ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  GENERALI DAN UNDP MEMBINA DAYA TAHAN PKS DI ASIA

Friday 08/03/2024



Table

Generali dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menghimpunkan wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Persatuan PKS Malaysia serta komuniti insurans dan kewangan bagi meningkatkan daya tahan PKS terhadap perubahan iklim dan pelbagai risiko lain.
 
· Penyelidikan bersama berhubung daya tahan PKS di Asia Tenggara, dan tumpuan terhadap Malaysia dan Thailand, memperincikan risiko utama dan pendekatan alternatif kepada insurans
 
· Pembentangan Rangka Kerja Pencegahan Kerugian PKS, satu alat digital untuk PKS Malaysia lebih memahami dan menguruskan risiko berkaitan iklim dan cuaca yang semakin meningkat
 
· Mengetengahkan penyelesaian Dana Cabaran Inovasi Insurans Malaysia untuk melindungi PKS di negara ini
 
· Generali turut meluaskan projek utamanya EnterPRIZE PKS ke Asia
 
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Generali dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menghimpunkan wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Persatuan PKS Malaysia serta komuniti insurans dan kewangan bagi membentangkan penyelesaian konkrit berhubung kaedah untuk meningkatkan daya tahan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap perubahan iklim dan pelbagai risiko lain.
 
Acara berkenaan yang diadakan menerusi kerjasama antara Generali dan Kemudahan Insurans dan Kewangan Risiko UNDP, direka untuk mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan komuniti yang terdedah kepada risiko di seluruh dunia menerusi akses kepada penyelesaian insurans. Usaha ini sejajar dengan komitmen yang lebih meluas untuk meningkatkan kesedaran, serta menetapkan laluan bagi meneroka keselamatan, kemampanan dan daya tahan yang lebih baik dalam kalangan PKS di negara membangun.
 
Generali juga sedang memperluaskan projek utamanya EnterPRIZE PKS di Asia, yang dibina berdasarkan penglibatan bersama ribuan PKS selama tiga tahun ini dari seluruh Eropah bagi meraikan dan memupuk budaya kemampanan.
 
Laporan penyelidikan bersama berjudul Membina Daya Tahan MSME di Asia Tenggara telah dilancarkan yang memberi tumpuan kepada rantaian nilai terpilih di Thailand dan Malaysia. Laporan berkenaan menyarankan pendekatan alternatif untuk mengenal pasti risiko dan keperluan perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PKS), membangunkan pengurusan risiko dan perkhidmatan insurans, serta menyampaikan penyelesaian ini kepada komuniti PKS.
 
Berdasarkan penyelidikan baharu berkenaan, MSME membentuk majoriti perusahaan di Asia Tenggara, dengan angka setinggi 99.6% di Thailand dan 97.4% di Malaysia. Kedua-duanya bertindak sebagai tonggak dan pemacu pembangunan sosio ekonomi.
 
Laporan tersebut mendapati bahawa pertumbuhan dan kelangsungan PKS terancam oleh pelbagai risiko termasuk perubahan iklim, gangguan perniagaan dan akses terhad kepada pasaran modal. Risiko ini dipertingkatkan pula dengan kekurangan pengurusan risiko, mekanisme pengurusan dan perlindungan insurans. Kurang daripada 5% PKS di Asia Tenggara mempunyai sebarang bentuk insurans.
 
Pendekatan alternatif yang diketengahkan dalam penyelidikan berkenaan bermula dengan mengkelaskan MSME bagi memahami profil risiko dan menangani keperluan khusus mereka, meneroka rantaian nilai utama termasuk getah asli, makanan dan penginapan, borong dan runcit, serta elektrik dan elektronik.

Seterusnya, PKS boleh membina ketahanan menerusi penyelesaian holistik yang mempertimbangkan kedua-duanya, iaitu pemindahan risiko dan alat pengurangan risiko, dan termasuk penyelesaian insurans gabungan bersama teknologi baharu atau platform digital serta memanfaatkan rakan kongsi pengedaran alternatif untuk menjangkau PKS dengan lebih berkesan.
 
Penyelidikan berkenaan melengkapkan Kertas Putih EnterPRIZE PKS yang dibangunkan dalam rangka kerja inisiatif utama Generali bagi meningkatkan budaya kemampanan dalam kalangan PKS.
 
