ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  OMRON MENDERMAKAN KIRA-KIRA 3,200 UNIT PEMANTAU TEKANAN DARAH KEPADA KEMPEN PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH GLOBAL PADA HARI HIPERTENSI SEDUNIA

Tuesday 07/05/2024

AsiaNet 0200118

KYOTO, Jepun, 7 Mei., 2024 /Kyodo JBN/ --

OMRON Healthcare Co., Ltd. yang berpangkalan di Muko di Wilayah Kyoto, Jepun, mengumumkan untuk menjadi penaja rasmi bagi Bulan Pengukuran Mei (MMM,) satu kempen global untuk meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan tekanan darah dan menggalakkan pencegahan, pengesanan dan pengawalan hipertensi. MMM telah ditubuhkan oleh Persatuan Hipertensi Antarabangsa pada tahun 2017, dan sejak itu Syarikat berkenaan telah mengambil bahagian di dalam kempen global ini. Sejumlah terkumpul kira-kira 26,000 alat pemantau tekanan darah telah didermakan kepada 100 buah negara dan wilayah, menyokong lebih 6 juta orang secara keseluruhan untuk mengambil tekanan darah mereka setakat ini. 17 Mei ditetapkan sebagai Hari Hipertensi Sedunia, dan terdapat pelbagai acara yang dianjurkan oleh persatuan dan jawatankuasa serantau di seluruh dunia. Melalui inisiatif ini, Syarikat itu menyokong pengukuran tekanan darah di dalam pesakit hipertensi dan pengesanan awal bagi fibrilasi atrium, yang dianggap sebagai satu aritmia yang boleh mengancam nyawa.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202404229813-O1-KVQG0oC5

Tekanan darah turun naik sepanjang hari sebagai tindak balas kepada pelbagai faktor seperti suhu, kelembapan, dan faktor fizikal termasuk tekanan. Oleh itu, adalah penting untuk memantau tekanan darah di rumah selain pemeriksaan kesihatan yang kerap di kemudahan perubatan. Satu kajian mendapati tekanan darah tinggi dianggarkan menyebabkan lebih 10 juta kematian di seluruh dunia pada setiap tahun. Satu lagi kajian di Jepun menunjukkan bahawa 40% pesakit hipertensi tidak menyedari simptom mereka atau membiarkan mereka tidak dirawat walaupun mereka menyedari keadaan itu (*1). Jika hipertensi dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung/otak yang mengancam nyawa seperti strok dan kegagalan jantung. Sebaliknya, pengesanan awal dan pengurusan yang betul didapati dapat mencegah jenis penyakit ini daripada berkembang. Matlamat OMRON untuk menyertai kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pemantauan tekanan darah di rumah dan pengesanan awal penyakit.

Pada tahun 2024, kempen MMM itu bermula dari 1 Mei hingga 31 Julai yang diadakan bersempena dengan Hari Hipertensi Sedunia pada 17 Mei dan satu kempen saringan global akan berlangsung untuk lebih 1 juta orang yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi mereka yang melawat tapak acara, satu siri nasihat profesional, termasuk terapi berkhasiat, penambahbaikan gaya hidup dan pengurusan tekanan darah, akan disediakan dan ujian untuk mengukur tahap risiko fibrilasi atrium tersedia jika mereka inginkannya. Fibrilasi atrium adalah penyebab paling biasa bagi strok kardioembolik dan boleh menjadi sumber bagi embolisme otak kardiogenik. Penyelidikan menunjukkan bahawa pesakit hipertensi mempunyai insiden fibrilasi atrium tiga kali lebih tinggi daripada orang biasa (*2). Pada tahun ini, Syarikat itu akan menderma 3,200 set alat pemantau tekanan darah lengan atas (BPM), termasuk satu model baharu dengan ECG terbina dalam yang membolehkan pengguna merakam ECG sambil memantau tekanan darah mereka dengan tujuan menyokong pengesanan awal fibrilasi atrium pada pesakit hipertensi.

Syarikat itu telah menyokong kempen pengukuran tekanan darah di rumah di seluruh dunia untuk mencapai visi mereka iaitu Melangkah ke SIFAR (sifar penyakit serebrovaskular dan kardiovaskular). OMRON akan terus terlibat di dalam aktiviti meningkatkan kesedaran untuk pengukuran tekanan darah di rumah dan rakaman ECG bagi menyokong pengesanan awal risiko penyakit kardiovaskular.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut: https://maymeasure.org/

Nota:
(*1) Garis Panduan Persatuan Hipertensi Jepun untuk Pengurusan Hipertensi (JSH 2019)
(*2) Senoo K, Yukawa A, Ohkura T, et al. Pemeriksaan untuk fibrilasi atrium yang tidak dirawat di dalam populasi warga tua: Satu kajian berasaskan komuniti. Pizzi C, ed. PLoS ONE.2022;17(6):e0269506.

Sumber: OMRON Healthcare Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.