ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  KUSKOP SASAR RM30 JUTA POTENSI PELABURAN SEMPENA MISI KHAS PERNIAGAAN FRANCAIS MALAYSIA DI JAKARTA, INDONESIA

Tuesday 11/06/2024



Table

Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), KUSKOP ketika berucap di Majlis Perasmian Misi Khas Perniagaan (SBM) Francais Antarabangsa, Jakarta, Indonesia.


PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM30 juta sempena Misi Khas Perniagaan Francais Malaysia di Jakarta, Indonesia. Misi ini merupakan kolaborasi KUSKOP bersama Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang berlangsung pada 9 hingga 12 Jun di Hotel St. Regis, Jakarta, Indonesia.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Delegasi KUSKOP iaitu Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), KUSKOP pada 10 Jun 2024.  Misi perdagangan ini turut disertai wakil daripada Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan 11 syarikat francais Malaysia yang mempamerkan produk dan perkhidmatan iaitu Marrybrown, Mokti’s, Tea Garden, D’Tandoor, HOME Maths Therapy, IrisPro, Little Caliphs, Muzart, Smart Reader Kids, UCMAS dan FatNinjas.
 
Misi Khas Perniagaan Francais ini bertujuan mempromosikan jenama francais tempatan Malaysia dan seterusnya menembusi pasaran di Indonesia yang mempunyai potensi pasaran besar dengan jumlah penduduk sebanyak 281 juta orang. Ia turut menyaksikan program padanan dan mesyuarat perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia bersama pelabur serta usahawan tempatan Indonesia bagi kerjasama perniagaan. Usaha ini selaras dengan hasrat dan kerangka visi Malaysia MADANI di bawah tonggak nilai ‘kesejahteraan” yang membawa makna keseimbangan kehidupan bagi memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.
 
Inisiatif ini juga berjaya menarik penyertaan lebih daripada 100 usahawan tempatan, pihak industri francais di Indonesia serta kehadiran wakil dari Asosiasi Francais Indonesia (AFI) dan Perhimpunan Waralaba & Lisensi Indonesia (WALI). Delegasi turut berkesempatan mengadakan lawatan kerja bagi melihat secara lebih dekat beberapa syarikat francais Indonesia dan Malaysia yang beroperasi di sana.
 
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
10 JUN 2024 

SUMBER: Malaysian Franchise Association (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat

Nama: Nurul Ain Binti Mohamad
Tel: 0112-9240213

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.