ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 12 (17 MAC 2024 - 23 MAC 2024)

Monday 01/04/2024



KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-12 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 3,041 kes berbanding 2,905 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat empat (4) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-12 tahun 2024.
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-12 adalah sebanyak 41,565 kes berbanding 26,222 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 28 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-12 adalah sebanyak 141 lokaliti berbanding 161 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 141 lokaliti yang dilaporkan, 118 lokaliti di Selangor, 13 lokaliti di WPKL & Putrajaya, enam (6) lokaliti di Pulau Pinang, dua (2) lokaliti di Perak, satu (1) lokaliti di Negeri Sembilan dan satu (1) lokaliti di Johor.

Bagi survelan chikungunya, terdapat empat (4) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-12. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 13 kes. Terdapat dua (2) wabak Chikungunya dilaporkan pada ME12/2024. Bagi survelan zika, sebanyak 568 sampel darah dan satu (1) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Musim perayaan menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi. Sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dan bercuti, pastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakung air di dalam dan di luar rumah serta menutup semua bekas yang menyimpan air dengan rapat. Letak bahan pembunuh jentik-jentik di tempat tadahan air. Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my).
 
Amalkan langkah-langkah pencegahan gigitan nyamuk dengan memakai pakaian berwarna cerah, menggunakan penghalau nyamuk (repelan) dan menutup anggota badan yang terdedah, terutama apabila berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes iaitu pukul 5 pagi hingga 8 pagi dan pukul 5 petang hingga 8 malam. Dapatkan rawatan segera jika terdapat gejala demam denggi seperti demam tinggi secara mengejut, sakit otot/ sendi, sakit belakang mata dan pening. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
 
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
1 April 2024 

LAMPIRAN

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: NURHANIS ASYEERA BINTI RAHMAN

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-mel: nurhanisasyeera@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.