ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 18, 2024 -Rabu

 
  MISI PERDAGANGAN FRANCAIS BANTU PENGEMBANGAN JENAMA TEMPATAN KE SINGAPURA

Thursday 12/09/2024



Table

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr. Radzali Hassan


KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menjalankan misi perdagangan Francais ke Singapura untuk membantu pengembangan jenama Francais Malaysia ke negara itu.

Misi ini dianjurkan bersempena Pameran dan Persidangan Franchising and Licensing Asia 2024 (FLAsia 2024) yang berlangsung pada 12 – 14 September 2024 bertempat di Sands Expo & Convention Centre, Singapura. Ianya telah diketuai oleh Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan. Turut serta, wakil daripada 8 syarikat francais Malaysia iaitu FatNinjas, Good Taste, Irispro, Marrybrown, Muzart, Poney, Q-Dees, dan Smart Reader Kids.

Menurut Datuk Dr. Radzali Hassan, pada tahun ini kita menyaksikan penyertaan yang menggalakkan daripada Syarikat Francais tempatan ke misi perdagangan antarabangsa anjuran MFA dan KUSKOP. Ini menunjukkan bahawa kesungguhan dan semangat jitu penggiat industri tempatan untuk mengembangkan perniagaan Francais mereka ke peringkat global.

“Penyertaan yang rancak daripada pemain industri Francais semasa misi itu berlangsung dijangka akan membawa lebih banyak jenama Francais Malaysia yang mapan untuk diperkenalkan di Singapura dan negara-negara lain yang dilawati,” tambahnya.

Misi Perdagangan Francais ke Singapura ini adalah misi ke 2 selepas Thailand pada Jun lalu. Selain Misi Perdagangan (Pameran Francais), MFA dan KUSKOP juga turut melaksanakan beberapa Misi Khas Perniagaan Francais (Padanan Perniagaan) di beberapa buah negara sasaran seperti Indonesia, Filipina dan United Kingdom. Kedua-dua program ini adalah inisiatif di bawah Enhanced Franchise Development Program (EFDP) yang bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak eksport Francais ke luar negara.

Menurut wakil daripada Poney, sebagai sebuah Syarikat pakaian kanak-kanak terkemuka di Malaysia, Poney mensasarkan pemegang Francais induk baru di Singapura dengan nilai jualan sehingga USD 1 Juta dalam masa setahun. Misi Perdagangan ini dilihat dapat memberi peluang dan membantu Syarikat dalam meluaskan perniagaan Francais di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Ianya wajar diteruskan sebagai inisiatif dalam menyokong perkembangan perniagaan Francais termasuk Poney.

Manakala, Smart Reader Kids juga berpendapat bahawa program ini adalah inisiatif yang signifikan kepada penggiat industri kerana ianya membuka peluang untuk memperkenalkan jenama mereka secara lebih meluas di rantau yang strategik. Smart Reader Kids mensasarkan nilai jualan Francais di Singapura antara RM500 ribu sehingga RM1 Juta dalam tempoh setahun.

Bersempena dengan misi ini juga turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (Mou) antara MFA dan Franchising and Licensing Association (FLA) Singapore. MoU ditandatangani oleh Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan dan Presiden FLA iaitu Encik Dickson Low. Objektif utama MoU ini adalah untuk menggalakkan kerjasama dua hala bagi mengukuhkan hubungan ekonomi di antara dua negara.

Selain itu, delegasi Malaysia juga turut melawat ke syarikat francais Singapura iaitu Seoul Garden dan Matchaya. Seoul Garden kini mempunyai lebih 60 cawangan di 6 buah negara termasuk Singapura, Malaysia, Brunei, Vietnam, Thailand dan Myanmar.  Manakala, Matchaya pula mempunyai 4 cawangan di Singapura dan 2 di Indonesia. Mereka merancang untuk membuka outlet pertama di Malaysia pada sukuan terakhir 2024.

Latar Belakang Misi Perdagangan Francais

· Program kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
· Misi Perdagangan ini adalah aktiviti di bawah Enhanced Francise Development Program (EFDP)
· Program ini bertujuan mempromosikan jenama francais tempatan Malaysia dan seterusnya menembusi pasaran perniagaan di Filipina menerusi pematerai padanan perniagaan dan mesyuarat perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia bersama pelabur antarabangsa

SUMBER: Persatuan Francais Malaysia (MFA) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurul Ain
Bahagian Komunikasi Korporat
Persatuan Francais Malaysia (MFA)
Tel: 603-6241 4141 
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.