ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  BANK MUAMALAT TAWAR HADIAH BERNILAI RM360,000 MENERUSI KEMPEN GEME 2.0

Friday 08/03/2024



KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengumumkan penawaran hadiah keseluruhan bernilai RM360,000 kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu Pajak Gadai Islam Bank Muamalat (Muamalat Pajak Gadai-i) menerusi kempen Gadai Emas Menang Emas 2.0 (GEME 2.0).

Antara hadiah yang ditawarkan adalah barangan kemas emas bernilai RM100,000 untuk pemenang hadiah utama, barangan kemas emas bernilai RM75,000 untuk pemenang tempat kedua dan barangan kemas emas bernilai RM25,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan Muamalat Pajak Gadai-i, Bank Muamalat juga menawarkan 1 gram Akaun Muamalat Gold-i (MG-i), untuk 50 pemenang bulanan yang terpilih sepanjang tempoh kempen berlangsung iaitu bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Disember 2024 (keseluruhan berjumlah 500 pemenang).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Muamalat Pajak Gadai-i bukan sahaja memenuhi keperluan tunai segera untuk cagaran, tetapi juga boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan emas.

“Ini kerana kadar keuntungan yang dikenakan adalah di atas nilai pembiayaan bukan di atas nilai emas yang dicagarkan oleh para pelanggan. Ironinya pelanggan akan menikmati kadar keuntungan yang lebih rendah berbanding penyedia pajak gadai Islam yang lain.

“Bagi memudahkan lagi pelanggan kami, Muamalat Pajak Gadai-i juga menawarkan gadaian semula secara atas talian di mana para pelanggan sedia ada tidak perlu hadir ke cawangan untuk membuat gadaian semula sebaliknya hanya perlu menghubungi Bank Muamalat dan pegawai yang ditetapkan akan meneruskan proses gadaian semula seperti yang dipersetujui oleh pelanggan,” katanya dalam majlis pelancaran GEME 2.0 hari ini.

Menurut Khairul, kempen GEME 2.0 yang dilancarkan hari ini merupakan siri ke-dua kempen melibatkan Muamalat Pajak Gadai-i sejak ia dilancarkan pada Mac 2021 di mana tujuan kempen-kempen ini dijalankan adalah bagi menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan tersebut, menerusi 68 cawangan Bank Muamalat di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen GEME 2.0, sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500 untuk maklumat lanjut.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)
Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi.
 
Sumber: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syahida Azureen
Tel: +6012 242 3696
E-mel: syahida.azureen@muamalat.com.my

Nama: Mohd Nazrul Hafizi
Tel: +6017 921 1384
E-mel: mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.