ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 27, 2024 -Jumaat

 
  ALKALI GRADIANT MENETAPKAN PIAWAIAN BAHARU DALAM PENGEKSTRAKAN LITIUM LANGSUNG

Tuesday 03/12/2024



Table
 
Sistem modular tiga peringkat EC² alkaLi dalam kontena untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukar (Gambar: Business Wire)


Teknologi EC² dijamin mencapai lebih daripada 95% pemulihan litium untuk penukaran bateri bergred

BOSTON, 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat bebas Gradiant, alkaLi, kini menerajui pasaran pengekstrakan litium langsung (DLE) dengan teknologi EC² mereka, yang telah mencapai kadar pemulihan litium sebanyak 97% daripada air payau salar di Amerika Utara. Teknologi baharu ini dijamin oleh Gradiant untuk mencapai sekurang-kurangnya 95% pemulihan litium di tapak pelanggan, memberi keupayaan kepada industri untuk menghasilkan bateri gred litium karbonat dengan lebih pantas, kos yang lebih rendah dan cara yang lebih lestari berbanding sebelum ini.

Penyelesaian Litium Paling Efisien di Dunia. Teknologi EC² alkaLi adalah satu-satunya penyelesaian serba boleh yang direka khas untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukarkan bateri gred litium untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada kenderaan elektrik (EV), penyimpanan tenaga dan elektronik. Pengeluar kini mendapat manfaat daripada:
 
Penurunan Kos dengan 50% pengurangan kos dalam OPEX dan CAPEX 
Kelestarian Terunggul dalam Industri dengan jejak karbon dan air yang minimum 
Pengeluaran Pantas yang kini diukur dalam jam, berbanding bulan 
Jejak Kecil dalam bentuk bekas mudah alih 20 atau 40 kaki yang boleh digunakan dengan pantas 
Permohonan Permit Dipercepatkan dengan air produk dalam pematuhan pelepasan dan sedia untuk disuntik semula 
 
alkaLi telah membuktikan bahawa proses Konsentrasi EC² untuk sebuah syarikat tenaga terkemuka di Amerika Syarikat bertapak komersial di Clayton Valley, Nevada, dengan menunjukkan keberkesanan teknologi asas CFRO dalam memekatkan litium kepada kualiti bateri gred.

Pencapaian Berprestasi. Ujian demonstrasi tiga peringkat EC² menggunakan air garam dari salar mengesahkan bahawa: 

Mengekstrak: Kecekapan DLE melebihi 95%, walaupun kandungan COD pada tahap yang tinggi
Memekatkan: Teknologi CFRO memekatkan litium kepada tahap gred bateri melebihi 200,000 mg/L 
Menukar: Mendakan litium yang sangat pekat menjadi bentuk pepejal untuk menghasilkan litium karbonat atau litium hidroksida 

Melangkaui Litium. Pendekatan Teknologi Elemental alkaLi menyesuaikan tumpukan teknologi EC² untuk memulihkan pelbagai mineral kritikal lain, termasuk tembaga, nikel, kobalt, mangan, magnesium dan besi.

Pada hujung bulan ini, alkaLi akan melancarkan penyelesaian khas dengan peneraju perlombongan global di Australia Barat, memberi tumpuan kepada pemulihan nikel dan kobalt daripada air sisa lombong. Dipertingkatkan dengan teknologi Pengekstrakan Kimia Selektif daripada Gradiant, penyelesaian ini akan menulenkan air yang masuk, dan terus sedia untuk CFRO - sistem terobosan yang mengatasi sebarang proses RO komersial yang sedia ada, menghasilkan produk pekat 300,000 mg/L dengan penggunaan tenaga yang minimum.

Setelah pelancaran, alkaLi akan mengubah kolam takungan sisa buangan perlombongan daripada liabiliti alam sekitar kepada sumber mineral yang bernilai, menawarkan jalan yang lestari untuk memenuhi permintaan mineral global. EC² sudah pun menukarkan air sisa lombong kepada magnesium sulfat gred industri yang bernilai tinggi di salah satu tapak di Asia Tenggara.

"Pendekatan modular alkaLi dalam kejuruteraan teknologi EC² mengikut falsafah Gradiant dapat memaksimumkan impak inovasi terkini kami untuk merentasi industri dan wilayah," kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. "Mineral yang kami sasarkan adalah penting untuk mempercepatkan elektrifikasi masyarakat, dan saya amat teruja bahawa alkaLi akan memainkan peranan penting dalam penyediaan bahan mentah ini kepada perintis dunia."

Berminat untuk menggunakan EC² di tapak anda? Gradiant kini menawarkan program ujian aplikasi percuma untuk menunjukkan keupayaan Mengekstrak, Memekatkan dan Menukar alkaLi merentasi pelbagai air suapan. Hubungi Gradiant untuk maklumat lanjut di www.gradiant.com/contact.

Perihal Gradiant

Gradiant ialah syarikat air yang unik, menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian berbeza dan eksklusif serta canggih untuk rawatan air dan air sisa. Digerakkan oleh pakar terkemuka dalam bidang air, Gradiant menyokong operasi kritikal pelanggan dalam industri penting global seperti semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral penting, serta tenaga boleh diperbaharui. Penyelesaian inovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan pelepasan air sisa, serta memulihkan sumber berharga dan memperbaharui air sisa menjadi air bersih. Gradiant diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 1,000 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Perihal alkaLi

alkaLi didedikasikan untuk mempercepatkan penskalaan pengeluaran litium dan mineral penting yang lain. Syarikat ini digerakkan oleh teknologi EC², satu-satunya penyelesaian menyeluruh di dunia yang direka khas untuk Ekstrak, Konsentrasi dan Penukaran bateri gred litium. alkaLi menawarkan kepada pengeluar mineral kaedah baharu yang tiada tandingannya untuk meningkatkan pengeluaran dengan lebih pantas, dengan manfaat ketara dalam kapasiti output, kelajuan, kos dan kelestarian—dengan penyelesaian yang dapat beradaptasi dengan pelbagai jenis sumber dalam industri, termasuk air garam, penyejatan dan kitar semula. Berpusat di Boston, alkaLi ialah syarikat bebas daripada Gradiant. Ketahui lebih lanjut di alkaLi3.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran Hubungan
Hubungan Korporat
Felix Wang
Ketua Jenama dan Perhubungan Awam Globa ,Gradiant.
fwang@gradiant.com

Sumber: Gradiant

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54151011/en 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.