ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 27, 2024 -Jumaat

 
  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM (VIPKI) HARMONI 2024 UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Wednesday 04/12/2024



Table 

Al-Bukhary International University berjaya merangkul gelaran Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’ di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) Harmoni 2024


KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Al Bukhary International University dinobatkan sebagai Johan menerusi video pendek bertajuk ‘Kembali’, yang memaparkan mesej mendalam mengenai kepentingan keharmonian masyarakat berbilang kaum dalam berbuat baik antara satu sama lain. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
 
Hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM. Majlis ini turut dirasmikan oleh beliau dengan dihadiri oleh  YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM; YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS; dan YBrs. Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
 
Pertandingan ini telah mendapat 125 penyertaan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Daripada jumlah itu, hanya 8 telah mara ke peringkat akhir setelah melalui saringan oleh penilai profesional.
 
Hadiah berupa sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM15,000 untuk Johan; RM10,000 untuk naib johan; RM5,000 untuk tempat ketiga dan 5 pemenang saguhati masing-masing mendapat RM1,000 setiap satu. Majlis ini mendapat penajaan daripada Yayasan Bank Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
 
IKIM berharap pertandingan seperti ini akan terus menjadi platform untuk memperkukuhkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat melalui medium seni kreatif.
 
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT IKIM
Nama: Hajah Nik Hasnah binti Ismail
Tel: 016-219 5345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my
 
Nama: Sharuzi bin Ismail
Tel: 010-402 6200
E-mel: jie@ikim.gov.my
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.