ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 27, 2024 -Jumaat

 
  LANJUTAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BERMULA 23 HINGGA 31 DISEMBER 2024

Tuesday 24/12/2024



Table
Bermula 23 hingga 31 Disember 2024 semua kaunter PPZ-MAIWP dibuka sehingga 9.00 malam 
 
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2024.
 
Bermula 23 hingga 31 Disember 2024, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8.00 malam.
 
Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti shopping bag eksklusif, kalendar 2025 dan banyak lagi. Sempena hujung tahun ini, pembayar zakat yang berurusan di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP akan disediakan dengan jamuan ringan, serta booth asnaf dan rakan strategik.
 
Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat atau melalui ejen seperti perbankan internet dan juga e-Wallet.
 
Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai kami akan terus ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my.
 
PPZ-MAIWP turut menawarkan perkhidmatan Zakat Just One Call Away di mana pembayar boleh menunaikan zakat dengan hanya talian zakat kami di 1 300 88 5757.
 
PPZ-MAIWP menyeru orang ramai agar segerakan bayaran zakat di PPZ-MAIWP pada atau selewat-lewatnya 31 Disember 2024 bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2024.
 
Sempena Kempen Year End Zakat 2024, pembayar juga berpeluang untuk memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah menarik yang akan diumumkan pada Februari 2025.

Latar Belakang PPZ-MAIWP 

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut mengenai zakat dab wakaf, sila layari www.zakat.com.my dan www.wakafppz.com.my

SUMBER:  PPZ-MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Norazlina Mohd Nordin
Pengurus Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 019 728 3839

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.