ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  BANK MUAMALAT GERAK KEMPEN #SUBUHMACAMJUMAAT DAN CINTAI MASJID DI 14 BUAH NEGERI SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADAN

Monday 11/03/2024



KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 buah negeri, sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Selain menyemarakkan kempen #SubuhMacamJumaat, inisiatif kali ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) Bank Muamalat di mana program gotong-royong membersihkan dan membaik pulih 14 buah masjid yang terpilih dari 14 buah negeri dijalankan selepas solat subuh berjemaah di masjid-masjid tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, selain bertujuan menambah keselesaan jemaah masjid bagi menyambut bulan Ramadan, program tersebut juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan warga Bank Muamalat dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.

“Dalam kempen khas ini, Bank Muamalat dan kakitangannya bukan sahaja meringankan beban jemaah masjid dengan bergotong-royong, tetapi juga turut menyumbang bantuan tunai kepada masjid yang terlibat.”

“Pada mulanya kita hanya bercadang untuk menganjurkan program Cintai Masjid, tetapi memandangkan program #SubuhMacamJumaat yang dijalankan oleh Bank Muamalat bulan lalu di empat buah negeri mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan, jadi kita fikir ada baiknya untuk program ini digabungkan sekali bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan yang bakal tiba,” katanya.

Menurut Khairul lagi, selain program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid, Bank Muamalat telah merencanakan beberapa lagi program CSR sepanjang bulan Ramadan  sebagai salah satu usaha memberi semula kepada komuniti seperti pengagihan bubur lambuk di 14 buah negeri, edaran pek makanan iftar dan beberapa lagi program.

Program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 buah negeri ini dijalankan pada 9 dan 10 Mac 2024 di mana penutup dilangsungkan di negeri Melaka dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.

Berikut merupakan senarai 14 buah masjid yang terlibat dalam program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid:-

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur
2. Selangor: Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Batu Caves
3. Kedah: Masjid Al Huda, Kg Tualang, Sik, Kedah
4. Pulau Pinang: Masjid Al-Huda, Sg Ara, Bayan Lepas
5. Perlis: Masjid Dato Jaafar Hassan, Sg. Padang, Sanglang
6. Perak: Masjid Al Hamidiah, Kg Raban, Lenggong
7. Negeri Sembilan: Masjid Kariah Pasir Besar, Gemas
8. Melaka: Masjid Nur Jannatul Bahri, Kg Air Hitam, Pantai Tg Bidara, Masjid Tanah
9. Johor: Masjid Al-Mukmin, Kg Melayu Bukit Nyamuk, Simpang Renggam
10. Pahang: Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Kuantan
11. Terengganu: Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu
12. Kelantan: Masjid Al Fattah, Mukim Kota, Kg Kota, Kota Bharu
13. Sabah: Masjid At-Taqwa, Jalan Perumahan Laya-Laya, Tuaran
14. Sarawak: Masjid Al-Ghazali, Jalan Depo, Kuching

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)
Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi. 

Gambar: 
https://drive.google.com/drive/folders/1-7_G8zAf5sbv81q5VB2jlgcnZriT04a0


SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Bank Muamalat
Nama: Syahida Azureen
Tel: +6012 242 3696
E-mel: syahida.azureen@muamalat.com.my


Nama: Mohd Nazrul Hafizi
Tel: +6017 921 1384 
E-mel: mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.