ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  BLACK & VEATCH MENGKAJI PENGEKSTRAKAN HIDROGEN ASLI DI AUSTRALIA

Monday 01/04/2024



Peneraju kejuruteraan dan pembinaan global akan menyediakan reka bentuk konsep untuk projek hidrogen dan helium asli H2EX


MELBOURNE, Australia, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal, akan mengkaji penerokaan dan pengekstrakan hidrogen dan helium asli di Australia.

Kajian pembangunan itu ialah perjanjian perkhidmatan kejuruteraan antara syarikat hidrogen asli milik Australia iaitu H2EX Limited, peneraju dunia dalam meneroka hidrogen asli dan Black & Veatch. Kajian tersebut merupakan sebahagian daripada projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan Australia diketuai oleh H2EX.

Hidrogen asli, juga dikenali sebagai hidrogen emas atau putih, merujuk kepada hidrogen yang ditemui dalam bentuk asli sebagai gas bebas.

“Usaha penyahkarbonan di Asia Pasifik menjadi keutamaan bagi Black & Veatch. Ini termasuk mengekstrak hidrogen asli, sumber tenaga bersih yang berpotensi untuk rantau ini,” kata Yatin Premchand, pengarah urusan, Pertumbuhan Strategik, Penasihat Global, Black & Veatch.

“Black & Veatch mempunyai sejarah 80 tahun bekerja dengan pengeluaran hidrogen dan ammonia dalam pelbagai industri. Syarikat ini membangunkan projek penukaran penjanaan kuasa hidrogen dan melancarkan stesen bahan api hidrogen utama yang pertama di Amerika Syarikat. Sejak itu, pakar kami telah menyampaikan inovasi yang boleh dipercayai dan penyelesaian yang pertama merentasi rantaian nilai hidrogen secara berterusan,” tambah Premchand.

Hidrogen mempunyai potensi mengurangkan dan menggantikan pergantungan pada bahan api fosil bagi tujuan penjanaan elektrik serta penyimpanan tenaga, pemanasan, pengangkutan dan pengeluaran bahan kimia dan baja hijau untuk jangka panjang. Hidrogen juga boleh ditukar kepada ammonia hijau, yang dihasilkan dengan menggunakan 100 peratus tenaga boleh baharu tanpa karbon.

Helium digunakan dalam industri pertahanan, perubatan, pembuatan dan penggunaan tenaga termasuk pengimbas pengimejan resonans magnetik (MRI) dan pembuatan kabel gentian optik.

Black & Veatch akan menyediakan dua reka bentuk konsep pada lesen penerokaan H2EX PEL 691 di Semenanjung Eyre, Australia Selatan sebagai sebahagian daripada kajian pembangunan. Satu reka bentuk konsep ialah untuk penggerudian dan penyiapan telaga penerokaan. Reka bentuk konsep lain ialah untuk kemudahan permukaan bagi membersihkan, memproses dan menghantar hidrogen dan helium asli, termasuk pengeluaran bersama sumber, sekiranya bahan tersebut ditemui bersama.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan firma perkhidmatan kejuruteraan global yang progresif dan berpengalaman seperti Black & Veatch. Kajian pembangunan penting ini akan membantu H2EX mempercepat pembinaan telaga penerokaan dan skim pembangunan kami yang pertama. Jika berjaya, hidrogen akan menjadi sumber tenaga yang hebat untuk penjanaan kuasa dan pengangkutan di Semenanjung Eyre,” kata Mark Hanna, Ketua Pegawai Eksekutif & pengarah urusan H2EX.

“Hidrogen asli akan membantu menyahkarbonkan rantau ini, yang kebanyakannya menggunakan bahan api cecair untuk tenaga dan pengangkutan. Helium juga merupakan komoditi bernilai tinggi dan terhad. Penggerudian yang dijalankan baru-baru ini di Australia Selatan telah menemui helium berkepekatan tinggi juga,” tambah Hanna.

Black & Veatch akan menganalisis amalan industri gas yang berkaitan dengan infrastruktur penggerudian dan pengekstrakan telaga konvensional dan mengenal pasti kunci utama bagi menyesuaikan amalan ini untuk hidrogen dan helium asli.

Penyelidikan dalam penyelesaian pengekstrakan akan memberikan laluan untuk menggerudi dan mengekstrak hidrogen dengan kos terendah, yang boleh menjimatkan kos sehingga 75 peratus daripada proses menyediakan hidrogen tersebut.

Objektif kajian ini ialah untuk membuka manfaat penggerak pertama untuk Australia dalam sektor yang sedang pesat membangun pada peringkat global, serta mewujudkan peluang tempatan dan eksport yang besar sambil mengekalkan kelebihan daya saing negara serta kepakaran teknikal dan kejuruteraan.

Kajian itu sebahagiannya dibiayai oleh Jabatan Sains dan Inovasi Persekutuan Australia melalui inisiatif Pusingan 14 Geran Projek Majlis Penyelidikan Koperasi (CRC-P). Geran CRC-P menyokong kerjasama penyelidikan jangka pendek yang diterajui industri. Kajian itu dijangka siap pada pertengahan tahun 2024.

Kerajaan Australia melabur lebih daripada $500 juta (USD 332 juta) untuk menyokong pembangunan pusat hidrogen di rantau Australia. Program Pusat Hidrogen Serantau merupakan sebahagian daripada pelaburan kerajaan berjumlah $40 bilion (USD 26 bilion) untuk mengubah negara menjadi kuasa penjanaan dan inovasi tenaga hijau.

Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.

Maklumat Tentang Black & Veatch

Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Ikuti kami di www.bv.com dan media sosial.

Maklumat Tentang H2EX

H2EX Limited ialah syarikat hidrogen dan helium asli. H2EX sedang berusaha mencari dan mengumpul hasil hidrogen dan helium asli dengan menggunakan lesen penerokaan syarikat PEL 691 (~6,000 kilometer persegi) di Australia Selatan. H2EX terus membangun dan menjalankan penyelidikan rintisan dan aktiviti penerokaan di lapangan. H2EX mempunyai 52,000 kilometer persegi penumpuan penerokaan tambahan yang juga dijalankan di Australia Selatan. Ikuti kami di www.h2ex.com.au dan H2EX Ltd: Gambaran Keseluruhan | LinkedIn.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Black & Veatch:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24-JAM | Media@bv.com

H2EX Limited:
Greschen Brecker | Ketua Pegawai Kewangan & Pengarah | +61 433 133 417 M | greschen.brecker@h2ex.com.au
 
Sumber: Black & Veatch

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.