ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  XSOLLA MEMPERKENALKAN KEDAI WEB XSOLLA (XSOLLA WEB SHOP) 2.0, PENYELESAIAN UTAMA UNTUK PEMBELIAN WEB, BAGI MEMPERKASA JUALAN YANG MENGUNTUNGKAN SECARA LANGSUNG KEPADA PENGGUNA UNTUK PEMBANGUN PERMAINAN

Wednesday 06/03/2024



Table

(Grafik: Xsolla)


Kedai Web ialah kedai digital label putih tempat pemain membeli item dalam permainan, mata wang dan menambah nilai akaun mereka, kesemuanya dari laman web berjenama pembangun


LOS ANGELES, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video, telah memperkenalkan Kedai Web Xsolla (Xsolla Web Shop) 2.0. Sejak tumpuan Xsolla kepada penjanaan pendapatan melalui laman web bermula pada tahun 2021, Xsolla telah melancarkan 210+ Kedai Web untuk studio mudah alih terkemuka di seluruh dunia merentasi pelbagai genre. Berdasarkan pengalaman luas ini, Xsolla telah membina versi baharu yang berinovatif bagi penyelesaian utama, Kedai Web, yang direka bentuk untuk membantu pembangun permainan mudah alih membina strategi penjanaan pendapatan secara langsung kepada pengguna bagi meningkatkan hasil dengan mendorong pemain membayar dalam web.

“Kedai Web Xsolla (Xsolla Web Shop) 2.0 ialah bukti komitmen kami untuk berkembang dengan keperluan industri permainan mudah alih. Inovasi ini terhasil daripada pelancaran lebih 200 Kedai Web, termasuk 40 daripada 100 permainan mudah alih terbaik dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia. Aplikasi dunia sebenar yang meluas ini dengan maklum balas pelanggan adalah penting dalam mengembangkan penyelesaian Kedai Web untuk permainan mudah alih. Kami terus memberikan tumpuan kepada keperluan pasaran sebenar dan menyediakan penyelesaian tersuai, membezakan kami dalam industri," kata David Stelzer, Presiden Xsolla. "Kedai Web Xsolla (Xsolla Web Shop) ialah inovasi strategik kami untuk memenuhi permintaan industri permainan mudah alih yang semakin berkembang. Melalui penekanan pemperibadian pada peringkat pengguna dan pelancaran kedai web segera, kami meningkatkan cara pembangun melibatkan diri dengan pemain dan memaksimumkan hasil masing-masing."

Dengan pelancaran ini, Xsolla memperkenalkan Kedai Web Segera, kedai dalam talian bertemplat yang berfungsi sepenuhnya untuk memperkasa pembelian web dalam masa 24 jam. Alat penggunaan pantas untuk memulakan kutipan hasil segera ini menambah baik kesedaran pengguna tentang kelebihan membuat pembelian di web. Sebagai langkah seterusnya, sebaik sahaja hipotesis nilai disahkan, pembangun boleh membina sistem LiveOps menyeluruh dengan alat LiveOps Kedai Web untuk pengurusan jualan.

Ciri Kedai Web Xsolla (Xsolla Web Shop) 2.0:

· Alat LiveOps Lanjutan: Merangkumi pengujian A/B, tawaran yang diketengahkan, tawaran pembelian pertama, promosi rahsia kedai, kupon, kod promosi, serta tawaran terhad dengan masa dan bilangan. Alat ini membolehkan pembangun mencipta pengalaman pemain yang amat bernilai.
· Pemperibadian dan Keterlibatan: Melalui tawaran yang diperibadikan, promosi diskaun, promosi bonus, program kesetiaan dan sistem ganjaran, pembangun boleh meningkatkan keterlibatan dan kesetiaan pemain dengan ketara.
· Bimbingan dan Sokongan Pakar: Xsolla menyediakan bimbingan pakar dalam menavigasi selok-belok pengurusan kedai web, memperkasa rakan kongsi untuk memaksimumkan pendapatan masing-masing.
· Aliran Pengguna yang Lebih Baik: pembayaran satu klik yang lancar dengan Dompet Xsolla (Xsolla Wallet), PWA (Aplikasi Web Progresif) dan Pengesahan Pautan Dalam (Deeplink Authentication).

Penguatkuasaan Akta Pasaran Digital (DMA) yang akan datang pada 6 Mac menandakan satu lagi langkah dalam peralihan pasaran ke arah kebebasan e-dagang digital. Keadaan semasa pengebilan alternatif dalam aplikasi tidak menawarkan fleksibiliti atau kadar diskaun sebenar untuk pembangun permainan, yang membuatkan Kedai Web sebagai kaedah terbaik untuk kejayaan permainan mudah alih.

Untuk maklumat lanjut tentang Kedai Web Xsolla (Xsolla Web Shop) 2.0 dan ciri yang tersedia, sila kunjungi: xsolla.pro/webshop-2

Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox,, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
https://www.businesswire.com/news/home/53905440/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undangundang.

Individu untuk Dihubungi

Derrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.