Mac 14, 2025 -Jumaat

 
  JAPAN PRIZE 2025: DUA SAINTIS DARIPADA AS DAN SEPANYOL TELAH MENERIMA ANUGERAH

Tuesday 28/01/2025



Majlis anugerah berlangsung di Tokyo pada bulan April
 
TOKYO, 28 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Japan Prize Foundation mengumumkan pemenang Japan Prize 2025 pada pukul 1 PTG pada 22 Januari 2025. Prof. Russell Dean Dupuis (AS) telah menerima anugerah Japan Prize dalam bidang Sains Bahan dan Pengeluaran, dan Prof. Carlos M. Duarte (Sepanyol) telah diberi anugerah Japan Prize dalam bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar.

 Bagi Japan Prize tahun ini, Prof. Dupuis diiktiraf untuk sumbangannya yang sangat besar kepada Pembangunan teknologi enapan wap kimia metalorganik untuk peranti elektronik dan optoelektronik semikonduktor sebatian, dan merintis sumbangan kepada usaha untuk mengkomersialkannya pada skala besar; dan Prof. Duarte diiktiraf untuk sumbangannya kepada pemahaman kita tentang ekosistem marin dalam Bumi yang sentiasa berubah, terutama sekali melalui penyelidikan rintis tentang Blue Carbon.

Bagi Japan Prize 2025, Yayasan ini meminta kira-kira 15,500 saintis dan jurutera terkemuka daripada seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik yang menjalankan kajian dalam pelbagai bidang tahun ini. Kami telah menerima 149 pencalonan untuk bidang Sains Bahan dan Pengeluaran, dan 72 pencalonan untuk bidang Pengeluaran Biologi, Ekologi/Alam Sekitar. Pemenang tahun ini dipilih daripada sejumlah 221 calon.

 Maklumat Tentang Japan Prize

Penganugerahan Japan Prize pada tahun 1981 didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan anugerah yang diiktiraf diperingkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan banyak kutipan derma, Japan Prize Foundation telah menerima pengendorsan daripada Cabinet Office pada tahun 1983.

Japan Prize dianugerahkan kepada saintis dan jurutera daripada seluruh dunia, yang telah mencapai kejayaan kreatif dan dramatik yang membantu memajukan bidang mereka dan memberi sumbangan besar kepada keamanan dan kemakmuran untuk semua umat manusia. Penyelidik dalam semua bidang sains dan teknologi layak untuk anugerah ini, dengan dua bidang dipilih setiap tahun setelah mempertimbangkan trend semasa dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada prinsipnya, seorang individu dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah ini dan menerima sijil, pingat dan hadiah berbentuk wang. Setiap Majlis Anugerah dihadiri oleh Maharaja dan Maharani yang memerintah, ketua tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, serta wakil daripada pelbagai bahagian lain dalam masyarakat.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

The Japan Prize Public Relations Office
 japanprize@ml.prap.co.jp


Sumber: The Japan Prize Foundation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.