ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  CHINA EASTERN AIRLINES MEMBUKA BERBILANG LALUAN ANTARABANGSA SEMASA KESIBUKAN PERJALANAN FESTIVAL MUSIM BUNGA 2024

Thursday 08/02/2024

AsiaNet 0200020

Table
China Eastern Airlines membuka berbilang laluan antarabangsa semasa kesibukan perjalanan Festival Musim Bunga 2024

SHANGHAI, 8 Feb., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Bentuk dan perubahan baharu dijangka dilakukan di dalam kesibukan perjalanan semasa Festival Musim Bunga pada tahun ini di China.

China Eastern telah meningkatkan usaha untuk membuka laluan baharu dan menyambung semula laluan antarabangsa.

Baru-baru ini, ia telah melancarkan laluan Beijing Daxing-Kuala Lumpur dan menyambung semula laluan Shanghai Pudong-Cairns, Australia. Ia akan juga menambah 15 laluan antarabangsa yang baharu, termasuk satu laluan baharu Pudong-Perth, dan meningkatkan kekerapan penerbangan di antara laluan Pudong dan Sydney, Bangkok, Kuala Lumpur dan Male.  

Semasa kesibukan perjalanan pada Festival Musim Bunga itu, CEA akan meningkatkan pelaburan mereka di destinasi kepulauan Asia Tenggara untuk memenuhi permintaan perjalanan.

Dengan lebih banyak penerbangan menuju ke Asia Tenggara, lebih ramai penumpang dari negara-negara Asia Tenggara dijangka membuat perjalanan ke atau transit melalui China semasa tempoh perayaan itu.

Dalam tempoh 40 hari kesibukan perjalanan pada Festival Musim Bunga itu, CEA merancang untuk mengendalikan 2,322 penerbangan pergi-balik di antara lapangan terbang domestik dan Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok. 

Laluan Beijing Daxing - Kuala Lumpur yang baharu dibuka itu diberi nombor MU795/796, dengan 4 penerbangan pergi balik pada setiap minggu.

Pada masa ini, CEA mengendalikan 4 laluan ke Kuala Lumpur - Shanghai Pudong ke Kuala Lumpur, Shanghai Pudong ke Sabah, Hangzhou ke Kuala Lumpur, dan Beijing Daxing ke Kuala Lumpur. Sebanyak 340 penerbangan pergi balik telah dirancang bagi laluan ini semasa kesibukan perjalanan pada Festival Musim Bunga tahun ini.

CEA akan juga membuka laluan terus yang baharu dari Kunming, Xi'an, Chengdu dan banyak lagi ke Kuala Lumpur.  

Di Singapura, CEA mengendalikan 8 laluan yang terbang ke Shanghai Pudong, Beijing Daxing, Nanjing, Hangzhou, Kunming dan banyak lagi. Di Thailand, syarikat penerbangan itu terbang terus ke Shanghai, Kunming, Guangzhou, Chengdu, Xi'an dan 5 destinasi yang lain. Semasa kesibukan perjalanan pada Festival Musim Bunga tahun ini, jumlah penerbangan akan ditingkatkan kepada 66 pada setiap hari.

Selain Asia Tenggara, Australia juga menjadi satu destinasi yang popular semasa musim sejuk itu kerana iklimnya yang nyaman. Laluan penerbangan terus yang disambung semula itu dari Shanghai Pudong ke Cairns, Australia, adalah laluan ke-9 yang dikendalikan oleh CEA di antara China dan Australia. Laluan bermusim ini akan beroperasi dari 1 Februari sehingga 18 Februari, dengan penerbangan tersedia pada setiap hari Selasa, Rabu, Jumaat dan Ahad. 

Di Australia, CEA mengendalikan penerbangan ke lima destinasi, termasuk Sydney, Melbourne, Brisbane, Perth, dan Cairns. Dengan peluasan laluan, CEA akan membawa lebih banyak kemudahan bagi kakitangan dan pertukaran perdagangan di antara China dan Australia.

Sumber: China Eastern Airlines

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.