ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 06, 2024 -Ahad

 
  PERSIDANGAN PERTUKARAN BUDAYA PERTANIAN GLOBAL DAN PEMBELAJARAN BERSAMA "DARI TERES ZIQUEJIE KE SELURUH DUNIA" KEDUA DIADAKAN DI DAERAH XINHUA, WILAYAH HUNAN

Friday 13/09/2024

AsiaNet 0200388

Table
Persidangan Pertukaran Budaya Pertanian Global dan Pembelajaran Bersama "Dari Teres Ziquejie Ke Seluruh Dunia" diadakan di Daerah Xinhua, Wilayah Hunan.

LOUDI, China, 13 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 12 September, Persidangan Pertukaran Budaya Pertanian Global dan Pembelajaran Bersama "Dari Teres Ziquejie Ke Seluruh Dunia" Kedua telah diadakan di Daerah Xinhua, Bandar Raya Loudi di Wilayah Hunan di China tengah.

Teres Ziquejie itu ialah sebuah tapak warisan pertanian dan pengairan yang amat penting di peringkat global. Terletak di Pergunungan Ziquejie, kawasan itu terkenal dengan tumbuh-tumbuhannya yang kaya, pembentukan granit dan tanah lempung berpasir, yang mempunyai ciri-ciri penahan air yang sangat baik -- sesuai untuk pertanian berteres.

Selama berabad-abad, nenek moyang penduduk Miao, Yao, Dong, dan Han dengan mahir menyesuaikan diri dengan rupa bumi pergunungan itu, untuk mencipta ladang berteres yang rumit. Dengan menggunakan perbezaan ketinggian di aliran pergunungan, mereka menyalurkan air melalui parit yang digali dengan tangan di sepanjang cerun, bagi membolehkan satu sistem pengairan yang progresif untuk memastikan teres itu kekal subur – berdaya tahan terhadap kemarau dan stabil semasa hujan lebat. Kepintaran corak pertanian ini telah mengekalkan beberapa generasi dengan hasil tuaian padi yang banyak.

Persidangan itu telah menarik lebih 200 orang hadirin, termasuk wakil daripada pertubuhan antarabangsa seperti Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN), dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pegawai-pegawai di China dari negara seperti Perancis dan Peru, yang terkenal kerana landskap teres mereka, turut hadir bersama-sama dengan pakar dari dalam dan luar negara dalam bidang pertanian, budaya dan pelancongan. Persidangan itu tertumpu kepada isu-isu utama seperti memelihara warisan pertanian global dan memajukan ekonomi pertanian hijau. Peserta meneroka strategi untuk melindungi dan mewariskan tradisi pertanian, menonjolkan pendekatan berinovatif Hunan untuk memelihara dan menggunakan warisan pertanian dan menawarkan penyelesaian China untuk pemeliharaan global bagi warisan pertanian.

Semasa majlis perasmian itu, Konsensus Dunia mengenai Pembangunan Bersepadu bagi Pertanian, Budaya, dan Pelancongan Berteres telah diumumkan. Konsensus ini menekankan pentingnya untuk mengiktiraf nilai landskap berteres, melindungi ekosistemnya, memelihara budaya pertanian berteres, dan menggalakkan penyepaduan pertanian, budaya dan pelancongan. Ia juga menggesa agar meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa, dan model pembangunan yang berinovatif. Persidangan itu menggunakan model "1+N", yang terdiri daripada satu majlis perasmian, ucaptama dan tiga forum bertema. Forum selari ini memberi tumpuan kepada mempromosikan Teres Ziquejie sebagai sebuah tapak Warisan Kebudayaan Dunia UNESCO, memajukan industri inap desa tempatan dan meletakkan Ziquejie sebagai satu destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Sumber: Persidangan Pertukaran Budaya Pertanian Global dan Pembelajaran Bersama "Dari Teres Ziquejie Ke Seluruh Dunia" Kedua

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.