Generali dan UNDP turut membentangkan Rangka Kerja Pencegahan Kerugian PKS, alat digital yang memanfaatkan kuasa data untuk meningkatkan kesediaan dan kesedaran PKS terhadap risiko yang dihadapi oleh komuniti berkaitan, bermula di Malaysia dengan risiko banjir. Pakar teknikal dan pengalaman dalam bidang berkenaan daripada salah satu syarikat insurans terbesar di dunia boleh dimanfaatkan oleh usahawan tempatan sebagai sumbangan kepada peralihan ke arah ekonomi yang lebih mampan.
 
Dihoskan pada platform dalam talian yang mesra pengguna, rangka kerja ini akan turut dibangunkan sebagai aplikasi mudah alih dan boleh diperluaskan ke negara lain di Asia dan seluruh dunia. PKS boleh mendapatkan nasihat mengenai cara untuk melindungi aktiviti mereka apabila berhadapan dengan cabaran iklim dan risiko lain, serta memastikan daya tahan segmen penting yang berkenaan dan pada masa sama, memastikan ketahanan segmen penting untuk negara membangun juga terhadap hal yang tidak dapat dijangka seperti bencana alam.
 
Susulan pelancaran “Dana Cabaran Inovasi Insurans” pada September tahun lalu yang bermatlamat untuk menyediakan insentif kepada pembangunan produk dan perkhidmatan insurans yang inovatif di Malaysia, acara berkenaan turut menampilkan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan daya tahan PKS terhadap iklim dan risiko lain.
 
Dalam beberapa bulan berikut, peserta akhir akan diumumkan yang mana dua pemenang bakal menerima sehingga US$40,000 setiap peserta, bersama-sama bantuan teknikal untuk menyokong pembangunan idea dan peluang bagi memanfaatkan kehadiran global Generali dan UNDP.
 
Jaime Anchústegui Melgarejo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Antarabangsa Generali, berkata: “ Komuniti MSME di Malaysia, Thailand dan rantau Asia yang lebih meluas merupakan bahagian penting dalam pertumbuhan dan perkembangan pasaran ini. Bagaimanapun, komuniti tersebut berhadapan dengan risiko yang amat nyata dan semakin sengit akibat perubahan iklim dan faktor-faktor lain yang menjejaskan kesinambungan perniagaan dan keupayaannya untuk meraih peluang tersedia. Insurans menjadi nadi kepada penyelesaian berkenaan dalam menjadikan PKS dan MSME lebih berdaya tahan dan sebagai tenaga penggerak di sebalik kerjasama antara Generali dengan UNDP. Menampilkan EnterPRIZE PKS ke Asia, melancarkan Rangka Kerja Pencegahan Kerugian PKS dan mengetengahkan Dana Cabaran Inovasi Insurans merupakan pencapaian penting dalam usaha kami untuk menyokong perniagaan yang terdedah kepada risiko di Asia. Saya teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan UNDP dan mencari cara baharu untuk memberi impak yang berpanjangan.”

Rob Leonardi, Pegawai Serantau Antarabangsa – Asia, Generali, berkata: “PKS telah sekian lama menjadi pemacu utama dari segi pertumbuhan dan inovasi di Asia. Sumbangannya terhadap pembangunan rantau ini ternyata tidak dapat dipertikaikan, namun mereka semakin terdedah kepada risiko susulan perubahan iklim, ketegangan geopolitik dan gangguan pasaran. Kerjasama kami bersama UNDP mengiktiraf cabaran ini dan berhasrat untuk menggunakan penyelesaian insurans dan kewangan risiko bagi meningkatkan perlindungan dalam kalangan PKS dan meningkatkan daya tahan mereka. Pelbagai inisiatif tersebut direka untuk memenuhi perjalanan perniagaan mereka dan memastikan mereka mempunyai akses kepada penyelesaian yang diperlukan untuk berkembang maju. Saya menghargai kerja keras yang dilaksanakan dalam kerjasama ini sehingga kini, dan saya menantikan pencapaian bersama selanjutnya di masa hadapan.”
 
