ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  EMGA MEMPEROLEH PEMBIAYAAN AS$ 15J UNTUK BANCO IMPROSA DI COSTA RICA

Wednesday 24/04/2024



LONDON, 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang bekerjasama dengan Banco Improsa, mengumumkan bahawa ia telah memperoleh barisan kredit sebanyak AS$15 juta daripada Japan International Cooperation Agency (JICA).

Ketua Perbankan Pelaburan EMGA dan Pengarah Urusan EMGA, Sajeev Chakkalakal berkata: "Walaupun persekitaran makroekonomi global mencabar, kami berbesar hati untuk sekali lagi membantu melicinkan visi berterusan Banco Improsa untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Costa Rica dan melengkapkan penyelesaian pembiayaan ini."

Mengulas tentang transaksi tersebut, Felix Alpizar Lobo, Pengurus Besar Banco Improsa, berkata: "Pembiayaan ini menegaskan lagi komitmen kami untuk memperkuat bidang SME di Costa Rica. Banco Improsa berbangga dapat sama-sama berkongsi objektif JICA dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara-negara membangun."

Pengarah Urusan EMGA Jeremy Dobson menambah: "Pengurusan yang utuh serta kedudukan kewangan yang sihat Banco Improsa adalah faktor utama yang membolehkan pasukan Perbankan Pelaburan EMGA memperoleh pembiayaan ini Di samping itu, kemudahan JICA ini juga akan memperkuat lagi keupayaan Banco Improsa untuk mengembangkan senarai pinjaman teras SME-nya."

JICA

Japan International Cooperation Agency ialah sebuah agensi kerajaan yang menyediakan kebanyakan Bantuan Pembangunan Rasmi untuk kerajaan Jepun. Ia ialah badan berkanun untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara membangun dan menggalakkan kerjasama antarabangsa.

EMERGING MARKETS GLOBAL ADVISORY LLP (EMGA)

EMGA, yang berpangkalan di London dan New York, membantu institusi kewangan dan syarikat mencari hutang atau modal ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman beberapa dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi bagi pihak klien dalam pasaran dunia yang pesat membangun dan ekonomi sempadan, termasuk Costa Rica yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan khidmat nasihat strategik menerusi kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian secara geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam parasan sebagai antara bank pelaburan khusus yang memfokuskan kepada pasaran baharu muncul terkemuka dalam industri.

BANCO IMPROSA

Banco Improsa ialah bank komersial yang mempunyai pengalaman lebih daripada 37 tahun, yang model perniagaan hubungan dan tumpuan kepada peluang pemasarannya mengkhususkan kepada, antaranya, menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME). Banco Improsa adalah salah satu daripada bank swasta pertama di Costa Rica yang menawarkan perkhidmatan bukan kewangan kepada pelanggannya dan mempunyai sejarah yang lama dalam penyediaan khidmat nasihat dan sokongan kepada SME. Faktor kejayaan utama Banco Improsa adalah komitmennya terhadap perkhidmatan yang tangkas dan fleksibel yang berpiawai tinggi, yang mana, bersama-sama dengan tawaran penyelesaian kewangan tersuai, telah membolehkannya mencapai kedudukan yang kukuh dalam bidang-bidang ini.

Banco Improsa ialah subsidiari Grupo Financiero Improsa (GFI).

Maklumat hubungan:
info@emergingmarketsglobaladvisory.com  

Sumber: Emerging Markets Global Advisory

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.