ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  ​DARIPADA KOMITMEN KEPADA TINDAKAN: MARY KAY KELUARKAN GAMBARAN KESELURUHAN PERKONGSIAN TRANSFORMATIF UNTUK MEMAJUKAN KEUSAHAWANAN WANITA DI PERINGKAT GLOBAL

Thursday 07/03/2024



Table

Laporan Ulang Tahun Keempat Pemecut Keusahawanan Wanita Menyoroti Impak WEA dalam Menyelesaikan Keperluan Paling Kritikal Usahawan Wanita: Akses kepada Pendidikan, Pembiayaan, Rangkaian dan Pasaran serta Advokasi Global. (Foto: Mary Kay Inc.)



Laporan Ulang Tahun Keempat Pemecut Keusahawanan Wanita Menekankan Kesan WEA dalam Menyelesaikan Keperluan Paling Kritikal Usahawan Wanita: Capaian kepada Pendidikan, Pembiayaan, Rangkaian dan Pasaran serta Advokasi Global.


DALLAS, 7 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., peneraju global dalam pemerkasaan wanita, hari ini telah mengumumkan pengeluaran laporan khas bertajuk "Memajukan Keusahawanan Wanita: daripada Komitmen kepada Tindakan." Laporan itu memperincikan komitmen teguh syarikat itu untuk memperjuangkan usaha wanita di seluruh dunia melalui kemajuan penting yang telah dicapai oleh syarikat tersebut dalam tempoh empat tahun sejak penubuhan hebat perkongsian berbilang pihak berkepentingan Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) .

Pada tahun 2019, dengan kerjasama enam agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mary Kay mengasaskan WEA sebagai penggerak untuk mempromosikan keusahawanan wanita dan penyertaan ekonomi di seluruh dunia. Laporan Khas 2023 memperincikan pelbagai program utama dan statistik impak WEA, menekankan jangkauan global dan pendekatan unik dalam menangani cabaran teras yang dihadapi oleh usahawan wanita.

“Melalui Pemecut Keusahawanan Wanita, kami telah mencipta platform mantap yang bukan sahaja menyokong tetapi meraikan semangat keusahawanan wanita di seluruh dunia,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay. “Matlamat kami adalah untuk memperkasakan lima juta wanita menjelang tahun 2030 dan kamu sedang menuju ke sana. Kami telah melibatkan lebih 600,000 wanita dalam program dan aktiviti kami setakat ini, dan tahun 2024 akan menjadi satu lagi tahun yang bersejarah.”

Laporan itu mempamerkan pendekatan holistik Mary Kay terhadap pemerkasaan wanita melalui perkongsian pelbagai pihak berkepentingan WEA, merangkumi capaian kepada pendidikan, modal, rangkaian dan pasaran, advokasi serta dasar. Ia termasuk pencapaian yang luar biasa seperti:

· pengurangan kadar kemiskinan di projek perkampungan perintis SDG di kawasan pedalaman China yang memanfaatkan pembangunan keusahawanan dan kepimpinan wanita;
· pelancaran EKSPO Serantau Keusahawanan Wanita dan acara satelit dalam negara di rantau Eropah dan Asia Tengah yang menghimpunkan usahawan wanita, pelabur dan rakan kongsi perniagaan. Acara tahun 2023 ini, yang dianjurkan bersama dengan 33 rakan kongsi tempatan, mencapai lebih 15,308 peserta, termasuk 1,047 usahawan dan 75 pelabur, dan termasuk 27 seminar/panel dan ruang pameran;
· kejayaan pelaksanaan pelbagai program latihan dan bimbingan yang dijalankan oleh rakan kongsi peringkat tinggi di seluruh dunia seperti Program Sijil Keusahawanan Wanita dalam talian;
· Cabaran Inovasi Digital WEA untuk Keusahawanan Wanita telah menerima 250 permohonan daripada syarikat permulaan Wanita daripada 54 negara;
· Penyelidikan keusahawanan wanita untuk pengesyoran dasar bagi kesaksamaan jantina dalam pembangunan perusahaan di rantau Amerika Latin.
 
Usaha ketara syarikat dalam mempromosikan perolehan dan pelaburan yang jantina responsif (GRPI) juga telah memberi sumbangan besar kepada penyertaan dan pemerkasaan ekonomi wanita.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pemecut Keusahawanan Wanita dan untuk membaca Laporan Khas 2023 penuh, sila klik di sini.

Mengenai Mary Kay

Dulu. Kini. Selamanya. Salah satu pengasas utama, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: untuk memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan berjuta-juta ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas oleh kanser dan penderaan domestik, serta menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com. Temui kami di FacebookInstagram, and LinkedIn, atau ikut kami di X (dahulu dikenali sebagai Twitter)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.