Niloy Banerjee, Wakil Residen, UNDP Malaysia berkata: PKS membentuk 48.2% pekerjaan negara dan 38.4% daripada KDNK, peranan penting yang mereka mainkan dalam ekosistem ekonomi tidak diragui. Namun mereka masih paling terdedah kepada bencana alam yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim, pandemik atau gangguan lain kepada industri pembuatan atau logistik. Kita perlu dengan cepat  menyokong pembina daya ketahanan dan mengekalkan kuasa PKS terhadap semua risiko yang boleh dijangka melalui instrumen dan penyelesaian yang holistik dan inovatif. Insurans akan menjadi salah satu jaring keselamatan yang paling penting bagi PKS."
 
Jan Kellett, Peneraju Global dan Korporat bagi Insurans dan Kewangan Risiko, Ketua Kemudahan Kewangan dan Kewangan Risiko, UNDP, berkata: “Di ASEAN yang mana PKS membentuk 45% daripada KDNK serantau, kelemahan mereka terhadap risiko iklim dan faktor lain yang semakin meningkat bukanlah sekadar cabaran pembangunan tetapi peluang yang amat besar untuk sektor awam dan swasta bersama-sama dan membantu perniagaan membangunkan kapasiti mereka bagi memahami dan menguruskan risiko berkenaan.”
 
Fabrice Benard, Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia, berkata: “PKS bukan sahaja menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara ini malah juga menjadi inspirasi utama dan penggerak kepada kami di Generali. Sebagai Rakan Kongsi Sepanjang Hayat mereka, kami melihat keperluan untuk membentuk ekosistem secara aktif yang mampu memperkasa pertumbuhan dan daya tahan mereka, serta memupuk budaya inovasi dan kemampanan dalam dalam perniagaan mereka. Saya yakin bahawa kerjasama kami dan visi bersama UNDP mampu untuk meneroka nilai dan peluang yang lebih besar bagi memanfaatkan komuniti PKS yang lebih meluas di Malaysia.”

Kerjasama Generali-UNDP yang lebih meluas

Generali dan Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu telah menjalin kerjasama untuk memberi sokongan kepada negara membangun dengan akses kepada penyelesaian insurans dan kewangan risiko bagi meningkatkan daya tahan komuniti dan perniagaan tempatan.
 
Di bawah perkongsian beberapa tahun ini, Generali memberikan komitmen dari segi sumber teknikal dan kewangan kepada Kemudahan Insurans dan Kewangan Risiko (IRFF) UNDP bagi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi sebahagian masyarakat dan tempat yang paling terdedah kepada risiko di dunia. Kerjasama berkenaan menggabungkan kepakaran insurans Generali dengan tumpuan jangka panjang UNDP dalam kewangan dan pembangunan.
 
Tambahan pula, menerusi perkongsian tersebut, Generali and UNDP menyumbang ke arah InsuResilience Vision 2025, yang termasuk: mencapai 500 juta orang yang terdedah kepada risiko dan melindungi mereka daripada kejutan iklim dan bencana; melindungi 150 juta orang yang terdedah kepada risiko menerusi penyelesaian mikroinsurans; dan meletakkan inovasi insurans sebagai nadi Matlamat Pembangunan Mampan  dan Agenda 2030 PBB.
 
Generali, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, begitu komited terhadap perkongsian awam-swasta dan memberi sokongan menerusi kepakaran badan awam untuk mencapai objektifnya. Ini termasuk
seruan kepada penggubal dasar dan perniagaan. Penggubal dasar digalakkan untuk melibatkan diri bersama PKS dengan sasaran tertentu, menerusi dasar yang mengarahkan pelaburan kepada produk dan perkhidmatan bersesuaian yang menyokong operasi perniagaan yang lebih tangkas, manakala PKS dijemput untuk melabur mengikut kesesuaian bagi memastikan kesinambungan dan keuntungan perniagaan dalam iklim yang terus berubah.

SUMBER: GENERALI MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho: 

Tel : +6012 309 1193
E-mel : sheena.ho@generali.com.my
 
Nama: Allison Lee: 
Tel : +6016 228 2916
E-mel : allison.lee@generali.com.my
 
Nama: Samantha David:
Tel : 6016 314 1085 
E-mel : samantha.david@generali.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.