ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MAJLIS PENGANUGERAHAN HADIAH JEPUN 2024 DIADAKAN BERSAMA KEHADIRAN DULI YANG MAHA MULIA MAHARAJA DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA MAHARANI JEPUN

Wednesday 24/04/2024



Profesor Sir Brian J. Hoskins dan Profesor John Michael Wallace dalam Bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial

Profesor Ronald M. Evans dalam Bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal

TOKYO, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Hadiah Jepun (Presiden: Hiroshi Komiyama) mengadakan majlis anugerah pada hari Selasa, 16 April di Hotel Imperial Tokyo di Mukim Chiyoda Tokyo untuk mengurniakan Hadiah Jepun kepada saintis yang telah berjaya memperoleh pencapaian kreatif dan dramatik dalam bidang saintifik dan teknologi global, serta yang telah menyumbang secara ketara dalam merealisasikan keamanan dan kemakmuran untuk semua manusia sejagat.

Professor Sir Brian J. Hoskins (UK) dan Professor John Michael Wallace (Amerika Syarikat), merupakan pemenang dalam bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial, manakala Professor Ronald M. Evans (Amerika Syarikat), merupakan pemenang dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal, telah menghadiri majlis penganugerahan tersebut dan setiap bidang dianugerahkan dengan 100 juta Yen berserta sijil dan pingat.

Setiap tahun, pemenang hadiah Jepun disarankan oleh kira-kira 15,500 saintis dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia dan keputusan dibuat melalui peperiksaan yang ketat, serta mengambil masa kira-kira 1 tahun. Untuk tahun 2024, Yayasan menerima 130 pencalonan untuk bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial, serta 198 pencalonan untuk bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal. Pemenang pada tahun ini dipilih daripada seramai 328 calon.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 150 tetamu, bermula dengan Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani, ketua tiga cawangan kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, serta wakil daripada pelbagai elemen masyarakat lain. Baginda Maharaja menyampaikan ucapan, diikuti dengan ucapan oleh tiga pemenang dan ucapan tahniah oleh Hidehisa Otsuji, Presiden Dewan Ahli Majlis.

Majlis anugerah tahun ini boleh dilihat dari pautan di bawah.

Versi Bahasa Jepun: https://www.youtube.com/live/9u7k6Al_MlU?si=B8EhDuvEByzFlTKB

Versi Bahasa Inggeris: https://www.youtube.com/live/FsNvb9V0ODo?si=vAlfPk94QvCq4Iac

Maklumat Tentang Hadiah Jepun

Kewujudan Hadiah Jepun pada tahun 1981 didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mencipta anugerah yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Bersama sokongan sumbangan yang banyak, Yayasan Hadiah Jepun menerima sokongan dari Pejabat Kabinet pada tahun 1983. Hadiah Jepun dianugerahkan kepada saintis dan jurutera dari seluruh dunia, yang berjaya membuat pencapaian kreatif dan dramatik, serta yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara ketara demi merealisasikan keamanan dan kemakmuran untuk semua manusia sejagat. Penyelidik dalam semua bidang sains dan teknologi layak menerima anugerah berkenaan, bersama dua bidang yang dipilih pada setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah dan menerima sijil, pingat, serta hadiah wang. Setiap Majlis Anugerah dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani, ketua tiga cawangan kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, serta wakil daripada pelbagai elemen masyarakat lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi

Untuk pertanyaan tentang pelancaran ini:
Pejabat Perhubungan Awam Hadiah Jepun
E-mel: japanprize@ml.prap.co.jp
 
Sumber: Yayasan Hadiah Jepun

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.