PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Oktober 21, 2014 -Selasa

 
 
  AMISLAMIC BANK MEMULAKAN OPERASI PADA 1 MEI 2006

Friday 28/04/2006

KUALA LUMPUR, 28 April - Permulaan operasi AmIslamic Bank Berhad ('AmIslamic Bank') pada 1 Mei 2006 menandakan satu lagi peristiwa penting untuk Kumpulan AmBank. Ini adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk Kumpulan AmBank dalam menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan perbankan kepada para pelanggannya serta mencapai matalamat yang ditetapkan di dalam Rancangan Induk Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia yang akan menentukan kepesatan Malaysia dalam menjadi pusat kewangan dan perbankan Islam di rantau ini. Perkhidmatan perbankan Islam dari AmBank telah wujud sejak 1993, melalui tingkap perbankan Islam di dalam 'dual banking system', di mana perbankan konvensional serta perbankan Islam beroperasi bersampingan. Dengan penubuhan AmIslamic Bank, Kumpulan AmBank berhasrat untuk meluaskan pengalaman rekod prestasi yang cemerlang di dalam perbankan Islam dengan menambahkan tumpuan dan mutu pada rangkaian perkhidmatan dan produk perbankan Islam.

YBhg Tan Sri Dato' Azman Hashim, Pengerusi, AmIslamic Bank berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat menyaksikan penubuhan AmIslamic Bank. AmIslamic Bank adalah anak syarikat perbankan Islam milik penuh AmBank (M) Berhad dengan modal permulaan lebih daripada RM1 bilion. Kami mempunyai 13 tahun pengalaman dalam menawarkan perkhidmatan serta produk Islam melalui AmBank, dan kami berjanji untuk terus membina perhubungan kami dengan pelanggan yang setia dan baru dalam menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan perbankan Islam untuk menemui keperluan perbankan Islam mereka."

Beliau turut berkata, " Salah satu bahagian tumpuan utama yang akan diberi keutamaan adalah penyediaan produk inovatif dan juga rangkaian produk yang komprehensif. Akan dilancarkan tidak lama lagi adalah sebuah produk pembiayaan Islam pengguna dan aktiviti penjenamaan semula ('rebranding') sebuah produk yang sedia ada.

Dengan rangkaian cawangan, mesin teler automatik (ATM), dan pusat e-banking ekstensif di seluruh negara, AmIslamic Bank dalam perjalanan untuk merealisasikan wawasannya untuk menjadi bank Islam utama di Malaysia dan rantau ini.

AmIslamic Bank dan AmBank akan beroperasi pada asas 'cawangan kongsi', dan akan hadir di kesemua 169 cawangan AmBank di seluruh negara. Produk-produk yang ditawarkan termasuk produk deposit seperti Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan-i, Akaun Pelaburan Afdhal-i, Akaun Pelaburan ValuePlus-i, produk pembiayaan seperti Kad Kredit Al-Taslif-i, Sewa Beli Arif-i, Pembiayaan Rumah-i, dan kemudahan komersil dan juga produk pembiayaan dagangan termasuk Surat Kredit-i. Perkhidmatan perbankan ATM, dalam talian, telefon, dan mudah alih akan juga disediakan untuk semua pelanggan AmIslamic Bank. Tambahan lagi, AmIslamic Bank akan menawarkan struktur ekuiti baru dan/atau perniagaan khusus seperti yang dibenarkan dibawah Akta Perbankan Islam.

Produk perbankan Islam adalah terbuka kepada semua pelanggan, tanpa mengira agama atau bangsa, dan menyediakan satu lagi pilihan perniagaan yang lain daripada sistem perbankan konvensional melalui produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah. Perundingan dalam operasi perbankan Islam dijalankan oleh Jawatankuasa Syariah AmIslamic Bank sendiri dengan kerjasama Majlis Penasihat Syariah Negara yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia. Ahli-ahli Jawatankuasa Syariah AmIslamic Bank semasa adalah Encik Adnan Yusoff, Profesor Madya Dr Noor Naemah Abd Rahman dan Dr Amir Husin Mohd Nor.

Konsep seperti Mudharabah (perkongsian keuntungan) dan Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan) dan Musyarakah (usaha sama) adalah sebahagian daripadanya yang digunakan dalam produk perbankan Islam di bank baru ini.

Untuk menjaminkan tahap perkhidmatan yang tertinggi kepada pelanggan, AmIslamic Bank bersedia melaksanakan rancangan komprehensif dan terperinci operasi dalaman yang akan meliputi inisiatif seperti 'Best Service Programme'.

Para pelanggan boleh mendapat maklumat lanjut mengenai AmIslamic Bank di mana-mana cawangan AmBank, laman web AmIslamic Bank, www.amislamicbank.com.my (dari 1 Mei 2006) ataupun AmBank Contact Centre di talian 03-2178 8888.

Akaun-akaun pelanggan perbankan Islam semasa di AmBank akan ditukar kepada AmIslamic Bank (nombor-nombor akaun tidak akan ditukar) dan pelanggan boleh terus menggunakan akaun mereka seperti biasa. Pengaturan pelanggan-pelanggan dengan pengendali-pengendali takaful akan juga tidak berubah.

Butir-butir alamat ketua pejabat AmIslamic Bank:

AmIslamic Bank Berhad
Aras 45, Menara AmBank
8, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2167 3000
Faks: 03-2166 5664/2167 3827


Butir-butir alamat pusat perniagaan AmIslamic Bank:

AmIslamic Bank Berhad
Tingkat Mezzanine, Menara AmBank
8, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2167 3355
Faks: 03-2166 5625

Waktu operasi cawangan-cawangan kongsi AmIslamic Bank:

Isnin hingga Khamis: 9.00 pagi - 4.30 petang
Jumaat: 9.00 pagi - 4.00 petang
Sabtu/Ahad: Tutup


SUMBER: AmIslamic Bank Berhad

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Encik Ahmad Zaini Othman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, AmIslamic Bank di talian:
03-2380 1100 ataupun
melalui e-mel: ahmad-zaini2@ambg.com.my

TARIKH SIARAN: 28 APRIL 2006
DISIARKAN OLEH BERNAMA PRWIRE MALAYSIA*GLOBAL

 
 
 

Copyright @ 2014 MREM . All rights reserved.