Mac 14, 2025 -Jumaat

 
  PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) BAGI TAHUN 2024

Thursday 28/12/2023



KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi Tahun 2024 telah dimuat naik pada Portal Rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN mereka pada tahun 2024. Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikut panduan mudah seperti yang berikut:

i. Layari Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.   
ii. Klik menu Borang > Program Memfail Borang Nyata > Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2024
iii. Atau capaian pantas di pautan berikut:
 
Versi Bahasa Malaysia:
https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf

Versi Bahasa Inggeris:
https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf

Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian serta komitmen bagi meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan, HASiL akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax mulai 01 Januari 2024.

Pelaksanaan mandatori e-Perkhidmatan ini juga melibatkan keperluan untuk pengemukaan BN secara e-Filing yang merangkumi kategori pembayar cukai seperti yang berikut:

Table

Sila ambil perhatian bahawa Borang e-E hanya dianggap lengkap jika CP8D (maklumat saraan pekerja) dikemukakan sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan borang. Bagi tujuan penyediaan maklumat saraan pekerja, format CP8D bagi tahun saraan 2023 telah dikemaskini dengan tambahan dua (2) medan maklumat iaitu ‘Status Pekerja’ dan ‘Tarikh Persaraan/Tamat Kontrak’. Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Pra-isi/e-CP8D bagi tahun saraan 2023 yang dilampirkan bersama-sama Program Memfail BN 2024 ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh:  28 Disember 2023

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA
 


 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.