PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Oktober 23, 2014 -Khamis

 
 
  AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) LANCAR OPERASI DI WILAYAH MARITIM SARAWAK

Monday 04/09/2006

Sarawak, 4 September 2006-- Majlis Pelancaran Rasmi Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Sarawak telah berlangsung di Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA), Kuching, Sarawak pada 1 September 2006. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Laksamana Madya Dato' Mohammad bin Nik, Ketua Pengarah APMM.

Dengan berlangsungnya pelancaran rasmi operasi di Wilayah Maritim Sarawak, APMM kini dengan rasminya telah beroperasi di seluruh negara. Operasi pertama APMM telah dimulakan pada 30 November 2005 meliputi Wilayah Maritim Utara, Wilayah Maritim Selatan dan Wilayah Maritim Timur di Semenanjung Malaysia manakala operasi Wilayah Maritim Sabah dan Labuan telah dilancarkan pada 21 Jun 2006.

Wilayah Maritim Sarawak akan diketuai oleh Kepten Maritim Muhammad Abdul Basar bin Taji selaku Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah. Sebanyak 759 jawatan pelbagai peringkat telah diperuntukkan di Wilayah Maritim Sarawak.

Wilayah Maritim Sarawak meliputi kawasan operasi daripada Tanjung Datu sehingga ke Tanjung Baram. Ibu Pejabat Wilayah Maritim Sarawak terletak di Kuching manakala tiga Pejabat Daerah Maritim terletak di Kuching, Bintulu dan
Miri. Pusat Operasi Maritim (POMAR) Wilayah Maritim Sarawak terletak di Kuching dan telah beroperasi sejak 1 Jun 2006.

Bagi melaksanakan fungsi mencari dan menyelamat maritim, Pusat Kecil
Koordinasi Mencari dan Menyelamat Maritim (Maritime Rescue Sub-centre- MRSC)
telah ditubuhkan di Kuching sebagai pelengkap kepada operasi 'Maritime Search
and Rescue Coordinating Centre' (MRCC) di Ibu Pejabat APMM di Putrajaya.

Daripada 70 buah kapal ronda dan bot yang telah diterima daripada pelbagai
agensi Kerajaan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Perikanan dan Jabatan
Laut, 10 daripadanya akan ditempatkan di Wilayah Maritim Sarawak bersama-sama
2 buah bot pemintas laju jenis KILAT.

Pada masa ini, dua buah kapal dan lima buah bot maritim telah beroperasi di
Wilayah Maritim Sarawak. APMM berharap dengan bermulanya operasi di Wilayah
Maritim Sarawak akan dapat meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di zon
maritim di Wilayah Maritim Sarawak.


ALAMAT PEJABAT, NOMBOR TELEFON DAN FAKS PEJABAT WILAYAH MARITIM SARAWAK:

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Wilayah Maritim Sarawak
Lot 11 - 19, Plaza SIA
Stutong Indah Business Avenue
Jalan Setiaraja, 93350 Kuching

Talian Utama : 082- 366615 / 366885
Faks : 082- 363005


Pejabat APMM Daerah Kuching (DM11)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat Daerah Maritim Kuching
Lot 11 - 19, Plaza SIA
Stutong Indah Business Avenue
Jalan Setiaraja, 93350 Kuching

Talian Utama : 082- 364775 / 364651 / 366014
Faks : 082- 363005


Pejabat APMM Daerah Miri (DM13)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Lot 1725 - 1280, Miri Waterfront Commercial Centre
Jalan Bendahara, 98000 Miri

Talian Utama : 085- 425273
Faks : 085- 431364


Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak (POMAR)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat Daerah Maritim Kuching
Lot 11 - 19, Plaza SIA
Stutong Indah Business Avenue
Jalan Setiaraja, 93350 Kuching

Talian Utama : 082- 364941
Faks : 082- 366652


Sumber:
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),
Jabatan Perdana Menteri (JPM),
Putrajaya


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Megat Yusman Megat Jamaludin : 013-3414009
TARIKH SIARAN : 4 SEPTEMBER 2006
DISIARKAN OLEH BERNAMA, PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA

 
 
 

Copyright @ 2014 MREM . All rights reserved.