ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  TALENTCORP BERPERANAN PENTING DALAM MENYOKONG KESUMA UNTUK MEMPERKASA AGENDA WANITA

Wednesday 06/03/2024



Table
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp bersama penerima Anugerah Wanita MyWIRA. 
 
PETALING JAYA, 6 Mac (Bernama) -- Dalam kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan telah mensasarkan kepentingan penglibatan Wanita dalam tenaga kerja sebanyak 60 peratus bagi memperkukuh strategi bakat yang akan memenuhi keperluan Ekonomi MADANI. Namun, pertumbuhan kadar penyertaan Wanita dalam tenaga kerja masih lagi rendah iaitu sebanyak 56.3 peratus pada suku tahun ke-empat 2023.
 
Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensinya, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) memperkenalkan Inisiatif baharu iaitu Wanita MyWIRA yang bertujuan untuk mengurangkan jurang tenaga kerja. Sebagai agensi yang ditugaskan untuk menggerakkan strategi bakat, Wanita MyWIRA akan menjadi sebuah hub inisiatif yang akan memperkasa wanita serta menstruktur kesemua program-program Wanita di bawah seliaan TalentCorp.
 
YB Steven Sim Chee Keong dalam ucapannya semasa melancarkan Inisiatif tersebut berkata, TalentCorp telah diberikan mandat oleh KESUMA untuk memperkasa tenaga kerja Negara, termasuklah mempertingkat inisiatif yang mengangkat nilai Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DEI) yang membantu mencapai matlamat Kadar Penyertaan Tenaga Kerja Wanita (FLFPR).
 
“Memandangkan Negara kekurangan maklumat dan data bagi guna tenaga dalam kelompok Wanita yang telah berhenti kerja dan sebaliknya, adalah penting untuk kita mempunyai data yang sebenar dan khusus bagi membantu mereka. Justeru, TalentCorp telah dipertangunggjawabkan melalui inisiatif Wanita MyWIRA untuk melakukan transformasi  pendigitalan Program Kembali Berkerjaya (CCP) yang akan memudahcara insentif percukaian serta mengumpul data sebenar dalam usaha untuk menarik minat dan meningkatkan kedudukan wanita disamping memperkukuh kerjasama rentas agensi dibawah KESUMA” katanya.
 
Inisiatif Wanita MyWIRA ini sejajar dengan matlamat kerangka ekonomi MADANI untuk mencapai kesaksamaan gender. Ia merupakan tunjang kepada program-program yang memperkasa Wanita termasuklah Insentif Cukai melalui program CCP yang dilanjutkan sehingga 2027.
 
Selain itu, TalentCorp turut menganjurkan pelbagai program advokasi yang menyokong majikan dalam menerapkan nilai DEI bagi menarik penyertaan Wanita dan ibu bapa yang berkerja termasuklah Women Industry Network, Aturan Kerja Fleksibel (FWA), sokongan amalan keseimbangan kerja-kehidupan (work-life practices).
 
Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp berkata TalentCorp akan terus memberi sokongan kepada wanita dan bakat terpendam yang boleh membantu mencapai aspirasi Ekonomi MADANI.
 
“Di bawah Inisiatif Wanita MyWIRA, kami akan memanfaatkan platform penilaian dan pemprofilan MyNext bagi mewujudkan pangkalan data berpusat untuk Tenaga Kerja Wanita serta inisiatif lain seperti Senarai Pekerjaan Kritikal (MyCOL) dan memperkukuh Kerjasama Industri-Akademia (IAC) untuk menyokong inisiatif wanita seperti yang dimandatkan oleh YB Menteri” katanya.
 
"Kami percaya bahawa dengan pendigitalan data khusus untuk wanita, kami mampu menyediakan maklumat tepat yang dapat memperkasa inisiatif Wanita. Kami juga akan bekerjasama dengan semua agensi rentas Kementerian, sektor swasta, dan akademia kerana tiada manusia yang berdiri sendiri; oleh itu, kita perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat ini," tambahnya.
 
Inisiatif tersebut dilancarkan seiring dengan pelaksanaan sambutan Hari Wanita Sedunia TalentCorp yang berlangsung dari 2 - 9 Mac 2024. Terdapat pelbagai aktiviti disajikan bagi menyuntik semangat penyertaan Wanita berkemahiran termasuklah Konvensyen Kerjaya Wanita pada 9 Mac, karnival kerjaya yang disertai syarikat yang diketuai oleh Wanita serta menawarkan FWA. Konvensyen tersebut turut menawarkan perkhidmatan penulisan Resume, bengkel temuduga pekerjaan, serta sesi perkongsian berhubung nilai DEI.
 
TalentCorp turut menyasarkan penyertaan lebih 1 ribu peserta dalam kalangan Wanita dari pelbagai latar belakang. Antara syarikat-syarikat yang turut bekerjasama dalam menjayakan Konvensyen Kerjaya Wanita TalentCorp termasuklah Hiredly, Kiddocare, ManagedCare, British Petroleum, DHL, Exxon Mobil dan sebagainya.
 
Untuk ketahui lebih lanjut berhubung Inisiatif dan Program WanitaTalentCorp, sila layari www.talentcorp.com.my/wanitamywira 

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

Mengenai Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)

 
Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab melalui mandatnya untuk menarik, memupuk dan mengekalkan modal insan serta kepakaran yang terbaik dalam menyokong perjalanan Malaysia ke arah mencapai status negara maju. Usaha TalentCorp dipacu oleh kerjasama erat dengan pelbagai kementerian, pihak berkepentingan di dalam industri dan institusi pengajian menerusi inisiatif yang menumpukan kepada 3 penawaran khidmat utama: Penyaluran, Kepelbagaian dan Mobiliti modal insan di Malaysia.
 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif TalentCorp, layari
www.talentcorp.com.my ataupun ikuti @TalentCorpMsia di media sosial LinkedIn, Twitter, Facebook dan Instagram. 

SUMBER: Talent Corporation Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Ahmad Anis 
Tel: 019-390 5987
Emel: anis.kamil@talentcorp.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.