ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  KUMPULAN YILI MERAIKAN PERHUBUNGAN GLOBAL YANG DINAMIK DI PERSIDANGAN RAKAN KONGSI TERATAS 2024

Thursday 28/12/2023

AsiaNet 100595

Table
Kapsyen: Persidangan Rakan Kongsi Teratas Kumpulan Yili 2024 di Sanya, Hainan, China

SANYA, China, 28 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Di antara 6 dan 20 Disember, Kumpulan Yili dan anak-anak syarikat mereka di Thailand dan Indonesia, masing-masing, telah menghimpunkan rakan kongsi global bagi Persidangan Rakan Kongsi Teratas 2024 mereka, yang bertemakan “Tumbuh dengan Inovasi, Maju dalam Perpaduan.”

Dengan didorong oleh jualan yang memecahkan rekod, Kumpulan Yili telah mengukuhkan kepimpinan menyeluruh mereka di dalam industri itu

Dengan disokong oleh perkongsian global, prestasi Yili dalam tiga suku pertama 2023 adalah merupakan kejayaan yang memberangsangkan. Hasil melonjak kepada paras tertinggi 97.404 bilion yuan (kira-kira AS$13.32 bilion), yang disertai dengan satu peningkatan ketara sebanyak 16.36% di dalam keuntungan bersih.

Perniagaan antarabangsa Yili telah menikmati pertumbuhan yang mapan dan pesat, dengan didorong oleh pengembangan dalam rangkaian global strategik mereka. Syarikat itu kini telah mewujudkan satu rangkaian yang terdiri daripada sebuah sistem sumber global, sebuah sistem inovasi global dan sebuah sistem pasaran global, dengan memiliki sejumlah 15 pusat R&D dan inovasi serta 81 pangkalan pengeluaran di seluruh dunia.

Pada tahun ini, operasi Yili di New Zealand dan Australia telah diiktiraf sebagai yang paling pesat berkembang di rantau itu, dengan produk mereka kini menghiasi rak di lebih 40 buah negara dan hasil mencapai paras yang paling tinggi.

Jenama seperti Cremo dari Thailand dan Joyday dari Indonesia telah kedua-duanya mencapai kadar pertumbuhan jualan paling tinggi di dalam industri itu. Dalam menghadapi persaingan pasaran yang sengit, anak syarikat Yili di Thailand telah melancarkan portfolio produk yang kaya seperti Atom, Pilot, dan Choco-Crush untuk memenuhi dengan lebih baik keperluan pengguna tempatan. Pada persidangan itu, anak syarikat Yili di Indonesia telah berkongsi pelan pengembangan pasaran 2024 mereka, yang akan memberi tumpuan kepada inovasi produk, pengembangan saluran, promosi jenama dan usaha untuk terus meningkatkan kepuasan pengguna. Ia juga mengeluarkan lima inisiatif utama yang memberi tumpuan kepada memperkasakan rakan kongsi dengan perkongsian nilai.

Lebih 100 produk baharu dilancarkan pada persidangan tahun ini

Dengan mendukung kepercayaan bahawa “tiada inovasi, tiada masa depan,” Yili sentiasa aktif dalam mencipta produk sebagai tindak balas kepada kitaran hayat yang penuh, keperluan semua senario di kalangan semua jenis pengguna. Ia telah melancarkan lebih 100 produk baharu pada Persidangan Rakan Kongsi Teratas tahun ini.

Pada persidangan itu, Unit Perniagaan Susu Cair Yili telah mempamerkan inovasi produk yang memberi impak merentasi pelbagai segmen, dengan jenama utama mereka seperti AMBOPMIAL, SATINE dan PLANT SELECTED melancarkan perisa baharu untuk memperkayakan portfolio itu.

Dengan memiliki paten formula yang inovatif yang dibangunkan selama lebih dua dekad, Jinlingguan Yili melancarkan satu formula baharu yang meningkatkan imuniti. Diperbuat daripada susu mentah A2 organik, siri Zhenhu baharu itu menampilkan satu peningkatan 20 kali ganda yang luar biasa di dalam probiotik aktif, bersama-sama dengan oligosakarida susu ibu organik (HMO) dan laktoferin.

Perniagaan Unit Perniagaan Pemakanan Dewasa juga mempamerkan kejayaan mereka di dalam inovasi fungsian, dengan memperkenalkan satu jenis susu tepung formula baharu yang direka untuk meningkatkan kualiti tidur.

Unit Perniagaan Keju Yili yang berkembang pesat memberi perhatian yang sama kepada pemakanan, dan kelazatan. Produk baharu mereka termasuk Yijiahao Rock Grilled Cheese Sauce, yang penuh sarat dua kali ganda dengan keberzatan keju, dan Cheese Torch, sebuah hidangan rangup yang penuh dengan kebaikan keju.

Unit Perniagaan Antarabangsa Yili sedang mempercepatkan rentak inovasi. Dengan didorong oleh sebuah rangkaian inovasi kolaboratif yang mantap dan pandangan mendalam tentang keperluan pengguna luar negara, Unit itu mencipta produk-produk yang inovatif dengan kualiti yang luar biasa, yang terikat dengan sebuah imej jenama dinamik yang bergema dengan pengguna tempatan.

Maju dalam Perpaduan: Yili dan rakan kongsinya meraikan satu perjalanan pembangunan yang dikongsi bersama

Pada Persidangan Rakan Kongsi Teratas itu, Yili menghujani rakan kongsi global dengan sanjungan, melancarkan lebih seribu anugerah merentasi pelbagai kategori, termasuk pengurusan pasukan, pembangunan saluran dan peruncitan outlet. Dari Thailand, Pracha Kittrongsiri, penerima bagi Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang, menyatakan kesediaan beliau untuk terus bekerjasama dengan Yili bagi menyampaikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik.

Menyedari cabaran teknologi dan pembiayaan di dalam rantaian bekalan, Yili telah membina satu mekanisme untuk menyelaraskan kepentingan dengan rakan kongsi mereka. Sehingga Oktober 2023, Yili telah membantu lebih 12,000 rakan kongsi memperoleh lebih 140 bilion yuan (kira-kira AS$19.18 bilion) dalam bentuk pembiayaan. Komitmen ini untuk berkongsi kejayaan telah menghasilkan di dalam satu rangkaian global yang mantap dengan lebih 2,000 rakan kongsi.

Sumber: Kumpulan Yili 

Pautan Lampiran Imej:

   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443867

   Kapsyen: Persidangan Rakan Kongsi Teratas Kumpulan Yili 2024 di Sanya, Hainan, China

   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443874

   Kapsyen: Persidangan Rakan Kongsi Teratas 2024 bagi anak syarikat Kumpulan Yili di Thailand di Pattaya, Thailand.

   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443875

   Kapsyen: Persidangan Rakan Kongsi Teratas 2024 bagi anak syarikat Kumpulan Yili di Indonesia di Jakarta, Indonesia 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.