Kini jualan terkumpul siri Dragon’s Dogma melebihi 10 juta unitOSAKA, Jepun, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) pada hari ini mengumumkan bahawa jualan
Dragon’s Dogma 2 di seluruh dunia melepasi 2.5 juta unit.
Hampir dua belas tahun selepas siri asal, kini
Dragon’s Dogma 2 menjadi permainan aksi berlatarkan dunia terbuka yang luas dengan tahap kebebasan yang tinggi. Permainan ini membolehkan pemain menikmati suasana fantasi yang direka bentuk dengan rumit dan kelihatan terlalu nyata sambil memberikan pengalaman pengembaraan dalam kumpulan yang terdiri daripada sehingga empat anggota kesemuanya, serta bermain secara solo hasil daripada watak bidak yang dikawal AI bertindak sebagai teman seperjalanan. Capcom menjalankan pelbagai aktiviti promosi pada peringkat global dengan tujuan untuk menarik minat bukan sahaja peminat lama sedia ada siri tersebut tetapi juga pendatang baharu, termasuk pelancaran aplikasi percuma yang membolehkan pengguna mencipta avatar pemain masing-masing sebelum pelancaran permainan, serta bidak dalam permainan yang dibuat dengan kerjasama selebriti di pelbagai negara dan atlet kebangsaan Jepun.
Kemas kini berkenaan penambahan dan perubahan kepada beberapa spesifikasi untuk
Dragon’s Dogma 2 sedang dilaksanakan secara berterusan. Butiran boleh didapati di laman utama rasmi permainan.
https://www.dragonsdogma.com/2/en-us/topics/update/Capcom kekal dan cukup komited untuk memenuhi harapan semua pihak berkepentingan dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan terunggul dalam industri untuk mencipta pengalaman permainan yang amat menghiburkan.
MAKLUMAT TENTANG Dragon’s DogmaSiri
Dragon’s Dogma terdiri daripada permainan aksi dalam suasana fantasi apabila pemain mengembara dalam dunia pedang dan sihir yang terbuka luas. Sejak pelancaran permainan pertama pada tahun 2012, siri ini mendapat pujian di seluruh dunia untuk ciri permainan seperti rakan pengembaraan "bidak" yang boleh beraksi sendiri, sekaligus membuatkan siri ini berjaya dijual melebihi 10 juta unit secara terkumpul.
MAKLUMAT TENTANG CAPCOMCapcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan berinteraktif terkemuka di seluruh dunia untuk konsol permainan, PC, peranti pegang tangan dan wayarles. Diasaskan pada tahun 1983, syarikat tersebut telah mencipta ratusan permainan, termasuk francais rintisan Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom mengekalkan operasi di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh didapati di
https://www.capcom.co.jp/ir/english/Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53921068/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Bahagian Perhubungan Awam & Pelabur Capcom
Daniel Levine
+81-6-6920-3623
daniel-levine@capcom.comYoshiko Ikeda
+81-6-6920-3623
yoshiko-ikeda@capcom.com Sumber: Capcom Co., Ltd.
--BERNAMA