SPRING, Texas, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perma-Pipe International Holdings, Inc. (Nasdaq: PPIH) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima surat rasmi anugerah untuk projek pembangunan yang terletak di rantau GCC. Perma-Pipe akan menyediakan penebat terma, salutan anti kakisan, dan perkhidmatan lain daripada fasilitinya di Abu Dhabi. Projek ini dijangka akan bermula pada suku ketiga 2025. Nilai projek ini dijangkakan akan melebihi $43 juta.
Projek ini akan menggunakan keupayaan salutan anti kakisan, fabrikasi dan sistem penebat TRACE-THERM® Perma-Pipe, busa poliuretana yang ditebat dengan selongsong polietilena berketumpatan tinggi.
Saleh Sagr, Naib Presiden Kanan bagi rantau MENA Perma-Pipe, mengulas, "Anugerah ini diberikan berikutan kejayaan pelaksanaan beberapa projek pembangunan di rantau ini. Penyelesaian salutan kami yang dibezakan telah terbukti amat sesuai untuk projek yang mencabar daripada segi teknikal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami untuk anugerah yang besar ini.”
David Mansfield, Presiden dan CEO, mengulas, “Anugerah ini memberikan bukti bahawa teknologi kami berada pada kedudukan yang terbaik untuk memenuhi syarat yang kompleks dalam hampir semua geografi dalam usaha kami untuk meneruskan tumpuan kami pada pasaran minyak & gas yang sangat aktif di seluruh dunia. Projek ini terus meningkatkan aktiviti berskala besar yang kami saksikan di seluruh dunia dan, apabila digandingkan dengan anugerah projek lain yang diumumkan baru-baru ini, mengukuhkan lagi kedudukan lantukan rekod kami menuju 2025.”
Perma-Pipe International Holdings, Inc.Perma-Pipe International Holdings, Inc. (Nasdaq: PPIH, “Perma-Pipe”, atau “Syarikat”) ialah peneraju global dalam sistem perpaipan pra-tebat dan pengesanan kebocoran untuk minyak dan gas, pemanasan dan penyejukan daerah, dan aplikasi lain. Ia menggunakan kepakaran kejuruteraan dan fabrikasinya yang menyeluruh untuk membangunkan penyelesaian perpaipan yang menyelesaikan cabaran komplek yang berkaitan dengan pengangkutan selamat dan cekap bagi banyak jenis cecair. Semua sekali, Perma-Pipe mempunyai oprasi di lima belas lokasi di enam negara.
Pernyataan Pandang Ke HadapanPernyataan tertentu dan maklumat lain yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang boleh dikenal pasti dengan penggunaan istilah pandang ke hadapan merupakan "pernyataan pandang ke hadapan" dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang dipinda, dan tertakluk kepada perlindungan selamat yang diwujudkan, termasuk, tanpa had, pernyataan yang berkaitan dengan jangkaan prestasi masa hadapan dan operasi Syarikat. Pernyataan ini perlu dilihat sebagai tertakluk kepada banyak risiko dan ketidakpastian yang wujud dalam operasi dan persekitaran perniagaan Syarikat. Risiko dan ketidakpastian tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut: (i) turun naik harga minyak dan gas asli dan impaknya kepada jumlah pesanan pelanggan untuk produk Syarikat; (ii) keupayaan Syarikat untuk membeli bahan mentah pada harga yang menguntungkan dan untuk mengekalkan hubungan yang bermanfaat dengan pembekal; (iii) pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan pada projek menggunakan produk Syarikat, dan cabaran kepada kecairan dan akses pelanggan Syarikat yang bukan daripada sektor kerajaan kepada dana modal; (iv) keupayaan Syarikat untuk membayar semula hutangnya dan memperbaharui fasiliti kredit antarabangsa; (v) keupayaan Syarikat untuk melaksanakan dengan cekap pelan strategiknya dan mencapai keberuntungan yang dan aliran tunai positif yang lestari; (vi) keupayaan Syarikat untuk mengutip akaun belum terima jangka panjang yang berkaitandengan projek di Timur Tengah; (vii) keupayaan Syarikat untuk menafsir perubahan dalam peraturan dan undang-undang cukai; (viii) keupayaan Syarikat untuk menggunakan kerugian operasi bersih yang dibawa ke hadapan; (ix) kebalikan hasil dan keuntungan terdahulu yang direkodkan hasil daripda anggaran yang tidak tepat yang dibuat berhubung dengan pengiktirafan hasil "lebih masa" Syarikat; (x) kegagalan Syarikat untuk melakukan dan mengekalkan kawalan dalaman yang berkesan bagi pelaporan kewangan; (xi) penentuan masa penerimaan pesanan, pelaksanaan, penghantaran dan penerimaan untuk produk Syarikat; (xii) keupayaan Syarikat untuk berjaya merundingkan aturan pengebilan mengikut kemajuan untuk kontrak besar; (xiii) penentuan harga agresif oleh pesaing sedia ada dan kemasukan pesaing baharu dalam pasaran tempat Syarikat beroperasi; (xiv) keupayaan Syarikat untuk mengilang produk yang bebas daripada kerosakan yang tersembunyi; (xv) pengurangan atau pembatalan pesanan yang termasuk dalam lantukan Syarikat; (xvi) risiko dan ketidakpastian yang khusus kepada operasi perniagaan antarabangsa Syarikat; (xvii) keupayaan Syarikat untuk menarik dan mengekalkan kakitangan pengurusan kanan dan kakitangan utama; (xviii) keupayaan Syarikat untuk mencapai manfaat yang dijangkakan daripada inisiatif perkembangannya; (xix) impak pandemik dan krisis kesihatan lain ke atas Syarikat dan operasinya; dan (xx) impak ancaman keselamatan siber pada sistem teknologi maklumat Syarikat. Pemegang saham, bakal pelabur dan pembaca lain digalakkan untuk menimbangkan faktor-faktor ini dengan teliti dalam menilai pernyataan pandang ke hadapan tersebut dan diperingatkan untuk tidak bergantung secara tidak wajar kepada pernyataan pandang ke hadapan sedemikian. Pernyataan pandang ke hadapan yang dibuat di sini hanya dibuat pada tarikh siaran akhbar ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan pandang ke hadapan secara terbuka, sama ada hasil daripada maklumat baharu atau sebaliknya. Maklumat lanjut yang terperinci tentang faktor yang boleh menjejaskan prestasi kami boleh didapati dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, yang tersedia di
https://www.sec.gov dan di bawah bahagian Pusat Pelabur di laman web kami (
http://investors.permapipe.com.)
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Contacts David Mansfield, President dan CEO Perma-Pipe Investor Relations 847.929.1200 investor@permapipe.com
Sumber: Perma-Pipe International Holdings, Inc.
--BERNAMA