO) pada hari Isnin, memetik laporan dalam Buletin World Health Organization.

www.comoonline.org


GWAVA MENYERTAI...
MONTREAL: GWAVA hari Ahad mengumumkan akan penajaannya dan penyertaannya dalam Novell Hidden Gems Tour.


www.gwava.com

KEMPEN HIV...
PHNOM PENH, Kemboja: Sebagai sebahagian daripada usaha global untuk menguji beberapa juta orang untuk HIV sebagai menghormati kempen Hari Menguji Berjuta-juta Orang untuk Aids 2009, , AHF/Cambodia CARES akan melancarkan usaha pengujian sulungnya semasa Pesta Air tahunan, yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh dan merupakan pesta terbesar dalam kalendar Kemboja.


http://www.testingmillions.org

KYLINTV MENYERTAI...
NEW YORK: China International TV Corporation (CITVC)
dan KyLinTV secara bersama telah melancarkan beberapa siri acara di New York bagi meraikan ulang tahun kelima pakej siaran budaya Cina yang inovatif CITCV, iaitu Great Wall TV di Amerika Syarikat.

http://www.citvc.com
http://www.neulion.com
http://www.kylintv.com

RINGKASAN BULANAN...
WASHINGTON: Ringkasan Bulanan Fannie Mae untuk September 2009 kini boleh diperolehi di www.fanniemae.com/ir/monthly.

SIARAN WEB QTRAX...
NEW YORK: Qtrax, perkhidmatan muat turun muzik yang percuma dan sah, akan mengadakan siaran web interaktif secara langsung untuk para wartawan pada Isnin 2 November, pada pukul 2 petang, Waktu Timur.

www.qtrax.com

RISI MENGUMUMKAN...
BRUSSELS: RISI hari Sabtu mengumumkan para pemenang program Anugerah Pulpa & Kertas Antarabangsa (PPI).

http://www.ppiawards.com
http://www.risi.com

EKSPO ETHERNET...
NEW YORK: Ethernet Expo Americas 2009, yang dihoskan oleh Light Reading, penerbitan dalam talian utama untuk industri telekom, dan Heavy Reading, bahagian kajian pasarannya yang berprestij, muncul sebagai acara ‘Carrier Ethernet’ utama dalam industri berdasarkan barisan penceramahnya dan kualiti
serta kuantiti para hadirinnya.

www.lightreading.com
www.heavyreading.com


MISI PELABURAN...
ATHENS: Invest in Greece, Agensi Rasmi Promosi Pelaburan yang bertanggungjawab mempromosikan, menarik dan menyokong pelaburan langsung luar negara ke Greece, menganjurkan dan menyertai misi pelaburan ke China dan Korea dari 2 hingga 6 November, dengan kerjasama Pejabat Ekonomi dan Komersil
Kedutaan Greek di Beijing dan Seoul.
http://www.investingreece.gov.gr


NEOSTEM ACQUIRES...
NEW YORK: NeoStem, Inc. hari Jumaat mengumumkan bahawa syarikat telah menyempurnakan pengambil alihan China Biopharmaceuticals Holdings, Inc., syariakt farmaseutikal utama China.

www.neostem.com


FANNIE MAE...
WASHINGTON, D.C.: Fannie Mae akan menebus jumlah pinsipal lima terbitan sekuriti berjumlah AS$455 juta pada 9 dan 10 Nov 2009 pada harga penebusan bersamaan dengan 100 peratus jumlah prinsipal yang ditebus termasuklah faedah terakru.

http://www.fanniemae.com

ALDAR MENYEMPURNAKAN...
ABU DHABI: Aldar Properties, syarikat pembangunan hartanah, pengurusan dan pelaburan utama di Abu Dhabi, hari Jumaat mengumumkan akan penyempurnaan struktur luaran untuk Ferrari World Abu Dhabi.
http://www.aldar.com


ANUGERAH SENI
STOCKHOLM: Melalui kerjasama yang kerap dengan artis- artis, para pereka dan jurugambar yang canggih, ABSOLUT VODKA adalah penyokong seni.

http://absolutartcollection.com
http://press.absolut.com

GATSBY MENGANJURKAN...
OSAKA: Untuk dua tahun berturut-turut, GATSBY menganjurkan Pertandingan Tarian Penggayaan, untuk tujuh buah negara – Jepun, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia dan Taiwan, bagi mencari anak murid tarian yang
terbaik di Asia.

http://www.gatsby.sg


DULUTH MENGESAHKAN...
TORONTO: Duluth Metals Limited hari Jumaat mengesahkan 12 juta auns yang ditandai dan 6 juta auns yang diinferensikan untuk platinum yang terkandung, palladium dan emas (Total Precious Metal atau TPM) dalam Deposit Nokomis seperti yang dilaporkan oleh Anggaran Sumber NI 43-101 terbaru Scott Wilson RPA.

