PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Disember 21, 2014 -Ahad

 
 
  “TERUS SIMPAN DAN MENANG DENGAN SSP”- BANK SIMPANAN NASIONAL TAWAR PROMOSI HEBAT BARU BAGI SKIM SIMPANAN BARU

Friday 01/12/2006

PUTRAJAYA, 1 DISEMBER – Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengadakan majlis cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) untuk bulan November dan juga pelancaran kempen “BSN, TM, Ten Ten, CDMA Mobile Homeline” di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Setiausaha Parlimen di Kementerian Kewangan, YB Dato’ Seri Hilmi Yahaya.

Bagi hadiah utama cabutan SSP bulan November, Siti Salwana Kidam dari Tanjong Karang, Selangor telah memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200K. Sementara itu pemenang hadiah tempat kedua pula telah jatuh kepada Hee Chee Keong yang berasal dari Jerantut, Pahang dan beliau telah memenangi sebuah Proton Perdana 2.0 V6. Hadiah tempat ketiga pula dimenangi oleh Lim Chiew Sing dari Layang–layang, Johor, beliau membawa pulang sebuah kereta Ford Ranger 2.5.

Selain melihat proses cabutan SSP berjalan secara langsung dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bulan terdahulu, tetamu yang hadir turut menyaksikan pelancaran kempen simpanan terbaru BSN bersama rakan niaga strategiknya, Ten Ten Telecommunications Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad. Melalui kempen simpanan BSN, TM, Ten Ten ini, pembelian SSP bernilai RM200.00 berpeluang mendapatkan sebuah hadiah telefon bimbit berteknologi canggih iaitu CDMA C2205, secara percuma. Pemegang akaun GIRO sedia ada dan yang baru juga berpeluang mendapatkan telefon ini dengan cara mendepositkan wang ke akaun GIRO mereka sebanyak RM200.00. Telefon CDMA merupakan sebuah telefon berteknologi tanpa wayar (Code Divisional Multiple Access) yang perkhidmatan “Mobile Homeline” dibekalkan oleh Telekom Malaysia.

Menurut YB Dato’ Seri Hilmi Yahaya, “Cabutan SSP merupakan salah satu daripada inisiatif dan usaha positif daripada BSN bagi memperkasakan kesedaran budaya menabung di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Sejajar dengan mandatnya untuk menggalakkan sifat menabung, BSN telah berjaya mengajak orang ramai untuk menyimpan di dalam pelbagai produk simpanannya terutama SSP yang menwarkan hadiah-hadiah menarik setiap bulan.” Dato’ Seri Dr Hilmy turut menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang bijak agar masyarakat tidak dibebani dengan masalah kewangan pada masa hadapan.

Sementara itu En. Tajuddin Atan, Pengurus Besar BSN berkata, “Untuk menerapkan amalan menyimpan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Justeru, BSN sentiasa meneruskan usaha dan mengambil pelbagai inisiatif bagi meyakinkan pelanggan-pelanggan akan kelebihan menyimpan melalui produk seperti SSP."

Produk SSP telah diperkenalkan oleh BSN sejak 28 tahun yang lalu dan ia menawarkan simpanan yang berbentuk sijil serta memberi peluang kepada para pemegang sijil untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik dan eksklusif dengan hanya simpanan minima RM10. Tahun ini, BSN menambah bilangan hadiah yang ditawarkan melalui simpanan SSP daripada 1422 buah hadiah setiap bulan kepada 1536 buah. Dengan itu bilangan hadiah pada tahun ini bertambah sebanyak 18,432 buah setahun berbanding 17,064 pada tahun lepas. Penambahan bilangan hadiah ini adalah sejajar misi utama BSN iaitu bagi menggalakkan simpanan orang ramai sejajar dengan panggilan kerajaan yang menggalakkan penabungan di kalangan masyarakat Malaysia bagi menyokong pembangunan dan perkembangan ekonomi negara yang sihat.

Pemilihan pemenang dilaksanakan pada setiap bulan dengan telus dan professional, disaksikan oleh orang awam serta disahkan oleh Badan Kerajaan yang berkecuali iaitu daripada Jabatan Aktuari Negara, Perbendaharaan Negara dan Audit Negara.
Majlis kali ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu khas yang terdiri daripada para pemenang cabutan bulan lepas, wargakerja Kementerian Kewangan, BSN, TEN TEN Telecommunications Sdn Bhd, TM Berhad, Huawei Technologies dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menyemak keputusan cabutan SSP setiap bulan serta hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan di dalam akhbar-akhbar utama, melalui SMS atau melalui laman web rasmi BSN di www.bsn.com.my.

DIKELUARKAN OLEH BANK SIMPANAN NASIONAL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
NAMA : HIZAMUDDIN JAMALLUDDIN
JAWATAN : PENGARAH KHIDMAT KORPORAT
EMAIL : HIZAMUDDIN@BSN.COM.MY
TEL : 03-2162 3222 SAMBUNGAN 3388
FAX : 03-2162 6623
NAMA : EMILIA AZYYATI ABDUL RAHMAN
JAWATAN : PEGAWAI BANK KANAN HAL EHWAL KORPORAT
EMAIL : EMILIA@BSN.COM.MY
TEL : 03-2162 3222 SAMBUNGAN 6009
FAX : 03-2162 6623
TARIKH SIARAN : 1 DISEMBER 2006
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA DAN PENGURUSAN ACARA, BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2014 MREM . All rights reserved.