ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  PERJALANAN LEBIH LUAS DAN MUDAH MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM DENGAN PAS MYCITY

Friday 08/03/2024



Table
Perjalanan Tanpa Had, Kini untuk Semua!
Terokai Kuala Lumpur/Putrajaya dengan Pas Perjalanan Tanpa Had MyCity Pass! 
Kini dibuka kepada warga tempatan dan pelancong. Dapatkan di Kaunter Khidmat Pelanggan atau secara atas talian dan mula terokai Kuala Lumpur!
#MyCityPass #UnlimitedRides

• Pas MyCity boleh digunakan dikesemua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana di Lembah Klang
• Selari dengan peluasan jajaran rel dan bas Rapid KL, harga Pas MyCity satu (1) hari akan diselaraskan; harga Pas MyCity tiga (3) hari kekal
• Pengenalan semula Pas MyCity bagi pengguna bukan warganegara Malaysia di Lembah Klang  


KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang boleh menikmati perjalanan lebih mudah dan lancar menggunakan Pas MyCity dengan harga berpatutan.  

Pas MyCity yang mula diperkenalkan pada tahun 2019, merangkumi Pas MyCity satu (1) hari dan Pas MyCity tiga (3) hari, adalah satu pas perjalanan harian tanpa had khusus untuk pengguna Rapid KL. 

Pas perjalanan tersebut membolehkan pengguna pengangkutan awam untuk ke mana mana lokasi di Lembah Klang menggunakan kesemua perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, BRT, Rapid Bus dan bas perantara LRT dan MRT tanpa mengira lokasi dan jumlah hentian, menerusi penggunaan kad Touch ‘n Go.  

Seiring dengan peluasan jajaran rel di Lembah Klang dengan pembukaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sepenuhnya pada tahun lalu serta pembukaan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam pada awal tahun hadapan, harga Pas MyCity satu (1) hari akan diselaraskan bermula 8 Mac 2024. Harga bagi Pas MyCity tiga (3) hari tidak akan berubah.

Selain itu, bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan pengangkutan awam terutama sekali di kalangan pelancong asing ke Kuala Lumpur yang kian meningkat dan sekaligus merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pelancongan khususnya di Lembah Klang, pihak Prasarana akan memperkenalkan semula Pas MyCity bagi pengguna bukan warganegara Malaysia.

Justeru, harga Pas MyCity adalah seperti berikut: - 

Table

Pas “MyCity” boleh dibeli di atas talian menerusi aplikasi MyRapid PULSE dan di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT atau di hab bas terpilih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi atau media sosial Rapid KL, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Rapid KL di nombor +603 – 7885 2585. 

SUMBER: Prasarana Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Adilah Husna
Pegawai komunikasi 
Tel: 013-3129102

--BERNAMA  

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.