ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  OPERA WUXI "THE PEARL PAGODA": SEKILAS PANDANG KE DALAM CARA BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN KESEGARAN OPERA TRADISIONAL CINA

Friday 29/12/2023

AsiaNet 100603

Table
 
Opera Wuxi “The Pearl Pagoda”

 
NANJING, China, 29 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 27 Disember, Opera Wuxi klasik “The Pearl Pagoda” atau Pagoda Mutiara telah dipersembahkan di Nanjing, dengan menampilkan tujuh generasi artis opera yang terkenal dari Rombongan Opera Wuxi dari Kumpulan Seni Pentas Jiangsu, untuk meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan rombongan itu, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Wilayah Jiangsu.

“The Pearl Pagoda” memaparkan kisah mengenai seorang pemuda, Fang Qing, yang menghadapi kekalutan keluarga, telah diejek selepas meminjam daripada ibu saudara beliau. Sepupu beliau telah memberinya pusaka keluarga turun-kemurun, sebuah pagoda mutiara, untuk membantu beliau berjaya di dalam pelajarannya. Kisah ini kaya dengan nilai-nilai tradisional Cina dan ciri-ciri tempatan yang tersendiri. Sepanjang lebih 400 tahun, ia telah tersebar secara meluas melalui pelbagai bentuk seni artistik Cina termasuk Pingtan, Opera Wuxi, Opera Kunqu, dan sandiwara.

Versi baharu bagi Opera Wuxi “The Pearl Pagoda” itu, yang ditafsir secara kreatif oleh Rombongan Opera Wuxi Jiangsu pada tahun 2000, menampilkan skrip yang sangat baik dan kerjasama yang lancar di kalangan pelakon. Ia menggabungkan perkara biasa dengan yang halus, memenuhi keperluan estetik bagi khalayak di kumpulan yang berbeza. Penerbitan klasik ini, selepas adaptasi, telah dipuji sebagai “Fenomena Pagoda Mutiara.”

Selepas itu, Zhou Dongliang, seorang pelakon Opera Wuxi yang memperoleh kemasyhuran kerana watak beliau sebagai Fang Qing, telah memenangi Anugerah Plum Blossom, anugerah tertinggi China untuk seni pentas. Beliau disanjung oleh peminat sebagai “Putera Opera Wuxi.” Sejak tahun 2010, beliau telah berkhidmat sebagai pengarah bagi Rombongan Opera Wuxi Jiangsu, dan persembahan rombongan itu telah mendapat pengiktirafan yang meluas.

Zhou Dongliang menyebut bahawa adaptasi inovatif yang berjaya “The Pearl Pagoda” membayangkan keperluan untuk bergerak melangkaui drama tradisional atau skrip tertentu. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Rombongan Opera Wuxi Jiangsu telah mencipta banyak drama asli, tradisional dan baharu, dengan mengumpulkan hampir 300 skrip sebagai asas bagi perkembangan rombongan itu. Mereka juga telah berkembang melampaui batasan tema yang terhad kepada percintaan di antara cendekiawan berbakat dan jelitawan. Sebagai contoh, mereka telah menghasilkan “Dafengge,” sebuah drama berbentuk sejarah mengenai Liu Bang, pengasas bagi Dinasti Han, yang menunjukkan bahawa kumpulan itu mempunyai bakat yang mencukupi untuk mengendalikan produksi berskala besar.

Sebagai satu daripada genre opera serantau yang paling diwakili di Wilayah Jiangsu di timur China, Opera Wuxi berasal dari pantai selatan Tasik Taihu, dengan mempunyai sejarah lebih dari dua abad. Ia termasuk di dalam Senarai Kebangsaan bagi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara China. Dengan berakar umbi dalam dialek Wuxi, Opera Wuxi memiliki sebuah warisan kebudayaan yang kaya bagi budaya Wu dan terus memikat penonton di Delta Sungai Yangtze.

Diasaskan pada tahun 1953, Rombongan Opera Wuxi Jiangsu telah memupuk sejumlah besar artis persembahan Opera Wuxi, seperti Yao Cheng, Wang Lanying, Shen Peihua, Ni Tongfang, Zhou Dongliang dan banyak lagi. Mereka telah mengorek, mencipta dan mempersembahkan lebih 200 penerbitan.

Pada masa ini, Zhou memegang jawatan sebagai Pengerusi bagi Kumpulan Seni Pentas Jiangsu, yang ditugaskan dengan mempromosikan kebangkitan 10 kumpulan seni, termasuk Rombongan Opera Wuxi.

Dengan mengambil opera Wuxi sebagai satu contoh, kelompok yang berminat itu yang dikhususkan dalam opera Wuxi selama lebih 10 tahun, telah berkembang ke tempat seperti Jiangyin, Yixing dan Wuxi, dengan meninjau ramai individu yang berbakat. Kelompok itu juga telah memupuk satu kumpulan besar peminat muda opera Wuxi, menjadi satu kuasa yang bersemangat di kalangan penonton. Zhou Dongliang komited untuk menyatukan rombongan Opera Wuxi dari pelbagai wilayah, membantu di antara satu sama lain dan bersama-sama melindungi seni Opera Wuxi.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Opera Wuxi telah berkembang di dalam satu arah yang positif, dan saya yakin dengan masa depannya,” kata Zhou.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Wilayah Jiangsu
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443906

Kapsyen: Opera Wuxi “The Pearl Pagoda”

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.