ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  KOLEJ SHANDONG BAGI EKONOMI DAN PERNIAGAAN MENGANJURKAN ACARA "KEWANGAN PINTAR" DAN MERAIH HADIAH PERTAMA

Thursday 21/12/2023

AsiaNet 100584

Table

Majlis perasmian bagi Pertandingan Kemahiran Kolej Vokasional Shandong ke-16

WEIFANG, China, 21 Dis., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, Pertandingan Kemahiran Kolej-kolej Vokasional Shandong ke-16 telah mengadakan acara "Kewangan Pintar" untuk kumpulan pendidikan vokasional tinggi di Kolej Shandong bagi Ekonomi dan Perniagaan. Pertandingan itu, yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan dan Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat bagi Wilayah Shandong, telah dihoskan oleh Kolej Shandong bagi Ekonomi dan Perniagaan. Ia menarik penyertaan dari 36 kolej vokasional di seluruh wilayah itu. Berikutan persaingan yang sengit, pasukan dari Kolej Shandong bagi Ekonomi dan Perniagaan telah dianugerahkan hadiah pertama.

Acara "Kewangan Pintar" itu direka agar sejajar dengan pembaharuan perniagaan dan keperluan inovasi bagi perusahaan kewangan. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan keupayaan operasi bagi graduan pendidikan vokasional tinggi di dalam bidang kewangan, mengukuhkan daya saing teras pelajar di dalam pasaran kerja, mempamerkan pencapaian pembaharuan di dalam pendidikan vokasional tinggi untuk jurusan kewangan, dan menerajui pembangunan berkualiti tinggi bagi pendidikan vokasional kewangan.

Kolej Shandong bagi Ekonomi dan Perniagaan berakar umbi di dalam industri dan berkhidmat di rantau itu dengan membangunkan jurusan tersendiri secara strategik berdasarkan kepada ciri-ciri kewangan dan perdagangan. Ia berfungsi sebagai sebuah model untuk memacukan pembangunan yang diselaraskan bagi jurusan lain, melahirkan dua kumpulan utama peringkat tinggi di Wilayah Shandong: Perakaunan dan Kewangan Pintar, dan Peredaran Perniagaan Moden di Kawasan Luar Bandar. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kolej itu telah menyelaraskan diri mereka dengan tepat bersama keperluan bagi peningkatan industri, pembangunan industri, dan pertumbuhan pelajar yang menyeluruh. Dengan mematuhi falsafah persaingan "Menggalakkan Pembaharuan, Pendidikan, Amalan, dan Pembelajaran melalui Pertandingan," kolej itu telah berjaya menyepadukan permintaan industri dengan keperluan pengajaran. Ia telah memberi tumpuan kepada menyelaraskan pertandingan kemahiran pekerjaan dengan pembinaan kursus profesional, pangkalan latihan, dan pembangunan fakulti. Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti penyuburan bakat di dalam jurusan kewangan dan perdagangan dengan menggalakkan penggunaan teknologi dan kemahiran baharu.
 
Sumber: Kolej Shandong bagi Ekonomi dan Perniagaan
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=443809

Kapsyen: Majlis perasmian bagi Pertandingan Kemahiran Kolej Vokasional Shandong ke-16

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.