|
|
|
|
 |
| |
|
|
SIRI WATCHBP-MICROLIFE BANGGA UNTUK MENYAMPAIKAN KONSEP PENUH DI KONGRES HIPERTENSI DUNIA
Friday 30/10/2009
TAIPEI, 30 Okt/PRNewswire-Asia-AsiaNet/ --
Jadi sebahagian daripada Gerakan Hebat Mencegah Strok dan Penyakit Jantung: "Daripada bangku ke tempat tidur dan komuniti"
Menurut tema WHC 2009 di Beijing: daripada bangku ke tempat tidur dan komuniti, Microlife mempromosikan satu penyelesaian penuh untuk pengurusan hipertensi. Penyelesaian ini meliputi satu siri peranti pengukuran tekanan darah profesional inovatif yang direka untuk pemeriksaan faktor risiko, diagnosis dan rawatan susulan. Microlife berjaya memajukan peranti pengukuran tekanan darah yang dipandu pakar perubatan yang berfungsi sepenuhnya mengikut kehendak para pakar perubatan, pesakit dan pemeriksaan penjagaan kesihatan. Konsep Microlife ini harus membolehkan kerajaan,
industri dan sektor akademik untuk mengawal hipertensi dan mencegah strok di masa depan.
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2009/10/29/20091029563010.html )
Bagi memulakan "bekerjasama untuk kesihatan yang lebih baik", Microlife menjemput semua GP dan pakar perubatan di kongres WHC untuk berkongsi pengetahuan mereka dan untuk membincangkan bagaimana pihak berkuasa daripada penjagaan kesihatan, industri farmasi, syarikat-syarikat peranti perubatan, pertubuhan bukan berteraskan keuntungan dan kerajaan harus bekerjasama untuk mencegah strok dan hipertensi.
Seketika, Microlife berjaya memajukan peranti pengukuran tekanan darah yang pertama di dunia yang dilengkapi dengan pengesan fibrilasi atrial berpaten. Beberapa kajian menunjukkan bahawa fibrilasi atrial berpaten dan hipertensi
merupakan faktor risiko paling penting pembangunan strok dan penyakit jantung. Secara kerap, fibrilasi atrial harus didiagnosis oleh peranti ECG dan ditakrifkan oleh pakar- pakar berpengalaman klinikal. Dengan peranti pengukuran
tekanan darah Microlife, fibrilasi atrial boleh didiagnosis dengan ketepatan tinggi (ruj. 1,2), dalam satu keberkesanan kos dan efisyen masa.
Bagi memenuhi keperluan klinikal pakar perubatan, Microlife berjaya memajukan siri WatchBP. Peranti yang disahakukan, disesuaikan dengan keperluan klinikal dengan garis pandu yang dilaksana (ref.3) mengandungi :
-- WatchBP Home: peranti pengukuran tekanan darah rumah, dengan jadual diagnosis 7-hari
-- WatchBP O3 (Luar-Pejabat): peranti pengukuran tekanan darah bergerak 24-jam, dengan perisian profesional untuk membolehkan diagnosis mudah dan tepat.
-- WatchBP Office: peranti pengukuran tekanan darah pejabat dua-tangan pertama. Pengukuran dua tangan secara serentak secara tepat mendedahkan mana-mana perbezaan antara tangan.
Siri WatchBP tidak seperti peranti pengukuran tekanan darah lain di pasaran hari ini. WatchBP merupakan alat dipandu pakar perubatan, direka untuk pemeriksaan, diagnosis dan rawatan susulan. "WatchBP merupakan satu-satunya alat pengukuran tekanan darah di pasaran, yang telah terbukti memenuhi kehendak perubatan profesional dan disokong oleh bukti-bukti saintifik."
WatchBP telahpun mempunyai reputasi dalam lapangan profesional. Ia kebanyakannya dibeli oleh syarikat-syarikat farmasi terkenal seperti BI, Bayer (G), Lacer (S), DS (J), dan Servier, yang menggunakan peranti itu untuk memperbaiki perkhidmatan klinikal.
Seketika, WatchBP telah dilancarkan di Anerika Syarikat, Belanda, Itali, Sepanyol, Greek, Peranchis dan Switzerland. Pada hari-hari akan datang: lebih banyak negara di rantau berbeza akan melancarkan WatchBP, seperti Jepun, Taiwan, China, Thailand, lain-lain rantau Asia dan Amerika Selatan.
Mengenai Microlife
Microlife merupakan syarikat perubatan terkemuka global dalam inovasi teknologi penjagaan kesihatan. Microlife mengkhusus dalam peranti pengukuran perubatan digital dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, dengan kecekapan dalam
inovasi R&D, pengilangan produk dan pemasaran global. Peranti pengukuran perubatan digital, yang merupakan produk teras Microlife, termasuk pengukuran demam dan tekanan darah. Microlife memberikan produk dan perkhidmatan kepada
permintaan berbeza, dikhusus kepada keperluan pesakit, pakar perubatan dan penjagaan kesihatan rumah. Pada masa ini, Microlife telah berjaya bertapak dalam saluran pemasarannya dengan produk berjenama yang berjaya dan perkhidmatan cemerlang.
Microlife Corp. diasaskan oleh KY Lin di Taiwan pada 1981. Sebuah pejabat cawangan ditubuhkan di Switzerland pada 1996. Selepas Eropah, Timur Tengah merupakan salah satu pasaran paling penting untuk Microlife.
Pada 1997, Microlife membina satu pasukan pemasaran yang kukuh untuk pasaran Amerika Syarikat, untuk menembusi pasaran Amerika Utara dan Selatan. Pasukan pemasaran ini bersama-sama dengan pasukan pemasaran Asia Pasifik berjaya
menubuhkan satu rangkaian pemasaran global untuk Microlife.
Paad 2004, pendapatan perniagaan produk berjenama di Eropah mencapai pendapatan perniagaan ODM untuk 55-60%. Berpusat di China, loji pengilangan Microlife berkuasa ke atas semua pengeluaran dan pengedaran. Visi Microlife adalah untuk memberikan kuasa kepada semua individu di dunia ini untuk berupaya mengurus kesihatan mereka sendiri.
Ruj:
1. Stergiou GS, Karpettas N, Protogerou A, Nasothimiou EG, Kyriakidis M. Diagnostic accuracy of a home blood pressure monitor to detect atrial fibrillation. J Hum Hypertens 2009.
2. Wiesel J, Fitzig L, Herschman Y, Messineo FC. Detection of Atrial Fibrillation Using a Modified Microlife Blood Pressure Monitor. Am J Hypertens 2009.
3. Parati G, Stergiou GS, Asmar R, Bilo G, de Leeuw P, Imai Y et al. European Society of Hypertension guidelines for blood pressure monitoring at home: a summary report of the Second International Consensus Conference on Home Blood Pressure Monitoring. J Hypertens 2008; 26: 1505-1526.
SUMBER: Microlife Corp.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Eric Wang
Pengarah Franchis WatchBP
TEL : +886-2-8797-1288#358
EMEL : eric.wang@microlife.com.tw
TARIKH SIARAN : 30 OKTOBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
|
|
|
|
|
|