ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 15, 2024 -Ahad

 
  TALENTCORP UMUM PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

Wednesday 12/06/2024



KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Sebagai agensi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang menggalas mandat untuk memacu agenda bakat Malaysia, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah baharu.
 
Barisan ahli Lembaga Pengarah baharu TalentCorp akan diketuai oleh YB Wong Shu Qi yang dilantik sebagai Pengerusi. YB Wong Shu Qi merupakan seorang Ahli Parlimen Kluang serta ahli lembaga pengarah Research for Social Advancement (REFSA). Beliau merupakan lulusan ijazah berganda dalam Kewartawanan dan Sains Politik dari Universiti Chengchi Nasional di Taiwan, dan Sarjana dalam Pengurusan Awam dari Universiti Nasional Singapura.
 
Manakala, Timbalan Pengerusi yang dilantik ialah En. Mohd Khuzzan Abu Bakar. Beliau telah berkhidmat dengan Bank Mualamat Malaysia selama lebih 14 tahun. Beliau telah memegang pelbagai jawatan ahli lembaga pengarah dan pengerusi, serta pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari 2018 hingga 2022.
 
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA, turut mengalu-alukan kehadiran Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp yang baharu, dan menyatakan bahawa barisan ahli lembaga pengarah yang baharu dilantik ini akan membawa perspektif baharu dan strategi yang inovatif untuk membangunkan ekosistem bakat Malaysia melalui inisiatif-inisiatif TalentCorp.
 
“Pelantikan ini mencerminkan kepentingan berterusan TalentCorp sebagai badan pemikir strategik KESUMA, yang berdedikasi untuk menarik, memupuk, dan mengekalkan bakat Malaysia untuk terus maju dalam landskap yang berkembang pesat kerana tuntutan Masa Depan Kerja dan peningkatan globalisasi,” katanya.
 
Berikut merupakan senarai terbaharu ahli Lembaga TalentCorp termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang telah dinyatakan:
 
1.    Dato’ Sri Khairul Dzaimee Bin Daud (Ketua Setiausaha KESUMA) 
2.    Dato' Luqman Bin Ahmad (Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi)
3.    Dr. Emelia Fantoza Saraih (Timbalan Setiausaha Bahagian (Antarabangsa), Kementerian Kewangan)
4.    Datuk Seri Sr. Dr. Haji Md. Alwi Bin Haji Che Ahmad
5.    Dr. Jasmine Begum
6.    Dr. Jufitri Bin Joha
7.    Mr. Maniam A/L Arumugam
8.    Mr. Mohd Farid Shah Bin Mohd Basir
9.    Mr. R. Nathan A/L P. Rajoo
10.  Mr. Ramamoorthy A/L Ganapathy Iyer
11.  Ms. Heng Charng Yee
12.  Prof. Dr. Hajah Arsiah Binti Haji Bahrun @ Bahron
13.  YM Raja Hamzah Abidin Bin Raja Nong Chik
 
Sejak penubuhannya pada tahun 2011 hingga kini, TalentCorp telah bekerjasama rapat dengan rakan kongsi strategik dalam sektor awam dan swasta untuk memperkasa sumber paling berharga negara, yakni rakyat Malaysia sendiri. Usaha ini dilakukan melalui inisiatif yang menyasarkan kumpulan bakat utama, iaitu Rakyat Malaysia di dalam Negara yang memberi fokus kepada graduan dan bakat wanita; Rakyat Malaysia di luar negara, sama ada golongan profesional mahupun pelajar; serta bakat ekspatriat yang menyumbang secara bermakna di Negara ini.
 
Di bawah pengawasan Ahli Lembaga Pengarah baharu dan bimbingan barisan kempimpinan utamanya, TalentCorp komited untuk meneruskan usaha dalam menyokong serta membangunkan bakat merentasi semua peringkat kemahiran dan menyumbang ke arah mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi destinasi pilihan untuk bakat global terkemuka.

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad
 
Mengenai Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
 
Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab melalui mandatnya untuk menarik, memupuk dan mengekalkan modal insan serta kepakaran yang terbaik dalam menyokong perjalanan Malaysia ke arah mencapai status negara maju. Usaha TalentCorp dipacu oleh kerjasama erat dengan pelbagai kementerian, pihak berkepentingan di dalam industri dan institusi pengajian menerusi inisiatif yang menumpukan kepada 3 penawaran khidmat utama: Penyaluran, Kepelbagaian dan Mobiliti modal insan di Malaysia.
 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif TalentCorp, layari
www.talentcorp.com.my ataupun ikuti @TalentCorpMsia di media sosial LinkedIn, Twitter, Facebook dan Instagram. 

SUMBER: Talent Corporation Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Ahmad Anis
Tel: 019-390 5987
Emel: anis.kamil@talentcorp.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.