ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 27, 2024 -Sabtu

 
  PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) DUN BANDAR UTAMA DIJANGKA BEROPERASI SUKU PERTAMA 2025

Tuesday 11/06/2024



Table

Lawatan MCMC Negeri Selangor ke NADI baharu di DUN Bandar Utama

BANDAR UTAMA, 11 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke lapangan bersama EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Yang Berhormat Puan Jamaliah Jamaluddin bagi meninjau lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu yang bakal dibangunkan di DUN Bandar Utama semalam.
 
Projek ini telah memasuki ke fasa akhir pemilihan lokasi sebelum kerja-kerja selanjutnya boleh dijalankan. NADI tersebut dijangka akan siap selewat-lewatnya pada suku pertama 2025.
 
Sehingga kini, terdapat 48 NADI yang sedang beroperasi di seluruh negeri Selangor dan NADI di DUN Bandar Utama ini adalah salah satu daripada 35 NADI baharu yang akan dibangunkan.
 
Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan NADI di Selangor adalah sebanyak 83 buah yang akan memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyediakan akses Internet bahkan turut meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat menerusi modul program serta latihan yang disediakan di pusat tersebut.
 
#MCMC
#NADI


SUMBER : Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Fax: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.