ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  XSOLLA MEMPERKENALKAN PILIHAN PEMBAYARAN BAHARU UNTUK PEMAJU YANG INGIN MENEMBUSI PASARAN JEPUN

Thursday 07/03/2024



Table

 (Grafik: Xsolla)


Xsolla Membolehkan Pembangun Di Seluruh Dunia Menerima Pembayaran Melalui PayPay



LOS ANGELES & TOKYO, 7 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global, mengumumkan pelancaran Bayar melalui  PayPay bagi  rakan kongsi global dan pemain permainan video di Jepun. Xsolla sentiasa berusaha berinovasi untuk mencari penyelesaian pembayaran permainan bagi membantu pemaju permainan video yang berasaskan peranti mudah alih, PC, awan, dan web dalam meningkatkan jumlah pengguna mereka dan memenuhi keperluan pemain di seluruh dunia. Dengan menawarkan kaedah pembayaran tambahan ini di daftar keluar, pemaju permainan di seluruh dunia dapat memperluaskan perkhidmatan mereka ke pasaran Jepun dan memenuhi keperluan pemain mereka yang semakin meningkat. Perkongsian ini juga secara langsung menyokong komitmen Xsolla pada rantau ini dan peluasan pejabat tempatan yang baharu di Tokyo, Jepun, pada Ogos yang lalu.

Dengan 58 juta pengguna1 dan masih bertambah, PayPay merupakan aplikasi pembayaran mudah alih terbesar di Jepun, menerima bayaran secara dalam talian dan di peruncit secara fizikal di seluruh Jepun. Berdasarkan kajian tahun 2022 oleh Rakuten Insight, kira-kira 55% pembeli di Jepun lebih suka menggunakan PayPay, yang memiliki 45% bahagian pasaran  dalam sektor pembayaran kod QR.2 Pengguna membuat akaun dalam aplikasi mudah alih dan menyambungkan akaun bank atau kad kredit untuk membayar pembelian harian.

"Kami sangat teruja untuk menghubungkan PayPay ke Xsolla dan membolehkan rakan kongsi global kami untuk menemui pengguna baharu dan menawarkan pilihan pembayaran lain kepada pemain mereka", kata Chris Hewish, Ketua Pegawai Eksekutif Xsolla. "Perkongsian ini akan memberi rakan kongsi kami liputan yang lebih luas untuk pemain mereka di Jepun dan membolehkan mereka memanfaatkan kuasa teknologi pembayaran inovatif, seperti kod QR".

Xsolla Payments memudahkan daftar keluar dengan UI platform pelbagai yang intuitif, keserasian dengan dompet mudah alih yang popular dan akses kepada 700+ kaedah pembayaran dan 130+ mata wang di lebih 200+ wilayah. Teknologi PayRank yang muncul secara automatik dan memberikan kedudukan kaedah pembayaran yang paling relevan untuk setiap pelanggan, seperti PayPay.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bayar melalui PayPay, sila lawati: xsolla.pro/paypay

About Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan kelengkapan set alat dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa yang direka khusus untuk industry ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu beribu-ribu pembangun dan penerbit permainan dari pelbagai saiz, memasarkan, melancarkan dan menjana wang bagi permainan mereka secara global dan melalui pelbagai platform. Sebagai peneraju inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kesulitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan wang secara global untuk membantu rakan kongsi kami mencapai lebih luas secara geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo dan bandar utama di seluruh dunia, Xsolla menyokong permainan utama yang ternama seperti Valve, Twitch, Roblox, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui lebih lagi, sila lawatit: xsolla.com

PayPay
2 Bloomberg Article - Struggling Rakuten Might Need to Phone a Friend

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53906121/en

Hubungi

Derrick Stembridge
Pengarag Hubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.