ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 04, 2024 -Isnin

 
  ​LAPORAN MENGENAI MESYUARAT TAHUNAN KE-11 BAGI "INOVASI UNTUK FORUM BUMI SEJUK" (ICEF2024)

Wednesday 30/10/2024

AsiaNet 0200483

TOKYO, 30 Okt., 2024 /Kyodo JBN/ --

- 13 Sesi Telah Diadakan Bersama dengan 1,700 orang Peserta dari 93 Buah Negara/Wilayah; "Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (AI) untuk Tebatan Perubahan Iklim 2.0" Disediakan –


Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) dan Pertubuhan Pembangunan Tenaga Baharu dan Teknologi Perindustrian (NEDO) telah mengadakan Mesyuarat Tahunan ke-11 bagi "Inovasi untuk Forum Bumi Sejuk" (ICEF2024) pada 9-10 Oktober (Rabu-Khamis) di hotel Westin Tokyo di Jepun sebagai satu acara hibrid dengan sesi dalam talian. Ia merupakan satu inisiatif bagi "Minggu Tokyo GX" ke arah merealisasikan GX (Transformasi Hijau) bagi peralihan kepada sebuah ekonomi yang berasaskan tenaga bersih, struktur masyarakat dan perindustrian, yang membawa kepada penyahkarbonan dan pertumbuhan ekonomi.
 
Logo 1:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106778/202410238641/_prw_PI1fl_Wa68eAlV.jpg
 
Logo 2:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106778/202410238641/_prw_PI2fl_h9MU3461.jpg
 
Imej 1:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106778/202410238641/_prw_PI6fl_J16SPXKx.jpg
 
Imej 2:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106778/202410238641/_prw_PI7fl_fMd9539f.jpg
 
ICEF2024 adalah sebuah forum antarabangsa di mana pemimpin dunia daripada industri, tokoh akademik dan kerajaan membincangkan mengenai inovasi teknologi, yang memegang kunci kepada langkah-langkah untuk menangani pemanasan global. Pada tahun ini, sebanyak 13 sesi telah diadakan dengan penyertaan kira-kira 1,700 orang daripada sektor awam, pertubuhan antarabangsa, industri dan ahli akademik di 93 buah negara dan wilayah.
 
Sesi Perasmian - Ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu ICEF, TANAKA Nobuo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106778/202410238641/_prw_PI3fl_aVoebu23.jpg
 
Dialog Khas mengenai Sifar Bersih:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106778/202410238641/_prw_PI4fl_N213GQ4G.jpg

Dalam Sesi Ucaptama itu, penceramah telah menyampaikan satu dialog, syarahan dan satu mesej video, yang memberi tumpuan kepada inovasi, yang perlu untuk melangkah maju ke arah pencapaian keneutralan karbon ketika dunia terus menghadapi pelbagai kesukaran.
 
Encik Johan Rockstrom dalam Sesi Ucaptama 1:   https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106778/202410238641/_prw_PI5fl_VgdIZAwq.jpg
 
Dalam setiap sesi, tumpuan diberikan kepada inovasi hijau, yang akan menjadi kunci kepada menyelesaikan masalah pemanasan global, di bawah tema utama "Cara untuk Hidup di dalam Sempadan Planet bagi Inovasi Hijau." Topik yang dibincangkan itu termasuk sempadan planet dan peralihan tenaga, teknologi penstabilan perubahan iklim seperti penyingkiran karbon dioksida, kesediaan hidrogen dan tenaga nuklear.
Rekod video bagi sesi itu akan disiarkan di saluran YouTube ICEF.
Laman web rasmi: https://www.icef.go.jp/
 
Selain itu, satu draf bagi pelan hala tuju versi "Kecerdasan Buatan (AI) untuk Tebatan Perubahan Iklim 2.0" telah dikeluarkan. Pelan hala tuju terakhir itu akan dikeluarkan pada COP29, yang akan diadakan di Republik Azerbaijan pada November 2024.
 
Untuk butiran, sila layari: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202410238641-O1-6UH0C7NU.pdf
 
 
Sumber: Sekretariat ICEF

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.