ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MOU KERJASAMA STRATEGIK KPT-MIDA DAN PORTAL TENAGA KERJA E&E PERKASA DAYA SAING INDUSTRI MELALUI PEMBANGUNAN BAKAT TEMPATAN

Wednesday 08/05/2024



 
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan juga Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2022 - 2025 yang menyasarkan penciptaan graduan dan bakat mahir bagi menobatkan Malaysia di kalangan 30 ekonomi terbesar di dunia menjelang 2033, sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah ditandatangani pada 7 Mei 2024.
 
Majlis ini juga turut menyaksikan sesi peluncuran portal MoHE Research and Industry- Infused Incubator (MRI3). Portal MRI3 ini merupakan kerjasama Konsortium Elektrik dan Elektronik Universiti Malaysia (CEE) yang terdiri daripada 19 buah universiti awam bersama 27 syarikat bagi membangunkan bakat dengan pengetahuan dan kemahiran bertepatan dengan keperluan industri elektrik dan elektronik (E&E). Melalui portal MRI3 ini juga, pihak industri dapat mengiklankan penawaran latihan industri, senarai bidang tumpuan projek tahun akhir serta membuat tapisan pelajar. Manakala bagi pelajar, mereka boleh membuat permohonan dan memuat naik resume menerusi portal ini.
 
Kedua-dua inisiatif ini merupakan sebahagian usaha bagi menangani isu ketidakpadanan antara kemahiran yang dimiliki oleh tenaga kerja yang dijana dan keperluan industri, serta membantu memastikan jaminan pekerjaan dan kebolehpasaran graduan dengan gaji yang lebih baik. Melalui usaha ini, MIDA dan KPT akan terus memperkukuhkan kerjasama bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh pihak industri.
 
Sehubungan itu, majlis turut menyaksikan pertukaran MOU berasaskan pembangunan tenaga kerja mahir antara KPT dengan tiga syarikat terkemuka yang terlibat dalam industri teknologi tinggi iaitu Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd, Stellantis Gurun (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Inari Technology Sdn. Bhd. Kerjasama ini adalah usaha berterusan pihak KPT dan MIDA dalam merancakkan kolaborasi antara sektor akademik dan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan daya saing industri Malaysia.

Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui dalam MOU tersebut termasuklah pembangunan dan penambahbaikan modul program, latihan serta pensijilan profesional, perkongsian pengetahuan dan kepakaran serta penyelidikan dan inovasi.
 
Dalam pada itu, dengan wujudnya kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi matlamat agenda nasional negara bagi meningkatkan daya saing Malaysia secara global selain mampu mewujudkan sebuah ekosistem yang dinamik untuk mencungkil bakat tempatan serta mendorong pembangunan sosio-ekonomi bagi memacu pertumbuhan industri negara.
 
07 Mei 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia;
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 

APENDIKS

Imej berkaitan untuk siaran media boleh didapati di pautan berikut:
https://drive.google.com/drive/folders/17HyxxQN-53LZ-N1JEINlU9tZgyYyIKye

SUMBER: Malaysian Investment Development Authority (MIDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
KPT

Nama: Puan Eparizan binti Mansor
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan
Unit Komunikasi KorporatKPT
Tel: 03-8870 6274
E-mel: eparizan@mohe.gov.my  

MIDA
Nama: Puan Azrina binti Hashim
Pengarah 
Bahagian Pengurusan Talent Industri dan Ekspatriat, MIDA
Tel: +603-2267 3454
E-mel: azrina@mida.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.