|
|
|
|
|
|
PEMERKASAAN JENAMA MEMBANTU PRODUK PERTANIAN GUANGXI UNTUK MEMASUKI PASARAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA
Monday 25/11/2024
AsiaNet 0200560
NANNING, China, 25 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/
Pada 9 November, Acara Promosi Teh Liubao dengan bertemakan "Teh Liubao Bersinar di China" telah diumumkan pada Ekspo Pertanian Antarabangsa Guangxi 2024. Pengamal industri teh dari seluruh negara itu telah berkumpul untuk berkongsi pengalaman mereka dan peluang baharu bagi pembangunan industri teh.
Sebagai teh terkenal yang dijual kepada orang Cina di luar negara, Teh Wuzhou Liu Pao telah dieksport ke Asia Tenggara dan rantau lain. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Bandar Raya Wuzhou telah berusaha bersungguh-sungguh membina jenama awam serantau bagi "Teh Wuzhou Liu Pao" dan jenama kebudayaan "Ancient Tea Boat Road", sekali gus meningkatkan pengaruh jenama itu bagi Teh Liu Pao.
Pada Forum Pembinaan Jenama Teh China 2024 yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pemasaran Teh China dan organisasi lain, Teh Wuzhou Liu Pao menduduki tempat ke-13 di dalam "20 UTAMA Nilai Jenama Awam Serantau bagi Teh di China pada 2024", dengan nilai jenama sebanyak 4.973 bilion yuan. Industri Teh Liu Pao telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 83,000 orang, memanfaatkan kira-kira 310,000 orang penduduk kampung dengan nilai keluaran komprehensif melebihi 20 bilion yuan.
Menurut data yang diberikan oleh Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, 14 jenama petunjuk geografi di Guangxi telah dimasukkan ke dalam senarai 100 jenama teratas China, dengan menduduki tempat kedua di China. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Guangxi telah membina sejumlah 18 zon yang menguntungkan bagi produk pertanian khas China dan 68 zon menguntungkan bagi produk pertanian tersendiri Guangxi. Pada tahun 2023, Guangxi mempunyai 1,739 produk hijau, organik dan pertanian bagi petunjuk geografi, dengan jumlah keluasan 16.58 juta mu dan jumlah nilai keluaran melebihi 50 bilion yuan bagi produk pertanian hijau dan organik.
Di Guangxi, industri pertanian seperti Teh Liu Pao adalah satu perkara biasa bagi membimbing orang ramai ke jalan untuk menjadi kaya. Sebagai sebuah wilayah pertanian yang utama di China, Guangxi adalah di antara yang teratas di China bagi tahun berturut-turut dalam nilai keluaran kasar bagi pertanian, perhutanan, penternakan haiwan dan perikanan. Dengan kelebihan luar biasa di dalam sumber yang ditampilkan seperti perhutanan, buah-buahan, sayur-sayuran, penternakan haiwan dan gula tebu, Guangxi diiktiraf sebagai "kerajaan buah-buahan" dan "bakul sayur-sayuran" bagi China. Pada masa ini, kawasan penanaman buah-buahan di Guangxi melebihi 20 juta mu, dengan hasil lebih 32 juta tan, untuk menduduki tempat pertama di China selama enam tahun berturut-turut, dengan menyumbang kira-kira satu perlapan daripada jumlah keseluruhan negara. Guangxi menduduki tempat pertama selama bertahun-tahun dari segi pengeluaran sitrus, pisang kaki, buah naga dan buah markisa. Pengeluaran bagi sitrus melebihi 18 juta tan pada 2023, menyumbang satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan dunia. Jenama pertanian seperti "Mangga Guiqi", "Buah Markisa Qinmi", dan "Kumkuat Rongan" telah menikmati reputasi di dalam dan luar negara.
Huang Zhiyu, Pengarah bagi Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang menyatakan bahawa, dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sumber unggul yang banyak di dalam industri perhutanan, buah-buahan, sayur-sayuran, penternakan haiwan dan gula tebu, Guangxi telah memperoleh pencapaian baharu dengan mempercepatkan pembinaan sebuah sistem pertanian berciri moden "10+3+N" dan secara berterusan meningkatkan pembangunan pertanian berkualiti tinggi. Guangxi telah disenaraikan di antara 10 teratas di negara itu selama bertahun-tahun dari segi jumlah nilai keluaran pertanian, perhutanan, penternakan haiwan dan perikanan. Wilayah itu telah berjaya membina kluster perindustrian yang berperingkat enam ratus bilion yuan, termasuk bijirin, gula tebu, sayur-sayuran, buah-buahan, perikanan dan industri ternakan yang berkualiti tinggi, menjadikannya terkenal di seluruh negara itu sebagai "Pinggan Buah," "Balang Gula," dan "Bakul Sayur-sayuran".
Wei Bo, Timbalan Pengarah bagi Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, telah memperkenalkan bahawa Guangxi secara berterusan membina jenama pertanian yang berkualiti tinggi dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti produk pertanian dan memberi keutamaan kepada penanaman kepelbagaian, pensijilan kualiti dan pembinaan standard. Sehingga kini, Guangxi telah mengenal pasti satu siri jenama pertanian yang mengandungi "Gui", yang berjumlah 641 dalam tujuh kelompok, dengan jumlah nilai jenama melebihi 500 bilion yuan.
Sumber: Jabatan Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang
--BERNAMA |
|
|
|
|
|