www.duluthmetals.com


ENERSYS MENGUMUMKAN...
READING, Pa.: EnerSys pengeluar, pemasar dan pengedar terbesar dunia untuk bateri industri mengumumkan pada hari Jumaat bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian definitif untuk memperoleh perniagaan bateri industri syarikat Sweden Accu Holding AG.

http://www.enersys.com


PENGURUSAN HIPERTENSI...
TAIPEI: Menurut tema Kongres Hipertensi Dunia 2009 di Beijing: ‘from bench to bedside and community’, Microlife mempromosikan satu penyelesaian keseluruhan untuk pengurusan hipertensi. Penyelesaian ini mengandungi satu siri peralatan pengukuran tekanan darah professional yang inovatif yang direka untuk penapisan faktor risiko, diagnosis dan rawatan susulan.


ALLIED MEMPERSEMBAHKAN...
PEMBROKE: Allied World Assurance Company, Ltd, satu syarikat anggota Allied World Assurance Company Holdings, Ltd, hari Jumaat mengumumkan bahawa Benjamin Howell, Naib Presiden Professional Liability, Asia, akan membuat pembentangan di Courses & Seminars Limited Financial Institutions Seminar, yang akan diadakan pada 5 November,
2009 di Hong Kong.

STRATEGI KESIHATAN...
HANOI: Manusia yang paling lemah hari ini adalah wanita dalam umur yang boleh melahirkan anak, hidup dalam komuniti luar bandar yang miskin, yang diancam oleh perubahan iklim, menurut kesimpulan satu persidangan antarabangsa di Hanoi. Beratus-ratus pakar dan pegawai kesihatan, pembangunan dan hak asasi manusia menggesa satu strategi kesihatan global yang baru, semasa persidangan itu minggu lepas.

www.healthandrights.com

CEO AEROCONSEIL...
BLAGNAC: Alain Carcass agrès, CEO Aeroconseil, adalah salah seorang wakil yang mengiringi Christine Lagarde, Menteri Ekonomi, Industri dan Pekerjaan, ke China dari 28-30 Oktober, 2009 untuk menemui para pegawai kanan di negara itu.

http://www.aeroconseil.com

JETBRAINS MENYIARKAN...
PRAGUE: JetBrains, perekacipta peralatan pembangunan yang bistari dan yang mempertingkat produktiviti, hari Jumaat mengumumkan pelancaran YouTrack 1.0 ‘bug’ dan sistem pengesanan keluaran terbaru syarikat tersebut.

http://www.jetbrains.com/idea/
http://www.jetbrains.com/resharper
http://www.jetbrains.com/profiler
http://www.jetbrains.com/teamcity
http://www.jetbrains.com/ruby
http://www.jetbrains.com/mps
http://www.jetbrains.com


PRESIDEN ROTARY...
EVANSTON, Ill.: Kalyan Banerjee, seorang ahli perniagaan dari Gujarat, India, bakal menjadi presiden Rotary International www.rotary.org -- antara organinsasi perkhidmatan kemanusiaan terbesar di dunia – pada 1 Julai 2011.
www.rotary.org/endpolio
www.polioeradication.org


PEMBANGUNAN KONDOMINIUM...
NEW YORK: Secara idealnya, terletak di tempat bersejarah Bandar New York Greenwich Village, Devonshire House, bangunan pra-perang yang sangat ketara senibinanya yang terletak di 28 East 10th Street, telah bertukar menjadi
pembangunan kondominium yang unik.
www.DevonshireHouseNYC.com


ARTNET MELELONG...
NEW YORK dan BERLIN: artnet Auctions kini mengadakan Jualan Moden + Kontemporari, satu lelongan dalam talian untuk kerja seni oleh 50 artis yang mewakili gerakan artisitik yang penting dari kurun ke 20 sehinggalah kini.

www.artnet.com/ModernAndContemporary
www.artnet.com
www.artnet.de
www.artnet.fr


TELNIC MENANG...
PHILADELPHIA, PA: Telnic Limited, Operator Pendaftar untuk domain peringkat tertinggi .tel (TLD) yang memfokus kepada komunikasi, hari Khamis menerima anugerah ‘Models of Excellence’ semasa berlangsungnya Data Content '09.
http://www.telnic.org
http://telnic.tel


AsiaNet merupakan konsortium agensi-agensi berita utama dunia yang mengedarkan siaran-siaran akhbar yang tidak diedit dan telah diterjemahkan untuk para pelanggan di seluruh dunia.

Lawati www.asianetnews.net untuk teks penuh.

SUMBER : ASIANET

DATE OF RELEASE : 2 NOVEMBER 2009
RELEASED BY BERNAMA MEDIA RELATIONS & EVENT MANAGEMENT


 
 
 

Copyright @ 2009 MREM . All rights reserved.