PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 

November 22, 2009 -Ahad

 
 
  PILIHAN ADALAH SATU PENYAMA HEBAT DALAM EKONOMI BARU: PENGARAH EKSEKUTIF GLOBAL XIAMETER(R)

Monday 02/11/2009

MIDLAND, Mich., 2 Nov./PRNewswire-AsiaNet/ --

E-perdagangan kunci kepada penyesuaian kepada keadaan yang berubah

Untuk syarikat-syarikat kimia maju ketika ekonomi pulih, saiz tidak sepenting inovasi, keberkesanan dan pengekalan, menurut Shelley Bausch, pengarah eksekutif global XIAMETER(R), perniagaan berdasarkan dalam talian Dow
Corning.

"Margin rendah dan tekanan persaingan telah memaksa syarikat-syarikat untuk mencari cara yang cepat dan lebih baik untuk melakukan perniagaan," kata Bausch pada satu persidangan pembelian kimia baru-baru ini. "Syarikat yang boleh mengubah diri mereka untuk memberi khidmat lebih baik kepada pelanggan, ketika menjadi lebih kos-efisyen, adalah yang berjaya dalam keseluruhan rangkaian nilai."

Penggunaan Internet dengan lebih berkesan merupakan satu contoh, kata Bausch, memetik statistik daripada Biro Banci Amerika Syarikat bahawa transaksi perniagaan-kepada- perniagaan oleh para pengilang dan pemborong dagang berjumlah 93 peratus daripada e-perdagangan pada 2007.

"Untuk kedua-dua pembekal dan pelanggan, e-perdagangan telah mengaris arus kedua-dua penjualan dan pembelian," katanya. "Ia satu cara yang lebih cepat, lebih berkesan dan berkekalan untuk melakukan perniagaan dan untuk berinteraksi
dengan para pelanggan dan pelanggan berpotensi. Perkara luar biasa mengenai perniagaan dalam talian -- satu laman web profesional dan perkhidmatan e-perdagangan membolehkan syarikat-syarikat kecil bersaing dengan syarikat besar. Untuk syarikat besar, Internet membolehkan mereka untuk menjadi fleksibel dan lincah seperti syarikat mula kecil."

Bausch juga membincangkan pengalaman sendiri Dow Corning dalam mengubah strategi perniagaannya untuk memenuhi keperluan para pelanggan. Dow Corning merintis pembelian dalam talian silikon pada 2002 apabila ia melancarkan jenama
XIAMETER(R) dan model perniagaan, untuk memberi khidmat kepada para pelanggan yang mahu dan memerlukan penentuan harga sepanjang masa, berdasarkan pasaran untuk produk- produk silikon standard. Bahan-bahan ini digunakan secara meluas sebagai peningkat prestasi oleh pelbagai industri, termasuk penjagaan peribadi, pembinaan dan automotif, di mana mereka memberikan kualiti seperti ketahanan, stabiliti, perekatan dan rintangan cuaca.

Tahun ini, Dow Corning mengembang model perniagaan XIAMETER untuk meliputi pilihan bertambah untuk pelanggan, termasuk barisan diperluas 2,100 produk, satu platform kemasukan tempahan baru dengan fungsi-fungsi perkhidmatan- sendiri ditingkatkan, kuantiti jilid, penentuan harga dan pilihan bentuk kredit, dan keupayaan untuk membeli terus dariapada www.xiameter.com atau melalui pengedar tempatan.

"Syarikat-syarikat berjaya adalah yang menjadi pakar dalam penyesuaian diri kepada keadaan berubah-ubah -- menjadi lasak, selalu berpandangan ke hadapan, dan mengubah bukan sahaja produk mereka tetapi juga perniagaan mereka untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan mereka," kata Bausch.

Bagi mendengar lebih lanjut daripada Shelley Bausch, tonton video pada laman YouTube Dow Corning
(www.youtube.com/watch?v=rg9XtBM1Dgw&feature=player_profilepage).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama XIAMETER, sila lawat www.xiameter.com.

Mengenai Dow Corning
Dow Corning http://www.dowcorning.com memberikan penyelesaian meningkatkan-prestasi untuk memberi khidmat kepada keperluan pelbagai lebih 25,000 pelanggan di seluruh dunia. Sebuah pemimpin global dalam silikon, teknologi berdasarkan-silikon dan inovasi, Dow Corning menawarkan lebih daripada 7,000 produk dan perkhidmatan melalui jenama-jenama syarikat Dow Corning(R) dan XIAMETER(R) (https://www.xiameter.com/). Dow Corning merupakan satu usahasama yang dimilik secara sama rata oleh Syarikat Dow Chemical dan Corning, Incorporated. Lebih daripada separuh jualan tahunan Dow Corning adalah di luar Amerika Syarikat.

Mengenai jenama XIAMETER(R)
Jenama XIAMETER(R) Dow Corning Corporation, menawarkan harga berpandukan-pasaran untuk produk-produk silikon standard. Diperkenalkan pada 2002, perniagaan itu menawarkan lebih daripada 2,100 produk termasuk cecair silikon, bahan kedap, silana, emulsi dan getah. Perniagaan XIAMETER(R) merupakan satu model tanpa ropol yang menawarkan produk kos efektif melalui perkhidmatan garis arus dan sebuah platform tempahan dibolehkan melalui web. Ia direka untuk pelanggan yang tahu apa yang diperlukan mereka dan tidak memerlukan perkhidmatan tambahan atau sokongan teknikal, Ketahui lebih lanjut di www.xiameter.com.

SUMBER: XIAMETER

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Bob Chen
TEL : +86-21-5298-4668
EMEL : bchen@apcoworldwide.com,
untuk XIAMETER

TARIKH SIARAN : 2 NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2009 MREM . All rights reserved.