ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  PROGRAM PARALLEL PATHWAY DAN SARJANA BERPERANAN LAHIRKAN LEBIH RAMAI PAKAR PERUBATAN, AKTA 50 BAKAL DIPINDA

Wednesday 03/04/2024



 
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beriltizam untuk melahirkan lebih ramai pakar perubatan demi memenuhi keperluan perkhidmatan perubatan negara. Dalam perbincangan antara pihak saya dengan PYT Orla Tunney, Duta Besar Ireland ke Malaysia dan Tuan David Wallace, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, persetujuan bersama adalah agar kerjasama yang sedia terjalin antara KKM dan institusi-institusi yang terlibat akan diteruskan dan diperkukuh.

Dengan itu, tertakluk kepada keputusan lanjut Jemaah Menteri bagi cadangan pindaan Akta 50 berkenaan Program Parallel Pathway, KKM memberi sepenuh komitmen bahawa pelatih daripada Program Parallel Pathway yang telah menyelesaikan program tersebut dengan jayanya (successfully completed) akan dijadikan berhak didaftarkan sebagai pakar di bawah Akta 50.

Memandangkan kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan yang kian mendesak, KKM akan mengangkat cadangan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas pada Jun 2024 bagi penguatkuasaan secepat mungkin. Sementara itu, latihan kepakaran melalui program sarjana dalam negara akan terus diperkasa agar program pembangunan kapasiti tempatan kian unggul.

Sehubungan itu, KKM menggesa semua pihak agar memberikan sepenuh kerjasama demi kepentingan seluruh pemegang taruh, terutamanya pelatih Program Parallel Pathway dan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan mereka. KKM menjamin kecekapan dan keberkesanan penyampaian sektor kesihatan awam kepada masyarakat dapat terus ditingkatkan di bawah gagasan Malaysia MADANI.

YB DATUK SERI DR DZULKEFLY BIN AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
02 APRIL 2024 

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: NURHANIS ASYEERA BINTI RAHMAN

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-mel: nurhanisasyeera@moh.gov.my  


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.