ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  UOB MALAYSIA LANCAR KELAS PAKAR BANTU PERNIAGAAN BERSEDIA HADAPI POLISI MEKANISME PELARASAN SEMPADAN KARBON KESATUAN EROPAH

Tuesday 07/05/2024



KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Mei (Bernama) -- UOB Malaysia hari ini melancarkan Kelas Pakar Keperluan Rantaian Bekalan Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (Carbon Border Adjustment Mechanism atau CBAM) bagi membantu perniagaan memahami dan bersiap sedia menghadapi pelaksanaan keperluan CBAM Kesatuan Eropah (EU) pada 2026.
 
CBAM adalah cukai sempadan karbon yang meletakkan harga berpatutan ke atas karbon yang dihasilkan semasa pengeluaran barangan intensif karbon yang memasuki EU, selain menggalakkan pengeluaran perindustrian yang lebih bersih di negara bukan EU. Pada masa ini, CBAM bagi EU berada dalam fasa peralihan dan akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 2026. Perubahan dalam kawal selia ini akan memberi kesan kepada perniagaan Malaysia yang mengeksport ke EU kerana ia memerlukan mereka menggunakan metodologi CBAM untuk mengukur dan melaporkan jumlah pelepasan karbon yang terkandung dalam pengeluaran barangan tertentu.
 
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) ini dijangka memberi kesan kepada 75 peratus eksport Malaysia ke EU¹ , pasaran eksport keempat terbesar Malaysia². Keperluan kawal selia baharu ini pasti akan menekankan betapa pentingnya kemampanan dalam rantaian bekalan global. Tumpuan kami kekal terhadap usaha mempermudah perdagangan global, dan Kelas Pakar Keperluan Rangkaian Bekalan CBAM hanyalah salah satu daripada beberapa cara kami membantu perniagaan tempatan meningkatkan daya saing mereka. Ini dilakukan dengan membekalkan pengetahuan yang membolehkan mereka bersiap sedia menghadapi pelaksanaan peraturan baharu EU."
 
Disusun secara eksklusif oleh UOB Malaysia & PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC), Kelas Pakar CBAM ini membantu perniagaan memahami topik CBAM dengan lebih mendalam. Merangkumi tiga bahagian, program ini dimulakan dengan perniagaan mengenal pasti peringkat kematangan kemampanan mereka dengan menggunakan UOB Sustainability Compass. Kemudian, mereka akan mempelajari tentang keperluan CBAM yang mempengaruhi sektor masing-masing secara mendalam, dan juga penyelesaian pembiayaan mampan yang tersedia bagi membantu usaha menyahkarbon dan mengurangkan pelepasan karbon yang wujud dalam produk mereka.
 
Kelas pakar CBAM ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Bank untuk membantu perniagaan beralih kepada ekonomi rendah karbon. Pada tahun lepas, UOB Malaysia telah melancarkan ‘Jom Transform Sustainability Accelerator Programme’³ bagi membekalkan PKS dengan pengetahuan dan alatan untuk memenuhi keperluan pemegang berkepentingan mereka. 

 
¹ Securities Commission Malaysia - Capital Market Stability Review 2023
²  Malaysia External Trade Development Corporation - Trade Performance : December 2023 and January - December 2023
³  Please see news release, ‘UOB Malaysia launches Sustainability Accelerator Programme to empower and accelerate SMEs’ sustainability journey’, 18 October 2023.

SUMBER: UOB Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Averlyn Lim
Brand, Media and Communications 
Tel: 018-2299 168
E-mel: averlyn.limsl@uob.com.my 
 
Nama: Sharie Elina Ibrahim 
Brand, Media and Communications
Tel: 603-2638 6589/ 6012-682 6300
E-mel: sharie.elina@uob.com.my  
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.