ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ​YAMATO HOLDINGS CO., LTD. MELANCARKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN PELBAGAI MOD ANTARABANGSA OLEH TRAK DAN REL YANG MENGHUBUNGKAN ASIA TENGGARA DAN EROPAH PADA 1 MEI, 2024

Tuesday 07/05/2024

AsiaNet 0200130

TOKYO, 7 Mei, 2024 /Kyodo JBN/ --
 
- Menyokong Penubuhan Rantaian Bekalan Global yang Berdaya Tahan sebagai Tindak Balas kepada Risiko Geopolitik -

Yamato Holdings Co., Ltd., yang beribu pejabat di Tokyo, telah melancarkan satu perkhidmatan pengangkutan pelbagai mod antarabangsa dengan trak dan rel yang menghubungkan Asia Tenggara dan Eropah pada 1 Mei, 2024.

Logo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106587/202404249931/_prw_PI1fl_17kUqzDz.jpg

1. Latar Belakang dan Tujuan
Rantau Asia Tenggara adalah sebuah hab untuk kemudahan pengeluaran bagi produk yang berkaitan dengan elektronik dan komponen automotif daripada pelbagai negara di seluruh dunia. Barangan siap dihantar dari rantau itu ke pasaran di seluruh dunia. Dari segi sejarah, laluan maritim yang paling pendek -- laluan Terusan Suez – telah kebanyakannya digunakan untuk mengangkut barangan dari Asia Tenggara ke pasaran Eropah. Bagaimanapun, sejak akhir tahun 2023, serangan bersenjata ke atas kapal-kapal oleh kumpulan militan di Laut Merah dan perairan bersebelahannya telah berterusan. Akibatnya, banyak kapal terpaksa mengambil laluan yang lebih panjang di sekitar Tanjung Harapan di Afrika Selatan, yang memberi kesan yang ketara kepada aspek logistik dan ekonomi global. Masa transit ke destinasi telah dilanjutkan sehingga 20 hari berbanding dengan laluan Terusan Suez, yang membawa kepada peningkatan ketara di dalam kadar pengangkutan maritim dan kos insurans akibat daripada lencongan tersebut. Selain itu, risiko geopolitik telah menjadi lebih ketara, sekali gus menekankan keperluan kritikal untuk mewujudkan satu rantaian bekalan global yang teguh yang boleh menyesuaikan diri dengan pantas.

Yamato Holdings telah membantu pelanggan membina rantaian bekalan global mereka merentasi 24 buah negara dan wilayah. Tambahan pula, syarikat kumpulan mereka, Overland Total Logistic Services (M) Sdn. Bhd. di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan trak rentas sempadan dengan menggunakan treler kontena di antara negara-negara Asia Tenggara (*) dan China sejak tahun 2001.

Untuk membina sebuah rantaian bekalan global yang berdaya tahan di antara Asia Tenggara dan Eropah, Yamato Holdings telah memperkenalkan satu perkhidmatan pengangkutan pelbagai mod antarabangsa melalui trak dan rel pada 1 Mei, 2024. Pilihan pengangkutan baharu itu menawarkan kesambungan yang lancar bagi pelanggan.

Melangkah ke hadapan, syarikat itu akan terus mencadangkan penyelesaian yang mengoptimumkan keseluruhan rantaian bekalan global pelanggan, dengan menyasarkan pengurangan keseluruhan kos logistik, peningkatan kecekapan pengeluaran dan pengurangan kesan alam sekitar.
(*) Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja
 
2. Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan
Dengan menggunakan rangkaian pengangkutan trak Overland Total Logistic Services untuk segmen Asia Tenggara-China dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan rel untuk segmen China-Eropah, Yamato Holdings akan menyediakan pengangkutan yang lancar melalui destinasi penghantaran. Penyelesaian ini mempunyai masa transit yang lebih pendek daripada pengangkutan maritim melalui Tanjung Harapan, dan kos yang lebih rendah serta pelepasan gas rumah hijau yang lebih sedikit berbanding dengan pengangkutan udara.
 
Contoh Aliran Perkhidmatan: Pengangkutan Pelbagai Mod Antarabangsa dari Thailand ke Jerman
Imej: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106587/202404249931/_prw_PI2fl_pCOk6x48.jpg
 
- Tarikh Bermulanya Perkhidmatan: 1 Mei, 2024
- Kawasan Liputan Perkhidmatan: Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja) ke Eropah (tidak termasuk Ukraine dan Belarus) sehingga ke destinasi penghantaran yang ditetapkan.
- Kaedah Pengangkutan: Pajakan kontena atau penghantaran yang disatukan berdasarkan kepada jumlah kargo.
 
Rujukan: Laluan Pengangkutan Asia Tenggara ke Eropah
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106587/202404249931/_prw_PI3fl_P4nIbG34.jpg
 
Sumber: Yamato Holdings Co., Ltd.

--BERNAMA
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.