ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 27, 2024 -Jumaat

 
  FARM FRESH, GETHA, MUNCHY'S, MR DIY, ROTIBOY DAN SPRITZER ANTARA PEMENANG WORLD BRANDING AWARDS 2024- 2025

Wednesday 27/11/2024



LONDON, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi ke-18 World Branding Awards memberi penghormatan kepada kejayaan dan pencapaian beberapa Jenama Terbaik Dunia sebagai Pemenang Nasional. Serantau dan Global.  World Branding Awards 2024-2025 menyaksikan lebih 927 Jenama daripada 66 negara dicalonkan sebagai “Jenama Terbaik Tahun Ini”.  Antara jenama ini, tidak sampai 100 diisytiharkan sebagai Pemenang. 

Majlis Anugerah berprestij ini diadakan di Menara London, United Kingdom.  Ia mengalu-alukan lebih 80 tetamu dari seluruh dunia dan dianjurkan oleh Juruhebah terkenal televisyen British, David Croft.

Pemenang global yang telah membuktikan kecemerlangan dan kesempurnaan jenama dalam industri mereka termasuk Yakult (Jepun), Lurpak (Denmark), Sennheiser (Jerman), Spotify (Sweden), BYD (China) dan Heinz (United Kingdom).

Pemenang daripada Malaysia termasuk Farm Fresh, Getha, MR DIY, Munchy's, Rotiboy, Spritzer, PETRONAS, dan Putrajaya Holdings.  Antara pemenang peringkat Nasional lain termasuk Airland (Hong Kong), Aurora (Thailand), Bank of Taiwan (Taiwan), Boots (United Kingdom), Flimty (Indonesia), GIG (Kuwait), Partners (Philippines), Sukiya (Japan), dan TrueOnline (Thailand).

Hanya 20 jenama dipilih untuk menerima anugerah peringkat Serantau tahun ini, termasuk M-150 (Thailand), Tsui Wah (Hong Kong), Nippon Rent-A-Car (Japan), dan MR DIY (Malaysia).  Jenama ini diunci sebagai kegemaran pengguna di 4 negara atau lebih merentasi 3 kawasan atau lebih dalam rantau geografi tertentu.

“Memenangi Jenama Terbaik Tahun Ini, dengan 70% daripada kuasa mengundi berada dalam tangan pengguna, ialah bukti keupayaan jenama untuk diterima baik oleh khalayaknya.  Ia satu pengiktirafan bahawa sesuatu jenama melangkaui jangkaan pelanggannya, bukan sekadar menepati jangkaan tersebut.  Ia satu lencana penghormatan yang melambangkan komitmen jenama untuk memberi nilai yang luar biasa, membina kepercayaan dan mencipta perhubungan yang berkekalan,” kata Encik Richard Rowles, Pengerusi World Branding Forum.

Lebih daripada 100,000 pengguna mengambil bahagian dalam proses pencalonan di seluruh dunia tahun ini.  Secara purata, hanya ada 5 jenama yang menang di setiap negara, yang membuktikan bahawa memenangi World Branding Award ialah satu pencapaian yang mengagumkan.

Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, lawati awards.brandingforum.org.

MAKLUMAT TENTANG WORLD BRANDING AWARDS

World Branding Awards ialah anugerah utama World Branding Forum, sebuah organisasi bukan untung yang berdaftar.  Anugerah ini mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik dunia.

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/worldbrandingforum/
Twitter: https://twitter.com/WorldBranding
Instagram: https://www.instagram.com/worldbranding/
LinkedIn: https://linkedin.com/company/world-branding-forum

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Butiran Hubungan
PERHUBUNGAN EDITORIAL
E-mel: editorial@brandingforum.org
 
Sumber: World Branding Awards

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.