ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  ATMECS GLOBAL MENYERTAI RANGKAIAN RAKAN NVIDIA SEBAGAI PENASIHAT PENYELESAIAN PERUNDING BAGI MEMPERCEPAT INOVASI KECERDASAN BUATAN

Tuesday 07/05/2024



Table

Lori Banas-Ketua Pegawai Kecerdasan Buatan/Pembelajaran Mesin (Foto: Business Wire)


SAN JOSE, California, 7 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terkenal dengan kebolehan dalam transformasi digital dan penyelesaian kejuruteraan, ATMECS Global dengan bangganya mengumumkan bahawa organisasi ini telah menyertai Rangkaian Rakan NVIDIA sebagai Penasihat Penyelesaian Perunding. Pencapaian ini adalah langkah penting dalam perjalanan ATMECS untuk menentukan semula landskap kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, memperkukuh komitmen kepada inovasi dan keunggulan dalam penyampaian penyelesaian kecerdasan buatan generasi seterusnya.

ATMECS akan menyokong pelanggan dalam membina dan melaksanakan pelbagai penyelesaian yang dikuasakan oleh NVIDIA, ini termasuk melalui penggunaan platform pembangunan NVIDIA Omniverse untuk kembar digital industri, kecerdasan buatan generatif dengan mikroperkhidmatan inferens NVIDIA NIM dan platform NVIDIA AI Enterprise untuk penempatan awan dan di premis, serta platform NVIDIA Jetson untuk peningkatan pinggiran kecerdasan buatan dan robotik.

Lori Banas, Ketua Pegawai Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin di ATMECS, berkongsi kegembiraan beliau tentang pengumuman ini, menyatakan, "Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan NVIDIA, yang mencerminkan komitmen kami untuk memanfaatkan kuasa transformasi Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin. Kami berhasrat untuk membuka peluang baharu dan menyampaikan penyelesaian kecerdasan buatan terkini yang mendorong transformasi perniagaan dan mencipta kelebihan kompetitif bagi pelanggan kami."

Kerjasama dengan NVIDIA memberikan ATMECS peluang untuk bekerja kepada pakar subjek dan pelbagai teknologi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, termasuk Unit Pemprosesan Grafik (GPU) yang terkini, rangkaian berkadar tinggi dan platform perisian yang komprehensif. Portfolio alat dan kepakaran NVIDIA ini memberi kuasa kepada ATMECS untuk membentuk dan melaksanakan penyelesaian kecerdasan buatan canggih yang menawarkan pelbagai kes penggunaan di seluruh industri, daripada media dan hiburan hingga penjagaan kesihatan, kewangan, runcit dan pembuatan.

Ravi Velagapudi, Pengasas dan Presiden ATMECS menyatakan, “Dengan NVIDIA, kami bukan hanya merangkul masa depan kecerdasan buatan; kami secara aktif akan membentuk kecerdasan buatan, mencipta nilai yang tiada tandingannya bagi pelanggan dan industri di seluruh dunia."

Dengan kecerdasan buatan, pelanggan ATMECS dapat mengubah cara mereka beroperasi dan berinovasi, memberikan keunggulan yang belum pernah ada di pasaran kecerdasan buatan yang berdaya saing. Dengan mengintegrasikan teknologi terkini daripada NVIDIA dan kepakaran luas ATMECS dalam bidang kecerdasan buatan dan transformasi digital, kerjasama ini dijangka akan memberikan penyelesaian yang bukan sahaja memajukan proses perniagaan bahkan juga mencipta nilai yang besar bagi pelanggan.

"Kerjasama dengan NVIDIA ini akan meningkatkan cadangan nilai kami dan juga berfungsi sebagai pemangkin untuk memelihara dan memperluaskan kelompok bakat kami, seiring dengan visi pertumbuhan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif ATMECS, Gayathri Malolan.

Pengumuman ini memperlihatkan keazaman ATMECS untuk mendorong transformasi perniagaan dan menyampaikan nilai yang luar biasa melalui kecerdasan buatan, menetapkan standard industri baharu dan mendorong gelombang keunggulan teknologi dan inovasi yang memberi manfaat kepada pelanggan dan industri mereka secara lebih luas.

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan dan inisiatif kecerdasan buatan ATMECS, sila layari www.atmecs.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53971471/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Butiran Hubungan
Lori Banas- Ketua Pegawai Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin
lori.banas@atmecs.com
info@atmecs.com
 
Sumber: ATMECS Global

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.